Salam guys,
Pojie nak tanya kepada kawan² Pojie yang dah berkahwin dan juga akan berkahwin, have you ever think what is your dream post wedding potraiture like? Especially buat korang yang gila bergambar, pasangan korang juga berkongsi obses yang sama dengan korang, pernah terfikir tak gambar post wedding macam mana yang korang impikan, untuk diabadikan untuk tatapan di hari tua, juga anak². Untuk diingati sepanjang hayat betapa korang mencintai pasangan korang sebelum dan selepas perkahwinan, hingga menutup mata. Pernah tak?
Kalau di tanya Pojie soalan di atas, pastinya pernah. Si dia juga sama. Tapi mungkin sedikit berbeza. Kerana Pojie terlalu menginginkan photoshoot bersama si dia di bawah air. I mean underwater photoshoot. Ia merupakan salah satu proses penghasilan gambar yang mencabar buat photographer dan pastinya kepada pasangan tersebut. Tetapi hasilnya pasti mengagumkan, tidak dapat dibicarakan melalui kata². Apabila keindahan alam di bawah lautan menjadi lambang cinta sejati dua jiwa, pastinya indah belaka.
Paling best apabila pasangan wanita memakai dress, berada di dalam air pastinya memberikan kesan yang lebih dramatik kerana dress tersebut akan bertebaran di dalam air ibarat seekor duyung yang sedang menari-nari. Pasangan lelaki berpakaian separuh terdedah. Lalu memberikan kucupan, ibarat seekor duyung cuba untuk menyelamatkan seorang putera raja yang terjatuh ke dalam laut dan hampir lemas. Dengan kucupan sakti itu memberikan sedikit ruang kepada sang putera untuk bernafas di dalam air, lalu terlihat kecantikan si duyung di dalam lautan yang cantik. Kemudia berenang berdua menuju ke istana cinta, jauh ke dalam dasar laut, bersama ikan², penyu² dan hidupan² laut yang lain.
Dan pastinya potret bercanda di pasiran pantai, bermadu asmara, berdua-duaan, berkucupan mesra sambil disaksikan terbenamnya sang matahari, sungguh indah dan mengasyikkan. Perghh, gila jiwang. Hep hep! Kita jiwang dengan #bakalbini jer tau! Sudah semestinya destinasi pilihan untuk berbulan madu, dan merakamkan kenangan terindah ini di Seminyak, Bali. Sebab apa Seminyak di Bali? Sebab ada private pool, boleh berenang² berdua pakai bikini dan swimming trunk, nak bogel² berdua dalam pool pun takpe. Nak photoshoot dalam pool pun mesti best tanpa gangguan. Lagipun sebab kat sana open sikit. Nak manja² dengan pasangan pun takde orang nak peduli. Lagipun Bali antara destinasi pelancongan terbaik di dunia. Pemandangan yang indah dan suasana yang romantik. Sementelah Pojie juga sangat menggemari suasana di tepi pantai, sungguh mendamaikan. Sesuai untuk pasangan dilamun asmara. Photographer pilihan Pojie tidak lain tidak bukan adalah Detik Indah.
Kenapa Detik Indah? Kerana Pojie tertarik dengan hasil kerja team mereka yang sangat profesional dan hebat! Lihatlah saja gambar² di dalam album FB Detik Indah, semuanya cantik² belaka. Memaparkan kegembiraan dan keceriaan di setiap sudut wajah di dalam gambar yang diambil. Moment capture yang sungguh menakjubkan dan yang penting KREATIF! So, Pojie rasa kalau bisa Pojie membuat underwater photoshoot dengan team mereka, pastinya menambah satu lagi portfolio terhebat Detik Indah. pastinya ramai yang akan terpesona dengan kehebatan Detik Indah nanti. Sekarang pun mereka sedang mengadakan Your Dream Post Wedding Contest yang menawarkan hadiah pakej photoshoot bernilai RM1500 ok! [KLIK] untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan contest tersebut. Anda juga boleh sertai. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah berkongsi tentang destinasi berbulan madu anda, dream post wedding potraiture anda dan nyatakan mengapa anda inginan Detik Indah merakamkan detik indah anda bersama si dia. Kemudian hantarkan kepada mereka. Lepas tuh doa²lah penyertaan anda terpilih kan.. Pojie pun harap² dapatlah kan berkerjasama dengan Detik Indah, memandangkan Pojie sangat mengangumi hasil kerja mereka, dan sangat teringin nak merakamkan post wedding picture di bawah air, detik² indah bersama si dia, sesuai dengan Detik Indah. Tak dapat menyelam, kat pesisir pantai pun jadiklah kan. Huhu... So apa lagi, sertainya sekarang!
Hanya satu,
5 bicara yang baik hati...:
canteknya...nk pilih detik indah jugak la nnti....insyaAllah..:)
semuga apa yang di impikan akan menjadi kenyataan. good luck yer poojie..zaman akak dulu ada orang ambil gambar pun dah kira bagus
uncle takde detik indah..../
huhu
kalau dapat photoshoottt
dalam air.. memang omaaiiiighhooddd..
mesti cantik n ohsem gambar dia..
tertia teringat model ANTM shoot dlm air.. hahahah
my drean gak yg underwater....
Post a Comment