||| Tercari² |||

Tuesday, June 30, 2009

Merindui Dikau...



Tika kau melangkah pergi,
daku dihurung kerinduan.
Tak kan ku halang dirimu,
mengejar mimpi-mimpi,
ku lepaskan dirimu sayang...

Kala malam berlabuh,
daku terkenangkan dirimu selalu,
Sayangku,
malam ku kini kesepian,
tanpa gelak tawamu,
tanpa pujuk dan rayumu...

Oh, sayang kau di mana,
ku merindui dikau,
cinta ini kian membakar dadaku,
Kembalilah padaku biarpun seketika,
Ingin ku lena dalam dakapan cintamu,
taburkan segera salju cintamu,
agar diriku beku dalam cintamu...

Love,

Tidak aku mengerti...



Kau kataku kau cinta,
Tiada lebih dari aku,
Hingga ku terpedaya,
Dalam arus cintamu...

Kini bila disebut,
Tiada pernah kau menghargai,
Ku ditinggal sendiri,
Tanpa jawapan pasti...

Mengapa kau siakan cinta yg suci,
Tanpa pertimbangan aku kau lupakan,
Bagikau ku tak bererti...

Inikah balasan,
yang harus ku terima,
Kasih sayang yang ku curahkan,
Sayang mengapa begini,
Apa lagi yang kau cari,
Tidak aku mengerti,
Tegar dirimu permainkan cintaku...

Tak kan ku lupa,
Riwayat cinta kita,
Biarpun pahit,
Ku pasrah...

Love,

I am JEALOUS!!!



Arini baru start keje blk since cuti sampai semalam, melayan tetamu dari jauh. Agak pnt sbb tkejar² blk Muar pagi sabtu, hari ahad ptg dah blk. Sampai malam bw family Zull jalan² sekitar KL. Pagi² Isnin semalam dah bgun, nk bw mereka naik KLCC bridge, tp hampa sbb tutup hari Isnin, so bw jela mereka pusing² kat Putrajaya sambil perabes duit shopin kat Alamanda. Huhuhu. Sempat jugak melawat Zull kat UPM. Walaupun penat tp happy. Sbb ada kawan n peneman kat umah n jalan². Pas ibu n family blk, kembali sunyi. Rindu kat Zull sbb xde kwn nk ajak borak n gaduh² kat umah. Osmet??! Sumer ada komitmen memasing, xmau ggu...

So, pagi² nih bgun awal ngn semangat baru. Mulakan hidup sihat dgn dance aerobik (dapat CD aerobik pcuma sbb bli cereal), fuhh puas ati lama xbpeluh dan dance, pastu breakfast ngan cereal. Sbb apa? Sbb blk kg mak n sedara mara sumer dah bising cakap Pojie gemuk! Shitt!! Lom lagi kne soalan cepumas tang tuh, naik sebu dah telinga nih, wat donno jela (dalam ati saper yg tau). So gi keje awal², siapkan repot (dah akhir bulan nih kan), sambil layan blog. Ohhh, sungguh jeles n sentap! Xmau komen byk², nti ada org bilang saya Drama Queen. Yeahhh, whatever u say, this is me. Jeles... Jeles... Jeles... Rugi xjoin! Mencik!!! Klo wat gathering lg pasnih bukan sume akan ada. Mencik!!!

Love,

Friday, June 26, 2009

PoJiePooH Kian Panas!!!




Adoi, lepas satu² PoJiePooH diserang. PoJiePooH kian panas. Maybe akan mendorong Pojie mengambil tindakan mem-"private" kan blog nih sehingga lah org tlupa pasal blog PoJiePooH nih. Sbb apa??! Sbb ada org yg Pojie tak expect jengah blog Pojie sudah pun menjengah siap kne buat amendment utk bbrapa n3 Pojie n tpksa delete lagi n3 Pojie. Dah lari kiraan n3 aku. Tetapi tidak thenti setakat itu sajer, PoJiePooH tetap diserang hendap. Aiyooo!! I've done what you've ask me to do. No worries. Pojie xsuker org² yg xberkenaan menyemak busy body baca my life dalam blog ni. I xsuker!!! So u r please to leave my blog and jgn gatal² tangan mau gugel² blog I, xsuker la!!! Bcoz of u, I have to private my blog soon. Hanjj!!!



