||| Tercari² |||

Saturday, August 20, 2011

Ada masalah dengan Flexiroam? Hubungi saja 1300 88 7626

Hi kawan², 

Kembali lagi Pojie dalam segmen Flexiroam. Erm, bagaimana puasa semuanya baik² saja? Persiapan raya bagaimana? Hope semuanya berjalan dengan lancar la yer. Yang penting amalkan sikap berjimat cermat. Begitu juga dengan penggunaan Flexiroam, sangat jimat! Korang pun tau kan menggunakan Flexiroam ketika di perantauan hanyalah menelan belanja RM10 sehari untuk anda membuat panggilan ke Malaysia, dan menerima panggilan dari yang tersayang, tanpa had pula tuh. Memang jimat kan! Lebih² lagi bila Flexiroam memberikan 3 hari roaming pass percuma, daftar cepat!

Baru² ini Pojie ada mendapat reply dari pembaca berkenaan dari entri ini dengan perkhidmatan Flexiroam nih. Ada yang kurang berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan. mari kita ikuti pandangan serta luahan pembaca bertuah pada kali ini...



Thanks Cik Anon. Lain kali adalah lebih molek kalau dinyatakan nama dan email/ twitter/ fb yang boleh dihubungi. By the way, Pojie tak berapa pasti sejauh mana masalah ini, sebab Pojie bukanlah seorang technical support untuk Flexiroam nih, Pojie hanyalah member pandangan sebagai seorang pengguna. Memandangkan ianya perkhidmatan yang agak baru, pastinya ia mempunya loop hole sana sini. Malah salah satu kekurangan yang Pojie tak berapa nak berkenan adalah, panggilan boleh dibuat dalam blok 10 minit sahaja. Habis 10 minit kene call balik untuk sambung bercakap. But I believe, from time to time pihak Flexiroam pastinya akan meningkatkan servis mereka ke tahap yang lebih baik dan menyediakan technical support yang berkelayakan untuk membantu pengguna² di luar sana! Apa² pun, jika anda menghadapi sebarang masalah, anda boleh la tweet @Flexiroam atau hubungi mereka di talian² seperti tertera di gambar sebelah atau juga di...

1300 88 7626

Hanya satu,

Monday, August 15, 2011

Orang berbudi, kita berbahasa...

Salam,

Halo halo halo... Hari tok Kak Lehot mok inggar!!!


Eh, silap siaran. Kak Lehot, turn kau belum keluar nanti aku bagi ko enterprem nanti² kang. Sabor yer. Arini Pojie nak story dengan kawan² pasal budi bahasa. Yer tau kan pasal budi bahasa? Semua rakyat Malaysia tak kira bangsa dan agama mesti tahu apa itu budi bahasa. Penat jer Mak Iti (read: Siti Nurhaliza) ko merakamkan lagu terpekik terlolong nak menyanyikan lagu ciptaan Pak Ngah nih, bukan saja². Bersama² dengan kementerian nak memupuk sifat berbudi bahasa di kalangan rakyat Malaysia. Beratus ribu kementerian melabur membuat Kempen Budi Bahasa korang tau tak? Tapi masih ada yang masih tak reti nak berbudi bahasa. Kalau menyanyi lagu bukan main lagi, berjoget² bagai, nak mengamalnya adoo! Kenapa Pojie cakap macam tuh? Meh sini Pojie memberikan sedikit cerita dan situasi untuk dikongsikan bersama² anda.


1. Senyum, "Terima Kasih" dan "Maaf".

Yer, senyum. Simple jer  yer senyum tuh. Tak guna kalau kau keluar duit beribu² nak kasi suntik bibir nampak cantik cam Angelina Jolie, ataupun Kilafairy tapi senyuman haram ko tak reti memberikan kepada orang. Lebih² lagi kepada orang yang berkerja di kaunter², tak kisah la kaunter tol ker, kaunter bayaran ker, kaunter saman ker. Usah kata nak cakap terima kasih, nak senyum pun muka ketat macam muka cekodok basi. Time² puasa lagilah pulak. Penat kononnya, masam mencuka. Kalau kaunter² agnesi kerajaan lagilah pulak. Dia fikir dia keje gomen, ada elaun berlambak, ada pencen, ada duit raya segala nak kerek la. Selalunya staff² kertu, dia feeling diva sikit, perasan tak? Penat jer si Najwa dengan Malique buat lagu Senyum tuh, harammm! Tak kene bayar pun senyum tuh, tak kene tax pun, murah rezeki adalah! Senyum itukan sedekah. Sambil tuh cakaplah, terima kasih. Tak ke sejuk hati orang mendengarnya. Andai ada yang kurang berkenan, cakap baik² dan dimulakan dengan perkataan "maaf", tak salah kan..

