||| Tercari² |||

Friday, June 17, 2011

#ChentaOven Cuppies @ivasaionji TERBAEK!!!

Salam,

Korang suka makan cupcakes tak? Suka? Pojie pun boleh la. Bukan suka makan tapi suka cuci mata tengok cupcakes yang comel². Nak makan Pojie kurang gemar sangat sebab banyak kandungan gula dan lemak. Tak baik untuk kesihatan woo. Lagipun krim dia Pojie selalunya cepat muak. Pojie boleh layan muffin jer but not cupcakes. Tetapi baru² ini Pojie berpeluang merasai cupcakes hasil tangan seorang teman Pojie yang baru berjinak² dengan pembuatan cupcakes; Ivasaionji, selepas menjadi pemenang contest beliau tempoh hari.


1st impression when I took a bit on a cuppies - BEST! Sebab apa Pojie cakap best? Sebab krim dia tak manis sangat, just nice dan tak muak. Muffin dia pula memang lembut dan sedap! Terasa perisa vanila dia dalam kemanisan yang just nice. Kalau makan muffin dia jer pada Pojie dah cukup rasa puas boleh buat dessert. Rekaannya tak payah cakap la memang comel cam tuan dia. Lihatlah saja keriangan, sugarhigh Pojie lepas makan 1, Pojie makan lagi 1. Lagi 4 adik Pojie perabiskan...


Kira kalau kawan² buntu sangat nak cari hadiah istimewa untuk bapa korang sempena #HariBapa2011 nih nanti, boleh la belikan beliau #ChentaOven cuppies nih. Selamat juga untuk di makan sebab tak manis sangat kan. Nak buat birthday party ker, majlis tunang ker, resepsi ker kira sesuai sangatlah. Lebih² lagi #ChentaOven ada promo sampai hujung bulan nih.


Amacam? Tertarik? Menarik? Memang da bomb kan! Kalau rasa² berminat boleh saja hubungi beliau di FB ChentaOven dan Twitter @ivasaionji. Pojie lepas nih teringin nak rasa cuppies dengan icing decoration macam nih, cute. So sweet kan! 


Apa² pun #ChentaOven memang...
TERBAEK!!!


Hanya satu,

1 bicara yang baik hati...:

Anonymous said... Reply To This Comment

sedap nye...