So for this time being, sesiapa yg masih mahu menjadi reader PoJiePooH, sudi² kan lah kalian meninggalkan jejak email dan url kalian dalam ruangan komen Pojie nih utk Pojie invite kamu later ok! Pojie ada masa seminggu jer dari sekarang sampai la 26 Jun 2009 nti. Tolong yer. Bg yg sudi laaaa...! Da...

Love,

Perginya seorang Michael Jackson...

Agak terkejut jugak apabila dgr berita di HotFM pg td bila Fara dan Faizal bsiaran di AM Krew memberitahu bhawa Raja Pop ini telah meninggal dunia petang semalam di usia 50 tahun. Beliau dikatakan meninggal dunia di rumah beliau akibat kompilasi serangan jantung. Pojie antara peminat beliau, walaupun bukan peminat fanatik, tp he's fantastic for me. He is a phenomena. Adik beradik Pojie pun minat gak. Sbb apa??! Sbb tarian, lagu² dan video clip dia mmg gempak! Dh macam filem pendek plak video clip dia tau! Mmg hebat!!!

Lupakan segala kontroversi yg melanda bintang ini. Lupakan tentang anggapan Pojie dan sesetengah pihak yg dia bukan seorang yg yakin dgn diri sendiri. Lupakan semua itu. Tp Pojie cukup tsentuh apabila byk lagu² beliau yg berunsur keamanan sejagat. Ingat lagi x n3 Pojie pasal lagu Michael Jackson nih spt Earth Song ngn Heal The World. Tp skrg, hilangnya seorang lagi bintang dunia.

Extra info: Baru dpt info dari seorang teman, mengatakan yg pelakon terkenal Charlie's Angels, Farrah Fawcett
juga telah meninggal dunia. She's pretty n gorgeous sgt dlm cter bsiri tuh. Slalu gak tgok masa kecik2² dulu. Malah seingat Pojie, mak Pojie pun pnh buat rambut cam dia tau! Erm, pergi sudah 2 bintang...



P/S: Betul ker Jacko dah convert to Islam? Klo betul, alhamdulillah. Innalillah buat beliau. Semoga roh beliau aman di sisi Allah. If not, hope he n Farrah will rest in peace.

Love,

Thursday, June 25, 2009

Konsert Lelaki Ini Anuar Zain - FULLY BOOKED!!!



Alamak, sudah fully booked la kawan²...
Again...
So buat sesiapa yg minta Pojie book kan tuh, I'm soooo sorry...
Pojie mmg tlalu bz n xsempat wat keje lain...
So now dah ok sket, baru teringat.
Check² till now tinggal;
5 seat utk tiket bharga RM180
10 seat utk tiket bharga RM200...
Ada berani?
Me? Thank you jela...
Byk lg nk pakai duit...
Xlama lagi nk raya, so baju raya, duit raya sumer kne pk tuh..
Lom pk nk byr roadtax + insuran kete...
Aiyoooo!!!

Love,

AWARD from PijaPooh



Hey³...
Pagi² Pojie udah dapat award dari kembar blogger Pojie iaitu;
PijaPooh!!!
Thanks dear for the award...
So cute macam i...
Dan macam u juga...
Hehehe...

Love,

Pemanasan Enjin - Perlu Ke Tak?

Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter. Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi.



Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Gua syak makan masa dalam 15 minit juga. Brader-brader macam tu gua ingat mesti bangun awal punya. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin ini diajar? Kalau tak silap gua, masa sekolah dulu pun tak ada pun cikgu-cikgu yang pandai-pandai ajar pasal benda ni. Masa pergi ambil kursus memandu di JPJ pun tak ada belajar benda-benda macam ni. Di univesiti pun tak ada belajar. Sekolah-sekolah agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk ini di dalam silibus pembelajaran mereka. Jadi di mana?

Berdasarkan pemerhatian gua dengan sedikit kajian, upacara pemanasan enjin telah dilakukan sejak zaman-berzaman. Mula-mula mungkin datuk gua start panaskan enjin kereta dia sebelum pergi sekolah kerja guru besar. Kemudian bapa gua pula bila dah pakai kereta, teringat pula amalan datuk gua masa nak pergi sekolah dulu. Jadi bapa gua pun setiap pagi sebelum nak pergi kerja panaskanlah juga enjin Volvo kegemarannya.. Kemudian bila gua dah besar, dah pakai kereta sports dua pintu, gua pula ikut panaskan enjin kereta. Tapi sebenarnya gua tak buat. Sebab gua ada ilmu pengetahuan tentang enjin. Tambah lagi biasanya gua bangun lambat. Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?

Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun, United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?



The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia? Gua rasa memang dah tak payah nak panaskan enjin lagi dah. Start kereta terus jalan saja.

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, "Engines run best at their design temperature". Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin lu orang di dalam keadaan pepura (idling) adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stail Amerika, lagi 'gentle' kalau pandu terus.

Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun gua tengok dah mula pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah men-convert karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 - 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, lu orang perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling) maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Lu orang syak apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin.



Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang lu orang perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang lu orang perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan pepura (idling)?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia. BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab dia orang tahu kalau enjin cepat rosak nanti mesti lu orang kompelin. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus blah cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini karang siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan bini tapi enjin kereta terbiar hidup.

Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan lu orang tidak bergerak. Kalau tunggu makwe turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.

Akhir kata setujukah anda bahawa memanaskan enjin di waktu pagi boleh menjahanamkan enjin dan dunia?

Save The Planet.



*Credited to Vee Vanida Oshara Sinclair

Love,

Monday, June 22, 2009

Who said being FAT is DISGUSTING??!




See!!! They are marvellous!!! I love their confident!!!
Korang mampu??!



Love,

Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari BAPA



Inilah Abah Pojie...
Charming x??
Hehehe...
Lom dia itam kan rambut dia tuh, mesti ala² Pierce Brosnan nti...
Hehehe...
My lovely n ever daddy!
Yesss, tjawab sudah saper sugar daddy i kann..
Inilah dia...
Sbb dia la byk melabur utk Pojie dari kecik sampai la besor...
Ampunn Abah, lom sempat nk pulangkan modal (hehehe..)
Boyfriend i pun, inilah dia...
Dia sgt menyayangi n caring sama Pojie..

Masa kecik² ble ada adik² lain, Abah selalu manjakan adik² tp x kat Pojie...
Ingatkan dia xsayangkan Pojie...
Tp ble pk² blk setiap apa yg dah dia buat n kata² kat Pojie walaupun sepatah...
Itu tandanya dia sayangkan Pojie...
Barulah Pojie sedar yg cara layanan seorang ibu dan bapa kepada anak²nya sgt bbeza...
Hehehe..

Apa² pun,
I LOVE YOU ABAH!!!!

Love,

Friday, June 19, 2009

Tahniah Zull



Hari ni adalah tarikh utk mengetahui keputusan kemasukan ke IPTA bagi kemasukan lepasan STPM. So, Pojie mau ucapkan tahniah buat Zull yg telah berjaya menempatkan dirinya di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam kos Kesusasteraan Bahasa Inggeris. Hebat kan!!! Pojie bahasa Melayu nih pun tonggang terbalik lg, dia amik bahasa Inggeris, sastera lagi ok! Clusttt kan!!! Clap³. Tahniah dik! Teruskan usahamu. Tahniah juga buat kwn² dan juga sesiapa yg dapat masuk IPTA dan IPTS. Yg xdapat, cuba buat rayuan yer. InsyAllah ada rezeki, pasti akan dapat. Klo xde rezeki, usaha lagi ok!!!



P/S: Peliknyer panggilan sekarang thru online jer. Xde surat sampai kat umah pun. Pastu arini tahu result, 28 Jun dah kne daftar. Macam hanjeng kan buat org tkejar². Sori, xdpt nk anto sbb 28hb tuh byk sgt agenda, tp dh janji ngan Mak nk blk kg. Sori eh...

