||| Tercari² |||

Thursday, April 8, 2010

My Favourite Sport

Salam buat semua,

Rasanya dalam banyak² blogger, Pojielah yang agak lampi dan sering ketinggalan. Sebab apa? Sebab orang dah duk sibuk canang pasal Project Alpha, Pojie pulak duk tengok jer. Tetapi apabila menyertai program launching yang lalu, terus Pojie mencari informasi dan cuba untuk memahami tentang projek ini. Ada masa, ada rezeki, Pojie akan cuba untuk hantar video audition nanti. Manalah tau Pojie boleh mengecapi populariti. Wahhh, gila glamer ah!! Huhuhu.

Dan baru² ini juga, dalam proses untuk memahami projek baik ini, Pojie tertarik pasal Instant Cash Blogging. Di mana blogger² Nuffnang akan diberikan tugasan setiap minggu untuk membuat entri berkenaan dengan topik yang diberikan, dan akan dijanjikan wang RM20 yang akan dikreditkan ke dalam akaun Nuffnang. Wow, best kan?!! Tetapi, orang dah lama join, dah sampai Week 6 dah, Pojie baru terhegeh². Malunyer aku!

Baiklah, topik kali ini adalah berkenaan dengan My Favourite Sport, atau dengan perkataan melayunya; Sukan Kegemaran Saya. Ohhh, wow! Walaupun Pojie seorang yanga agak kurang bersukan, tetapi Pojie tetap mempunyai minat tau! Memandangkan Pojie bukanlah seorang peminat bolasepak (sebab kaki bangku), tetapi Pojie menggemari aktiviti sukan yang lasak dan boleh dikategorikan sebagai ekstrem juga. Antara sukan kegemaran Pojie yang pertama yang Pojie minati adalah...



Taekwondo! Oh, siapa sangka Pojie yang sopan santun, lemah lembut ini (ceh ceh ceh..) tiada ilmu dalam seni memepertahankan diri. Nah, kini Pojie reveal kepada anda semua bahawa Pojie merupakan pemegang black belt, 1st level. Amacam, ada berani? Pojie bisa mematahkan papan kayu dan batu bata dengan tumbukan dan tendangan Pojie. Malah Pojie mampu membuat split 180° tau! Paling Pojie suka adalah sparring sebab Pojie dapat keluar dari diri sendiri yang sopan, tetapi menjadi seorang lelaki sejati, hero dan wira malah pernah merangkul pingat perak masa tournament di peringkat Johor! Pojie paling hebat membuat flying kick. Tapi semua itu hanyalah cerita di zaman persekolahan dahulu. Pojie berhenti apabila dekat² SPM. Malah masa study kolej dulu, cuba untuk kembali aktif semula, tetapi tidak kesampaian kerana taekwondo yang pernah Pojie pelajari adalah ITF (International Taekwondo Federation), sedangkan yang ada di kolej adalah WTF (World Taekwondo Federation). Walaupun teknik semua adalah sama, tetapi pattern yang berbeza membuatkan Pojie pening kepala. Last² Pojie tarik diri. InsyAllah akan mencari masa untuk kembali aktif dalam taekwondo. Heyaaarrrrhhh!!!



Badminton pula merupakan sukan kedua kegemaran Pojie. Ini kerana Pojie banyak dipengaruhi oleh bapa Pojie semasa kecil. Beliau sering membawa Pojie mengikuti latihan badminton. Malah setiap petang kami anak beranak bersama adik beradik yang lain akan sama² berekreasi dengan bermain badminton. Pernah juga mewakili sekolah, walaupun tak menang tetapi syok! Sekarang, sudah berapa tahun Pojie tak pegang raket badminton, dah tak tau bagaimana rupanya. Hehehe..



Sukan seterusnya adalah renang. Pojie amat meminati sukan renang. Sebab apa? Sebab seksi. Hahaha, taklah. Sebab ia merupakan sukan yang tidak berpeluh. Hahaha. Sebab bila berpeluh kita akan berbau busuk. Dan dengan berenang, ia merupakan sukan yang paling bagus dalam semua perkara dari pernafasan sehinggalah kepada kekuatan otot malahan juga dapat mencantikkan badan. Kalau berenang selalu akan dapatlah badan V, mmg gerek siot! Ini merupakan sukan yang boleh dikira kerap juga Pojie jalankan. Yela, selalu melepak rumah kawan² yang ada swimming pool (sebab rumah sendiri tiada kann!), so setiap petang atau pagi Pojie pasti akan berendam dalam kolam untuk berenang sehinggalah puas hati. Pojie belajar berenang dari abah juga. Beliau bukan ajar, dia main campak jer dalam kolam. How? Tapi sebab ada keinginan survival yang tinggi, dan pemerhatian yang tajam, lama² dapat juga pojie berenang walaupun tidak hebat sangat. Tapi rasanya memang Pojie ni hantu air kot. Sebab dari kecil sampai besar pantang tengok kolam air, malah kalau ada kolah kat rumah lama pun Pojie akan berendam sampai selalu kena sesah dengan mak. Hahaha. Tapi waktu sangat puas berenang adalah masa study di KUSTEM dulu. Hampir setiap minggu akan ke pantai untuk berenang, feeling² ikan duyung (Dyesebel). Ahaks ;p

Tetapi sekarang Pojie sudah jatuh cinta sama sukan Paintball. Semenjak diperkenalkan masa gathering Melz dulu, Pojie sudah jatuh cinta. Memang happening. Memang puas hati. Tak jadi askar betul², feeling² jadi askar pun jadilah kann! Sukan ini agak special sebab ia memerlukan strategi dalam berkumpulan. Cuma 1 yang tak best dengan aktiviti ini, ia agak mahal setiap kali dimainkan iaitu dari RM80 - RM150 untuk 500 pellet. Apa² pun tetap layan!



Walau apapun sukan yang Pojie mainkan, pastinya Pojie tidak mahu bau peluh itu mengganggu mood Pojie, juga orang sekeliling. Oleh sebab itu Pojie sekarang menggunakan barangan penjagaan diri dari Adidas untuk kekal segar sepanjang hari, biarpun berpeluh dengan pelbagai aktiviti sukan. Yang penting, kesihatan terjaga dan enjoy!



Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Love,

5 bicara yang baik hati...:

Nabiel said... Reply To This Comment

bro~
ajr aku taekwondo!hehehe~
last skali belt ak dpt pgg kuning~
mse nk dinaekkn ke belt hijau tuh, aku eksiden~trus trik diri~huhuhu

Unknown said... Reply To This Comment

semuga Pojie berjaya ek..biar lambat janji tak terlambat nak masuk contest ni..

intanurulfateha said... Reply To This Comment

.fuyooooooooooo

Hairi Hassan said... Reply To This Comment

wahhhh!
gempak lah gmbar paintball tuh!
nnt ade game ajak la eh..
kalo xde pape hal aku nk join jgk!
^_^

H.R PuTeRa YuSoFF said... Reply To This Comment

sifu... tunjuk ajar ku sifu