Salam,
Actually Pojie sangat teruja apabila kecoh diperkatakan di Twitter tempoh hari berkenaan dengan #TwtupKaseh selepas diajak oleh beberapa teman di twitter. Ia merupakan sebuah program kebajikan pertama dari Twitterjaya yang diusulkan oleh beberapa tweeples berpengaruh. Kudos to @AidaSue and the gang! Nak tau lebih lanjut pasal #TwtupKaseh, [KLIK]
Actually Pojie sangat² teruja untuk menyertai program² kebajikan seperti ini. Yelah selama nih gathering, tweetup segala tapi itu² jer pengisiannya. Ice-breaking, bowling, tak bowling tengok movie, tak pun makan², mana taknya peratusan obesiti di kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat. Pastu borak² kosong banyak, mengumpat² dosa pun bertambah. Haish! Apa kata kawan² semua join program nih selain dapat merapatkan ukhwah disamping teman² twitter, dapat juga kita beramal sambil menginsafi nikmat pemberian Allah kepada kita. Sesungguhnya ada lagi insan² yang kurang bernasib baik, yang memerlukan bantuan dari kita semua. Dapat juga menambah pahala betul tak.
Tetapi memandangkan Pojie agak sibuk dengan majlis keluarga pada 3 Julai, maka tak dapatlah Pojie nak menghadiri program tersebut pada 2 Julai. Kira Pojie senasib jugalah dengan @dauspozi dan @lizarazak. @shahroll pula Pojie tak pasti. Apa² pun Pojie dah berjanji sama @ZueZoey dan @aisyalicious untuk pergi ke mini #TwtupKaseh di Rasta TTDI pada 17 Jun ini. InsyAllah Pojie akan usaha untuk ke sana, memberi sedikit sumbangan. Jadi kawan², apa lagi...
Mari beramal!!!
P/S: Semoga program ini akan terus berjalan dari semasa ke semasa. Looking forward untuk buat majlis iftar bersama rumah² anak yatim, atau warga tua pula :)
Hanya satu,
3 bicara yang baik hati...:
alaaa.. :'( sayang nye yuyu tak tahu!
Jumpe nanti kamu yunk! i dah RT :)
erkk ce rt :)
Post a Comment