||| Tercari² |||

Tuesday, June 28, 2011

Best ker bercinta sesama blogger? Apa pendapat korang?

Salam geng!

Actually kan dah lama sangat pojie nak bincangkan mende nih dengan kawan² semua. Walaupun isu agak lapuk tapi best juga kalau dibincangkan. Yela bukan apa, memandangkan blogger sekarang pun dah setaraf dengan artis, kisah artis² bercinta sesama artis dah banyak kita dengar, bagaimana pula kisah cinta blogger dengan blogger? Apa yang bestnya cinta dengan blogger? Agak² kecoh tak dunia blogger? Agak² meriah tak dalam Twitterland?



Itu adalah sebahagian daripada pendapat teman² FB Pojie.Terima kasih banyak² atas ulasan anda. Bagi pendapat Pojie pulak semestinya ada pro dan kontra. 

PRO;
  • Dapat berkongsi idea dan pendapat bila dah kering idea nak menulis.
  • Kalau ada movie screening ker, preview ker senang ajak pasangan jer, jimat duit dating tengok wayang segala.
  • Ada Nuffnang, banyak earning boleh simpan buat hantaran.
  • Boleh support each other punya projek, contest, giveaway.
  • Dapat jadi perhatian bila ada sebarang majlis.
  • Orang takkan senang² nak ganggu hubungan sebab dia tahu siapa pasangan dia.

KONTRA;
  • Tak sudah² nak show off kisah cinta di blog (FB and Twitter).
  • Dalam blog tak sudah² nak tempek gambor berdua.
  • Peminat²/ pembaca² yang menaruh hati akan lari.
  • Kisah cinta menjadi tatapan umum.
  • Kurang privasi bila berada di khalayak ramai.
  • Mata² ramai, jadi buah mulut blogger² lain yang iri hati.
 
Erm, cukuplah 6 point untuk pro dan 6 point untuk kontra. Kalau 1 point tuh dah 2 markah dah boleh dapat 24 markah dah. Kalau dihurai satu persatu mau full marks jer jawab soalan camtuh. Hahah. Pada Pojie bercinta sesama blogger ker, bercinta sesama tweeples ker, sesama artis ker sama jer rasa cinta tuh. Cinta manis sesama manusia juga bukan dengan alien. Cinta sesama manusia kerana cintakan Allah mesti lagi indah. Walaupun cinta internet jadikannya satu realiti.

Apa² pun pada Pojie andai sudah ada seru tuh cepat² lah masuk meminang, cepat² kumpul duit leh cepat² kawen macam Che Arm dan Hana. Eh, tersebut pulak. Tunggu turn Eyka sama Intan la pulak. Eh, tersersasul lagi. Kalau nak cari bakal suami tuh, make sure ciri-ciri suami tuh ensem dan baik hati macam Pojie walaupun tidaklah seorang #lelakibadang. Lalala. Kalau dah bercinta tuh make sure korang jangan jadi couple tragis, geli gelemanlah orang membaca. Macam desperate sangat jer bunyiknya. Mau dibacanya haters yang busuk hati, didoakan korang cepat² putus. Choy! Simpang 44 malaikat! Buat biasa² sudah. Takkan semua kisah cinta ko, hatta SMS MMS pun ko nak tayang kat semua orang kan? Simpan²lah, orang lain ada jugak tak perlu nak show off sangat ok. Belajar dari kesilapan lalu yer. Terus meminang meriah cam Ashraf Muslim. Nanti kahwin jangan pulak jadi perkahwinan unik sangat, pitam jemputan nanti.

Adios!!!

Hanya satu,

Monday, June 27, 2011

#Pojiepooh Kini Di Mata Dunia

Salam kawan²,

Tiada apa yang menggembirakan di dalam hidup ini andai kita dapat kecapi kejayaan dan kemasyhuran yang bisa dikongsi bersama oleh seluruh umat manusia di serata dunia. menjadi icon dan pujaan setiap insan, menjadi cover page untuk majalah² ternama.


Oh, bahagianya. Eh, anda masih tidak percaya? Tak percaya lagi? Betul nih? Mahu buktikan betapa Pojie kini di mata dunia? Saksikan dengan mata kepala anda sendiri... 


Puas hati? Ada yang marah? Nak ngamuk? Hah, janganlah, I baru nak feeling², bukan selalu tau. Oklah nak pi baca VOGUE pulak.