Love,

Wednesday, June 17, 2009

KL Festival 2009



Haaa... Xlama kurang dari 2 mggu sajer lagi, bulan Julai akan menyusul tiba. Dan setiap tahun sepanjang bulan Julai jugalah Kuala Lumpur akan mengadakan KL Festival. Pelbagai aktiviti kesenian dan kebudayaan akan berlangsung di bulan ini. Yang pastinya acara yg Pojie tggu² kan setiap tahun adalah Citrawarna Malaysia dan himpunan persembahan² kebudayaan dan tarian. Ohhh, I'm sooo pleasured! Korang pun tau kan Pojie nih jenis insan berdarah dan berjiwa seni, walaupun orangnya xla seseni (halus) mana. Hiks ;p Merindui saat² masa study. Sbb leh join sumer xtvt kebudayaan nih. Leh menari, blakon. Kata org tuh bakat lite² tuh sumer Pojie ada la segala basic n asas dia. Cewahh!!! So pada tahun nih juga akan diadakan bbrapa konsert. Antaranya spt di bawah ini;
Klo mak Pojie ada kat KL nih, mesti dia nk trun padang sbb dia peminat Dato' Ahmad Nawab gak nih tau!
Konsert kerohanian pun ada...
Erm, budak² muda yg suker gig mesti layan kan...
I love this kind of performance...
Ada makcik² dan pakcik² yg nak mngimbau memori lama? Tp knp ada artis Indon plak??!
Satu²nya yg Pojie nanti²kan selama ini. Konsert Dato' Siti dah xsempat, hope kali nih sempat utk dia pulak nih!
Ini sebahagian sajer eh. So, jgn lupa kita menjayakan KL Festival 2009 ni yer. Macam² kesenian yg anda boleh melihat dan merasainya sendiri. Oh gosh, tlalu byk sgt xtvt yg akan dijalankan nanti, yg pasti jadual harian Pojie akan penuh dgn semua xtvt nih nanti. Untuk maklumat lanjut silalah ke website KL Festival 2009 ok! Adios!!!



Love,

Semarak Bangsawan 2009



Ramai di antara pembaca² blog Pojie juga teman² yg tertanya², dari mana Pojie dapat tiket² tgok teater bangsawan nih? Free plak tuh! Mmg free syg, tp xpayah btiket² bagai, xpayah nk abeskan kertas, nanti pokok² jadi mangsa. Save a pokok (macam kenal jer tagline nih)**hye P3tani!! So setiap hujung minggu, minggu ke-2 setiap bulan akan ada teater bangsawan nih bertempat di Panggung Bandaraya, DBKL. Ni kira balas dendam la coz byk teater Pojie xdapat tgok masa dulu² (especially teater PGL, sokmo Pojie tlepas!).




So biasanya Pojie akan pergi pada hari Ahad since hari Jumaat n Sabtu Pojie bkerja, tkejar² nanti. Dan peneman utama Pojie mestilah Rizz dan Pendot (Zull juga xdlupakan). Hehehe, thx guys sudi menemankan Pojie melayan cter² macam nih. So saper lg nk register jadi geng kami tgok teater bangsawan nih angkat tangan!! Hehehe...



So klo sesiapa yg nak tau lebih lanjut, leh la klik n besorkan gambor kat bawah nih! Ada senarai lengkap teater² bangsawan yg akan dipentaskan sepanjang tahun ini. Tahun depan? So far no info lagi. So meh la ajak kwn ramai² tgok yer...




Love,

Tuesday, June 16, 2009

Belasungkawa buat NEMO & Keluarga...

Sebentar tadi, selepas solat Maghrib, Pojie mesej Nemo. Sbb lama xkacau budak comel nih. So tu² dia bgtau, yg perasaan "xsedap hati" tuh terjawab sudah apabila nenek beliau meninggal. Tiada apa yg dapat Pojie buat selain mengucapkan ucapan takziah buat Nemo dan keluarganya. Pojie hanya mampu membacakan al-Fatihah dari kejauhan. Semoga roh nenek Nemo aman dan ditempatkan bersama² golongan org² yg beriman... InsyaAllah...



Dia dipimjamkan buat kita..
Buat peneman hidup...
Buat penghapus lara..
Buat penambah ceria..
Sentiasa senyum bila bersama...

Namun hak tetap menjadi hak...
Yang dipinjam pasti dipulangkan kembali..
Yang meminjam pasti kan mengambilnya kembali

Beliau dipanggil kembali oleh ALLAH..
Yang berhak terhadap semua makhluk

Setelah dia dipinjamkan buat kita, manusia...
Moga ROHnya AMAN DAMAI...
SEJAHTERA...
DIAMPUNKAN dan DIUCURI RAHMAT..

moga SEGALA AMALAN BAIKNYA DITERIMA...
AMEEN...