2. Yang tua dihormati, yang muda disayangi.


Pernah dengar kan ayat di atas. Yer uols, kalau dengan orang tua tak kisah la mak bapak sendiri ker, pakcik, hatta abang² dan senior² di sekolah dan tempat kerja wajarlah kita hormati. Kalau ada sebarang percanggahan pendapat, kita cakap molek² dengan sesopan mungkin. Yang tua pulak janganlah nak kekwat² sangat dengan budak² muda. Budak² muda biasalah darah panas. Kalau ada salah silap janganlah nak dimaki hamun, nasihat baik², ajak dia ke arah kebaikan bukan disisihkan. Kita hidup berkeluarga, bermasyarakat betul tak? Kalau dengan ibubapa tuh memang wajib kita hormati. Kita kasari ke neraka jahanamlah tempat kita di akhirat nanti. Yang tua pun, janganlah fikir selalunya betul, kadang² perlu juga fikirkan idea dan komen orang² muda nih.


3. Menjaga lidah dan perangai.
Yelah kita sebagai manusia kadang² tidak lepas dari berkata² yang tidak berfaedah. Kalau di Facebook dan Twitter tuh luah saja segala perasaan tak puas hati tuh tanpa melihat kiri kanan. Memang kita ada hak untuk bersuara, nak berkata² biarlah berpada², jangan sampai ada yang terasa. Nasihat untuk diri sendiri juga, selalu cakap lepas sampai ada yang menjeruk hati. Tak salah kalau kita nak melepaskan apa yang terbuku di dalam hati kita, tapi biarlah dengan kata² yang lebih sopan dan berhemah. Orang baca dan mendengar pun dia terpukul dan sedar diri. Kata orang ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berselerak. Kita luahkanlah apa yang terpendam, tapi dalam masa yang sama mesej kita sampai tanpa melukai hati sesiapa. Perangai kita pun perlulah molek. tak kisah la siapa kita, apa darjat, status dan kedudukan kita, dari keturunan mana kita, kita perlu sentiasa beringat, kita hanyalah manusia biasa, lebih² lagi di sisi Allah. Ditoreh tangan, merah juga darah yang keluar. Jangan nak feeling² Mahsuri. Hanya iman dan takwa saja membezakan kita pada-Nya. Jadi perangai tuh biarlah rupa orang, jangan buat perkara² yang tidak senonoh. Kalau nak buat juga cover² sikit, jangan sampai orang mengata. Fikir dulu sebelum bicara dan berbuat sesuatu perkara dari menyesal di kemudian hari.

"Diam itu lebih baik dari berkata²"

 4. Harta awam dan persendirian.


Pernah dengar tak orang cakap, "jangan buat harta macam mak bapak kau yang punya!"? Mungkin kedengaran agak kasar di situ, tapi itulah untuk kita fikirkan. Tak payah lihat jauh², pandang kiri kanan jer, kerajaan sediakan kemudahan sana sini ada jer yang gatal tangan nak mencontenglah, menampak iklan ah long la. Please! Itu semua perbuatan biadap ok. Orang beri kemudahan, tapi kita merosakkannya. Samalah juga kalau ada harta benda kita yang kita pinjamkan dengan kawan², kadang kala dibuatnya macam harta sendiri. Dipulangkan dengan keadaan yang tidak sesempuran yang diberi. Sentap! Lepas tu kalau kene carut balik jangan nak marah yer. Tapi berbalik kepada item no. 3 tuh, cara berhemah. Dan yang menggunakan tuh perlulah berbuat item no. 1 tuh, jangan lupa. Kalau meminjam baju ker, kereta orang ker, janganlah dilenjan macam harta sendiri. Ingat tuh!