#okbai

Hanya satu,

Saturday, June 25, 2011

Dasar DESPERADO, sah memang TAK LAKU!

Salam kawan²,

Actually a few days nih Pojie rasa agak tidak tenteram dengan debaran #SatuCintaDuaJiwa lagi, dengan masalah peribadi lagi, ditambah pula dengan masalah yang menimpa insan yang Pojie sayang. Hah, bila insan yang Pojie sayang dalam kedukaan, Pojie boleh rasa tau kelukaan itu, sekali gus airmata menjadi murah. Tapi tak boleh, Pojie kena kuat untuk insan itu

 Yela cuba bayangkan kalau seorang bekas kekasih kepada suami/ isteri anda tiba² muncul dalam hidup anda, minta simpati agar diberikan peluang untuk dia bersama pasangan korang, apa perasaan korang? Pojie tak pasti apa perasaan Pojie, yang pasti Pojie perasan ada orang dah longlai sebab kena belasah. Wooo, jangan main² dengan Pojie, especially melibatkan pasangan dan insan² yang Pojie sayang. Pojie boleh hilang kewarasan. Lembut di luar tidak semestinya lembut di dalam. Kalau ko rebutkan orang yang tak pasti jadik laki bini oklah jugak boleh beradu tenaga saper lagi hebat, tapi kalau dah sah² laki bini ko nak runtuhkan masjid apa kes? Ko nak mampos kene simbah asid? Itu kalau keluar setan dalam diri nih la kan. Tapi seboleh²nya Pojie tak nak melibatkan sebarang keganasan, kalah jadi abu, menang jadi arang. Duduk berbincang agar terima kata sepakat. Semoga sama² clear, sama² menghormati each other. Tak boleh juga, sila jauhkan diri, abes citer.

Actually Pojie menulis ini setelah membaca rentetan dari Intan pasal Ain Desperado [1] [2] [3]. Pojie malas nak menaip panjang². Nak juga buat surat balasan untuk manusia seperti itu tapi Pojie tahankan saja. Taknak benda² elok macam nih dipanjang²kan kelak menjadi barah dalam keluarga, sikit² lama² terus merebak. Better jangan layan. Sebab nampak sangat manusia seperti itu takde life. Sah² tak laku. Desperate sangat nak hak orang. Kesian kan. So get a better life. Maybe she should learn surviving break up. Kalau ada manusia macam nih jangan pening² kepala sangat nanti cepat tua, jadi silalah menguruskan bekas kekasih anda dengan bijak. Apa² pun buat Kak Sue (bukan nama sebenar) dan kawan² sekalian alam, ingatlah doa kepada Allah dan sokongan insan² tersayang adalah kunci utama kekuatan itu...


Adios!

Hanya satu,

Thursday, June 23, 2011

Gajah, gajah, gajah!

Salam semua,

Selepas dah abes program Citrawarna bulan lepas, maka habislah juga program mengkecikkan badan sekecil kancil, serta mendapat perut yang kemek (bak kata amoi opis nih). Nak bersenam? Berjoging? Jauh sekali. Makan pulak pakai taram jer tak kira siang dan malam. Swimming pun atas katil jer dah. Aktiviti beriadah dan berpeluh sudah semakin tiada dalam kamus hidup. Nak join program amal pun masih tidak berkesempatan. Maka bermulalah perasaan takut badan kembali menjadi gajah semula...


Bukan gajah Shin Chan la lahar!!!

Hanya satu,

Tuesday, June 21, 2011

Blogger berilmu, blogger prihatin, tweeples juga!

Salam kawan²,
Bersempena dengan program #TwtupKaseh yang akan berlangsung bulan depan, baru² ini telah berlangsung satu perjumpaan Mini #TwtupKaseh bersama² dengan orang² kuat dan penderma² di Rasta TTDI. Program mini ini diadakan bertujuan untuk mengumpul barang² serta sumbangan yang akan didermakan kepada rumah kebajikan yang terlibat nanti. Oh, Pojie juga tidak ketinggalan menderma sebahagian daripada koleksi² pakaian Pojie yang tidak digunakan lagi kepada mereka. Ada banyak lagi tapi tak sempat nak selongkar wardrobe ;p


Pojie hadir bersama² dengan @ZueZoey, @aisyalicious dan @syahrulfaizal. Di situ Pojie jumpa orang² kuat #Twtupkaseh seperti @AidaSue, @Zullicious, @karrotgold dan ramai lagi. Oh, tidak ketinggalan @fouziahgous pun ada tau korang, membantu mengutip sumbangan...