-anonymous-

Love,

Free Movie @ GSC Tropicana City



Wahhh!!! GSC Tropicana City ada bg tiket PERCUMA la kwn². I like PERCUMA! Jom kawan². Xtau Tropicana City nih kat mana?? Gi la gugel ek? Pojie tau pun sbb kdg² nk gi keje, Pojie akan lalu depan nih. Dia klo dari area Bangsar, otw nk gi Damansara. Kira tempat baru nih xramau org tau, so dia mau buat promo la. So apa lagi meh la serang!!!

Cter dia pun ada cter lama, ada cter yg dh bkulat pun. Tp xkisah la since ada cter² yg Pojie tlepas tgok, so leh amik kesempatan nih utk tgok sendiri. Kowser nk bli DVD, wat penuh dalam almari jer. Tgok nyer skali iyer dak?!! Lgpun ini free, saper xmau free kan!!! Keluarga Hagemaru Hageda sgt kann!!! Ia berlangsung dari 20 June - 23 Jun 2009. So for more info korang leh la jengok² website GSC [klik].


Senarai movie² yg ditayangkan.




Tiket online yg perlu anda print out dan tebus di kaunter.


Love,

Monday, June 15, 2009

Bersahabat: Sejuta Rasa...

What a Monday Blues... Hari Isnin yg agak suram n kusam arini. Tp, hidup perlu diteruskan beb! Biar apa pun yg berlaku semalam, sedang dan akan berlaku, kita perlu tabah. Ini semua dugaan Allah. Semakin beriman kita kepadanya, semakin kuat dugaan yg diberi, utk melihat sejauh mana keimanan kita terhadap-Nya. Agar dibukan kan mata kita dan berhati² dalam setiap langkah. Lebih² lagi dalam bersahabat. Dalam bersahabat (yg ikhlas kerana Allah) ia memberikan kita kasih sayang dan kebenaran, membuka segala hijab.



Memetik kata² dari seorang teman;
"sesetengah orang kita tak boleh buat kawan
tak ada guna kita terasa dan menangis sendiri
sedangkan mereka happy
by the way, be friends with people who cares"

Ada betul juga kata dia. Xsemua org kita boleh buat kwn. Manusia ini bermacam² rupa dan gaya. Yg xbleh tuh, just let them go, tetapi jgn sesekali menyesali. Sbb apa? Sbb itu semua ketentuan Illahi. Yup, ppl come and go in my life. Walaupun kecewa, perit dan derita, Pojie telan segalanya. Pojie xpernah menyesali setiap saat perkenalan itu, malah bsyukur kepada Allah dan bterima kasih kpd insan² tersebut. Kerana Pojie tau ia adalah 1 pengalaman yg kelak menjadikan kita manusia yg tabah dalam mengharungi liku² kehidupan mengejar matlamat yg hakiki. Memetik puisi seorang teman lagi;

Mengenali seseorang,
kadangkala membuatkan kita ketawa...
kadangkala membuatkan kita mengalirkan airmata...

Sesungguhnya, mengenali seseorang itu mampu memberi sejuta rasa,
Marah!
Sedih!
Merana!
Gembira!
serta..
Rindu!

Tp sedarkah kita..
Mengenali seseorang itu sebenarnya anugerah dari Allah,
Biarpun hadirnya hanya seketika,
sekadar teman sementara,
tp bersyukurlah dgn kehadirannya,
mungkin membuatkan kita mengerti apa itu sebuah realiti kehidupan serta,
kasih sayang...



Betul kata² teman Pojie nih.. Apa pun hidup perlu diteruskan. Usah disesali apa yg tjadi, ada baiknya mengkaji diri sendiri. Semoga hari esok lebih baik dari hari ini. Walau apa pun yg berlaku hari ini, esok hari Pojie akan kembali mengangkat kepala memandang ke hadapan dan berbangga krn masih dikurniakan kekuatan serta masih mampu utk teruskan hidup dengan senyuman...



P/S: Buat sahabat² Pojie sekalian, mohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap selama kita bsahabat. Andai mana yg tguris, tkurang dan tsinggung dgn Pojie, silalah bersemuka dgn Pojie. Tegurlah Pojie. Pojie hanyalah insan biasa yg byk kejahilannya. Pojie sgt open andai org menegur dgn cara yg bhemah. Pojie xmau masa suka, sumer indah pasal Pojie, tatkala dah benci, sumer keburukan diungkit kembali. Semoga Allah memberikan jalan yg terbaik buat kita semua. Pojie sayangkan kalian semua...

Love,