5. Menumpang dan meminta bantuan

Kalau anda mempunyai masalah dan terpaksa mencari rumah baru, anda terpaksa meminta bantuan teman untuk menumpang di rumah teman anda, apakah jangkamasa yang seelok²nya untuk anda menumpang di rumah teman anda itu? Sehari? Seminggu? Sebulan? Melampaulah kan sampai lebih sebulan. For me, kalau nak menumpang tuh, cuba untuk seminggu jer. Paling tidak 2 minggu, dapatkan rumah baru dan chow! Jangan nak nyusahkan hidup teman tuh, lebih² lagi kalau dia sendiri pun susah. Tapi kalau dia dok senyap jer janganlah sampai 2 3 bulan yer. Memang senyap sebab dia taknak melukakan hatikamu. Faham²lah sendiri. Dia ada privasi dia sendiri. Dan kalau dah memang terpaksa menumpang sampai 2 3 bulan tuh, tak reti² membayar sewa rumah sekali? Paling² tidak pun bayarkan bill letrik dan air. Memanglah menumpang, tapi adalah penting untuk anda berbahasa yer selepas orang berbudi sama kita. Baru orang tak serik nak menghulurkan bantuan kepada kita lagi. Dan kalau meminjam duit pula, pastikan anda membayar dengan segera, kesianlah kat teman tuh. Mesti dia nak gunakan duit tuh juga. Tapi kalau tak dapat, inform secara baik² ok, insyallah dia faham punyalah!


Itu adalah sedikit sebanyak Pojie berkongsi pengalaman peribadi dan juga teman² rapat. Ada juga yang menempelak diri sendiri. Sesungguhnya kita manusia perlulah saling ingat-mengingati, sesama sendiri dan tak lupa diri sendiri. Semoga kita semua hidup bahagia aman ceria, semurni kasih :)


Orang memberi kita merasa!

Hanya satu,

Saturday, August 13, 2011

My Dream Post Wedding Portraiture

Salam guys,

Pojie nak tanya kepada kawan² Pojie yang dah berkahwin dan juga akan berkahwin, have you ever think what is your dream post wedding potraiture like? Especially buat korang yang gila bergambar, pasangan korang juga berkongsi obses yang sama dengan korang, pernah terfikir tak gambar post wedding macam mana yang korang impikan, untuk diabadikan untuk tatapan di hari tua, juga anak². Untuk diingati sepanjang hayat betapa  korang mencintai pasangan korang sebelum dan selepas perkahwinan, hingga menutup mata. Pernah tak?


Kalau di tanya Pojie soalan di atas, pastinya pernah. Si dia juga sama. Tapi mungkin sedikit berbeza. Kerana Pojie terlalu menginginkan photoshoot bersama si dia di bawah air. I mean underwater photoshoot. Ia merupakan salah satu proses penghasilan gambar yang mencabar buat photographer dan pastinya kepada pasangan tersebut. Tetapi hasilnya pasti mengagumkan, tidak dapat dibicarakan melalui kata². Apabila keindahan alam di bawah lautan menjadi lambang cinta sejati dua jiwa, pastinya indah belaka.

 

Paling best apabila pasangan wanita memakai dress, berada di dalam air pastinya memberikan kesan yang lebih dramatik kerana dress tersebut akan bertebaran di dalam air ibarat seekor duyung yang sedang menari-nari. Pasangan lelaki berpakaian separuh terdedah. Lalu memberikan kucupan, ibarat seekor duyung cuba untuk menyelamatkan seorang putera raja yang terjatuh ke dalam laut dan hampir lemas. Dengan kucupan sakti itu memberikan sedikit ruang kepada sang putera untuk bernafas di dalam air, lalu terlihat kecantikan si duyung di dalam lautan yang cantik. Kemudia berenang berdua menuju ke istana cinta, jauh ke dalam dasar laut, bersama ikan², penyu² dan hidupan² laut yang lain.


Dan pastinya potret bercanda di pasiran pantai, bermadu asmara, berdua-duaan, berkucupan mesra sambil disaksikan terbenamnya sang matahari, sungguh indah dan mengasyikkan. Perghh, gila jiwang. Hep hep! Kita jiwang dengan #bakalbini jer tau! Sudah semestinya destinasi pilihan untuk berbulan madu, dan merakamkan kenangan terindah ini di Seminyak, Bali. Sebab apa Seminyak di Bali? Sebab ada private pool, boleh berenang² berdua pakai bikini dan swimming trunk, nak bogel² berdua dalam pool pun takpe. Nak photoshoot dalam pool pun mesti best tanpa gangguan. Lagipun sebab kat sana open sikit. Nak manja² dengan pasangan pun takde orang nak peduli. Lagipun Bali antara destinasi pelancongan terbaik di dunia. Pemandangan yang indah dan suasana yang romantik. Sementelah Pojie juga sangat menggemari suasana di tepi pantai, sungguh mendamaikan. Sesuai untuk pasangan dilamun asmara. Photographer pilihan Pojie tidak lain tidak bukan adalah Detik Indah.