Kudos to all! Lebih info sila [KLIK]. Walaupun program sebenar belum bermula, tapi Pojie dapat rasakan bahawa program ini akan menarik minat lebih ramai lagi masyarakat kita khususnya masyarakat alam maya (twitter, fb, blogger) untuk saling berhubung, bekerjasama demi membentuk sebuah komuniti yang bukan setakat berilmu, malahan jua prihatin! Yelah, daripada korang asyik gathering sana sini, twtup tak sudah², apa aktiviti yang korang buat yang memberi kebaikan buat semua serta komuniti selain main bowling dan tengok wayang? Takde kan? Oleh itu, Pojie memberikan cadangan buat kalian semua (especially blogger)  untuk membuat perjumpaan dalam bentuk aktiviti kemasyarakatan.


See, betapa ramai insan yang bersetuju dengan cadangan itu. Geng² twitter sudah bermula, geng² blogger dan fb bilalah pula? Bulan puasa dan raya tak lama lagi kan? Apa kata kita rancang dari sekarang untuk membuat majlis berbuka puasa dan beramal bersama anak² yatim, rumah warga tua dan rumah² kebajikan yang lain. Selain kita boleh merapatkan silaturrahim, kita juga dapat menjadi masyarakat penyayang. Dapat juga menginsafi diri kita yang sangat² bertuah berbanding mereka² di luar sana, murah rezeki nanti. Hey, dapat pahala juga tau. Dari gathering dok borak² silap² mengumpat, dosa lagi dapat ok! Tapi Pojie nak buat sorang tak larat la, Pojie bukan ada ramai pengaruh. Kawan² jom kita buat bersama².

Ayuh beramal!

P/S: Semoga projek2 sebegini diteruskan sampai bila² dan mendapat perhatian setiap warga Malaysia untuk sama² beramal.

Hanya satu,

Monday, June 20, 2011

Citrawarna 2011, Colors of 1 Malaysia

Salam kawan²,

Hari ini genaplah sebulan Pojie membuat comeback sebagai seorang penari dan membuat persembahan di khalayak ramai. Pojie membuat persembahan di bawah program Kementerian Pelancongan Malaysia iaitu Citrawarna 2011. 1st time join nih tau. Sebelum nih show paling besar Pojie pernah buat adalah sambutan Hari Kemerdekaan di Kuala Terengganu tahun 2005 kalau tak silap dan paling jauh di Sydney pada tahun 2006. Itu adalah kali terakhir Pojie di membuat persembahan sebagai seorang penari. Gila gian siot! Akhirnya dengan bantuan seorang teman seangkatan dengan Pojie iaitu Ayus, adik angkat Pojie, juga partner menari masa kat KUSTEM (aka UMT) dulu, beliau ajak Pojie join menari untuk Citrawarna.


Pojie menerima tawaran tanpa berfikir panjang. Walaupun gigih setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis Pojie akan memecut ke Tasik Titiwangsa dari ofis di Kelana Jaya nih selepas habis kerja. Pergi latihan dari 8.30pm sampailah pukul 11pm. Gigih tak? Gila gigih ok. Selama sebulan juga tau. Lepas tuh hampir setiap hari bila seminggu lagi sebelum event. Bayangkan lepas balik dari Sabah haritu pun, sampai² flight dari KLIA terus pi PWTC untuk rehearsal. Bila dah meroyan gini rupalah! Tapi takpa saya puas, itulah kepuasan sebenar, bila kita dapat melakukan perkara yang kita suka.

 Kalau nak tahu Pojie menari untuk group penari utama. Di mana kami akan membuat persembahan pembukaan dan penutup. Ada 4 lagu semuanya. 2 lagu iaitu Gendang dan Tema untuk pembukaan, Samrah dan Zapin untuk penutup. Gila tak? Masa mula² latihan Pojie agak tingtong jugaklah. Yelah bayangkan dah lama gila tak menari, otak pun dah berkarat, sendi² semua dah reput nak membuat step² moden. Pergh, memang cabaran buat Pojie tuh. Tapi tak mengapa, bukan Pojie seorang jer yang mengalami masalah yangs ama ada ramai lagi. Tapi alhamdulillah, sesusah mana pun step, kalau dah menari itu ada dalam jiwa pastinya boleh buat. Cuma mengambil masa untuk asah balik skill. Penat² pun kami tetap enjoy, tetap tersenyum sepanjang latihan berlangsung, dengan ditemani ketua kami, Abang Nizam IB. Eh, jangan tak tahu yer dalam group nih terdiri dari penari² DBKL, ASWARA, Istana Budaya, SWATARI. Ada juga retis² macam Thye Mentor, bekas protege Adibah Noor. Tak lupa juga seorang blogger retis nih korang mesti kenal punyalah dari belog Kifli Si Dolce...

Cuma dia lebih hebat dan professional dari Pojie lagilah. selain dia lebih muda dan cantik, dia juga banyak show² lain termasuklah show Sukma 2011 baru² nih. Apa² pun Pojie dah kasitau sama dia kalau ada show lagi sila sudi² kan diri untuk invite. So, Pojie boleh la dapat side income dan dalam masa yang sama boleh menguruskan badan. Yer kurus uols. Orang lain semua menari selama sebulan nih turun antara 3-7kg tau. Pojie jangan cakap, dari berat 75kg jadik 60kg jer! Sangat menipu itu timbang. Walhal Pojie susah turun berat badan walaupun badan dah nampak mengurus. Pelik kan. Lagipun Pojie fobia dengan penimbang berat badan, dia anti dengan Pojie selalu memberikan bacaan yang tidak sepatutnya. Hahah, statement takleh blah! tapi trust me, menari memang boleh membuatkan Pojie kembali kurus muda dan ramping seperti sediakala. Jeans semua longgar ok, tak tipu. Masuk² ofis pun amoi kat ofis bila perut dah "kemek". Haha.

Apa² pun inilah pengalaman yang paling best sepanjang hidup Pojie. Dapat juga beraksi untuk Citrawarna, itulah impian Pojie. Cuma 1 jer impian Pojie belum terlaksana iaitu untuk beraksi di pentas Istana Budaya. Yang Nora hari tuh kirim salam, tunggu jela peluang seterusnya, Pojie akan terus berusaha! Macam Iz nih, dia hebat tau dah beraksi beberapa kali kat pentas IB untuk banyak pementasan. So berharap dapatlah berkat² beliau tuh tempias sama Pojie. Insyallah mana tau kan. Baru² nih Adie Waridi pun dapat beraksi untuk Makyong di Istana Budaya. Hebat bukan. Bilalah masanya untuk Pojie nanti ek. Takpe², doa²kan jelah kalau ada Pojie invite korang semua tengok Pojie buat show biarpun sebagai tukang kebun. Hahaha. Apa gelak², ok what. Kao mampoo??!

Ohh, agak panjang entri nih dengan celoteh Pojie. So Pojie just nak sajikan kepada anda semua gambar² sepanjang program ini berlangsung. Walaupun kami terpaksa menari di dalam kehujanan, berlantai licin akibat hujan, sampai ramai yang terjatuh tersungkur, tarcampak capal, tapi kami semua puas hati. Hehe...

Teman rapat, adik dan juga partner menari - Ayus

Keadaan di belakang pentas, masing² sedang sibuk bersiap.

Persalinan pertama untuk pembukaan, konsep 1Malaysia. Pojie pakai kurta, pakaian India.

  
Ni pula persalinan kedua untuk samrah dan zapin Outfit dia sangat cantik. Pusing² jadik cam gown kembang tau! Sempat juga melukis janggut untuk kelihatan lebih abang². Wah!

Girls dalam group kami; Ayus, Joy dan Ziana.


Bersama teman² KUSTEM dan UPM (kumpulan penari India)

Pemandangan dari seorang penari selepas acara berlangsung dan kemeriahannya...

Lega selepas pakaian dan mekap ditanggalkan. Natural, tetap comel.
Terima kasih kepada PA; ArepiezFernando yang telah banyak membantu :)

Terima kasih buat insan² yang memahami kesulitan Pojie, dan memberikan sokongan. Terima kasih juga buat yang datang melihat persembahan Pojie hari. Thank you so much! Untuk melihat rakaman² yang telah dirakamkan dari TV2 dan juga penonton anda boleh menyaksikannya di sini...



Dan untuk melihat dengan lebih dekat lagi bagaimana keadaan penari menari dalam kehujanan dan lantai yang licin, anda boleh la saksikannya di sini. Tapi show must go on. Terjatuh tergolek tetap sambung menari dan tersenyum.