Kenapa Detik Indah? Kerana Pojie tertarik dengan hasil kerja team mereka yang sangat profesional dan hebat! Lihatlah saja gambar² di dalam album FB Detik Indah, semuanya cantik² belaka. Memaparkan kegembiraan dan keceriaan di setiap sudut wajah di dalam gambar yang diambil. Moment capture yang sungguh menakjubkan dan yang penting KREATIF! So, Pojie rasa kalau bisa Pojie membuat underwater photoshoot dengan team mereka, pastinya menambah satu lagi portfolio terhebat Detik Indah. pastinya ramai yang akan terpesona dengan kehebatan Detik Indah nanti. Sekarang pun mereka sedang mengadakan Your Dream Post Wedding Contest yang menawarkan hadiah pakej photoshoot bernilai RM1500 ok! [KLIK] untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan contest tersebut. Anda juga boleh sertai. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah berkongsi tentang destinasi berbulan madu anda, dream post wedding potraiture anda dan nyatakan mengapa anda inginan Detik Indah merakamkan detik indah anda bersama si dia. Kemudian hantarkan kepada mereka. Lepas tuh doa²lah penyertaan anda terpilih kan.. Pojie pun harap² dapatlah kan berkerjasama dengan Detik Indah, memandangkan Pojie sangat mengangumi hasil kerja mereka, dan sangat teringin nak merakamkan post wedding picture di bawah air, detik² indah bersama si dia, sesuai dengan Detik Indah. Tak dapat menyelam, kat pesisir pantai pun jadiklah kan. Huhu... So apa lagi, sertainya sekarang!


Hanya satu,



Friday, August 12, 2011

Flexiroam dan 15 buah negara


Salam,

Oklah hari ini bertemu kita sekali lagi dalam segmen tajaan. Cewah, takdelah. Segmen review produk jer. Kalau di entri minggu² sudah Pojie ada berkongsi kepada anda kelebihan Flexiroam serta penjimatannya yang menakjubkan, kini Pojie ingin berkongsi kepada anda 15 buah negara yang boleh anda lawati dan berjimat dengan Flexiroam. Yer, 15 jer setakat ini. Mungkin akan ditambah lagi selepas ini who knows kan.

Ok setakat ini kalau korang berhajat melancong ke; Australia, Brunei, China, France, Germany, Hong Kong, India, Indonesia, Macao, New Zealand, Singapore, Taiwan, Thailand, United Kingdom dan Vietnam, jangan lupa masukkan Flexiroam dalam travel checklist korang ok! Ingat tuh ok. Dan lepas tuh jangan lupa untuk melakukan call forwarding sebelum dan selepas berlepas yer [KLIK].

Anda juga memerlukan kad sim prabayar antarabangsa tatkala tiba di destinasi untuk membolehkan anda menikmati kadar penjimatan serta merta dengan kadar RM10 sehari tanpa had. Kenapa perlunya kad sim prabayar antarabangsa? Kerana secara umumnya, selain plan roaming antarabangsa yang ditawarkan oleh talian perkhidmatan, cara yang termurah untuk kekal berhubung dengan kenalan di Malaysia. Itulah kelebihannya. Hal ini kerana Flexiroam direka untuk berfungsi dengan semua kad SIM GSM di luar Negara.

Oh ya, by the way Flexiroam sedang memberikan roaming pass 3 hari secara percuma [KLIK], jangan lupa untuk mendaftar untuk menikmati penjimatan yang menakjubkan ini ok :)

Hanya satu,

Saturday, August 6, 2011

Free Roaming dari Flexiroam!!!

Hello, hello...

Attention!!!


Korang nampak tak perkataan FREE tu? Hah, korang pantang nampak free, percuma segala laju jer kan.. Tapi percayalah kali ini korang pasti puas hati. Lebih² lagi dari Flexiroam. Bukan sehari, bukan 2 hari tetapi 3 HARI PERCUMA! Gila tak gila! Yang pasti promosi ini berlangsung selama sebulan [KLIK], mengambil berkat Ramadhan katanya...


jadi buat teman² di luar sana yang masih belum mendaftar, silalah berbuat demikian di www.flexiroam.com. Dan boleh juga melayari blog.flexiroam.com untuk maklumat lebih lanjut!

Happy roaming!!!

Hanya satu,