Can you find me???
Haha!

Hanya satu,



Saturday, June 18, 2011

My boyfriend. My sugardaddy...

I have a boyfriend,
there's nothing to hide for.
living with him make me smile each and everyday,
getting him close to me make me feel great,
hugging and kissing him make me feel so bless.

My sugardaddy,
giving me everything I want,
letting me have everything I've dreamed for,
till one day I realize his love is more than I needed.

The one and only, forever he will be for me.
He is my coach,
He is my supervisor,
He is my advisor,
He is my king,


 He is everything to me...
Happy Father's Day!!!

P/S: To my Abah Abdullah dan Abah Sulaiman, love you!

Hanya satu,

Friday, June 17, 2011

#ChentaOven Cuppies @ivasaionji TERBAEK!!!

Salam,

Korang suka makan cupcakes tak? Suka? Pojie pun boleh la. Bukan suka makan tapi suka cuci mata tengok cupcakes yang comel². Nak makan Pojie kurang gemar sangat sebab banyak kandungan gula dan lemak. Tak baik untuk kesihatan woo. Lagipun krim dia Pojie selalunya cepat muak. Pojie boleh layan muffin jer but not cupcakes. Tetapi baru² ini Pojie berpeluang merasai cupcakes hasil tangan seorang teman Pojie yang baru berjinak² dengan pembuatan cupcakes; Ivasaionji, selepas menjadi pemenang contest beliau tempoh hari.


1st impression when I took a bit on a cuppies - BEST! Sebab apa Pojie cakap best? Sebab krim dia tak manis sangat, just nice dan tak muak. Muffin dia pula memang lembut dan sedap! Terasa perisa vanila dia dalam kemanisan yang just nice. Kalau makan muffin dia jer pada Pojie dah cukup rasa puas boleh buat dessert. Rekaannya tak payah cakap la memang comel cam tuan dia. Lihatlah saja keriangan, sugarhigh Pojie lepas makan 1, Pojie makan lagi 1. Lagi 4 adik Pojie perabiskan...


Kira kalau kawan² buntu sangat nak cari hadiah istimewa untuk bapa korang sempena #HariBapa2011 nih nanti, boleh la belikan beliau #ChentaOven cuppies nih. Selamat juga untuk di makan sebab tak manis sangat kan. Nak buat birthday party ker, majlis tunang ker, resepsi ker kira sesuai sangatlah. Lebih² lagi #ChentaOven ada promo sampai hujung bulan nih.


Amacam? Tertarik? Menarik? Memang da bomb kan! Kalau rasa² berminat boleh saja hubungi beliau di FB ChentaOven dan Twitter @ivasaionji. Pojie lepas nih teringin nak rasa cuppies dengan icing decoration macam nih, cute. So sweet kan! 


Apa² pun #ChentaOven memang...
TERBAEK!!!


Hanya satu,

Thursday, June 16, 2011

Makyong Dewa Indera, Indera Dewa

Salam kawan²....

Hari ini Pojie nak update kawan² yang meminati kesenian lebih² lagi seni persembahan pentas. Selepas Makyong Sindo dan Makyong Raja Bongsu Sakti kini Pojie nak ajak kawan² join Pojie menyaksikan pementasan Makyong Dewa Indera, Indera Dewa [KLIK] yang akan di pentaskan di Lambang Sari, Istana Budaya pada 17 dan 18 Jun 2011 nanti.


Ia akan dijayakan oleh seorang penggiat makyong, Rosnan Rahman yang sebelum ini muncul dalam Rebab Berbisik bersama² dengan seorang pendatang baru yang popular dengan filem ... Dalam Botol iaitu Arja Lee. Makyong Dewa Indera, Indera Dewa ini pernah di pentaskan di Istana Budaya sebelum ini. Apa yang membuatkan Pojie bertambah berminat ingin menyaksikan makyong pada kali ini kerana salah seorang teman yang Pojie panggil abang iaitu Adie Waridi akan turut terlibat. Wah, seorang lagi teman naik ke Istana Budaya. Selain itu beliau turut berbesar hati ingin memberikan beberapa tiket percuma kepada anda semua yang berminat, so...

Check it out!!!

P/S: Bilalah pula turn Pojie nak beraksi di pentas Istana Budaya pula. Jeles tengok sorang² dah naik.

Hanya satu,