||| Tercari² |||

Thursday, April 15, 2010

Lagenda Budak Setan the Movie!

Salam...

Jika disebut tentang Ahadiat Akasha pasti rata² pembaca PoJiePooH mengenali insan yang hebat dalam penulisan novel ini kan. Malah karya beliau Lagenda Budak Setan boleh dianggap sebagai mahakarya dari beliau. Walaupun Pojie kurang menggemari novel genre cinta dan romantik ini, tetapi Pojie mengetahui juga akan kewujudan novel hebat ini. Malah Pojie mendapat sedikit info dari pembaca² novel ini bahawa novel ini memang best giler!



Jangan ditanya Pojie pernah baca novel ini atau tidak, jawapan Pojie tidak! Membacakan sahaja sinopsisnya bisa membuatkan Pojie tertidur. Sememangnya Pojie dasar jantan tak romantik! Hoi, mana ada wei! Pojie romantik tau, cuma tak boleh layan novel romantik nanti tertidur. Pojie suka novel genre thriller macam karya Ramlee Awang Mursyid. Filem romantik ok lagi. Dan apabila Pojie mendapat tahu akan ada filem yang tercipta dari novel, maka Pojie berusaha mencari info dan nah, 2 orang pelakon yang secocok; Farid Kamil dan Lisa Surihani akan menjadi tunjang utama.



Apa² pun Pojie yakin filem ini boleh meletop lebih² lagi dengan penceritaan cinta yang hebat karya Ahadiat Akasha, dan apabila diangkat ke filem oleh Khabir Bhatia, anda boleh bayangkan sendiri betapa hebatnya filem ini nanti dengan sinematografinya yang menarik. Lihat sahajalah promo di bawah ini.



Amacam? Teruja bukan? Pojie lagilah teruja since Pojie tidak dapat mengagahkan diri untuk membaca novel yang hebat ini tetapi Pojie pasti akan mengagahkan diri untuk menyaksikan filem ini. Lebih² lagi apabila bekas awek Pojie berlakon sama.. Oh Lisa, abang merindui mu sayang. Cehhh! Apa² pun, mari kita saksikan bersama² filem ini apabila ditayangkan dipawagam kelak!



P/S: Pernah baca novel Ahadiat Akasha yang Balak Cun jer. Itu pun dekat sebulan juga Pojie nak habiskan. Takkan la adik angkat Pojie yang beriya² suruh baca demi untuk Pojie mengenali dirinya dengan lebih dekat lagi kerana ceritanya berkait rapat dengan novel itu. Ntah betul ntah tidak, wallahualam...

Love,

17 bicara yang baik hati...:

Hazzy Ishak said... Reply To This Comment

haz tak penah baca buku dia
he he

tapi tak sabar nak skodeng movie ni
sebab pengarah MANTAP!!

Jogger said... Reply To This Comment

huhuhuh penah bacer... time tu mmg besh giler laa kot citer tu... rasa2 ada lg novel tu kat umah.... nnt carik

momguess said... Reply To This Comment

akk xtau pulak lisa tu ex gf ko dik
hahahahah
akk ader novel budak setan ni
tapi lasung TAK ku bc
malas

Nadri said... Reply To This Comment

novel2 tulisan ahadiat akashah mmg best..
salam,

syaf said... Reply To This Comment

aku paling teruje sekali...asalnyer aku x minat langsung bace novel, pas2 member ku introduce aku ngan lagenda budak setan, memang best citer die, then ade sambungan die, x salah aku katrina kot, itu pon ku bace gak...x sabar nk tengok kat movie nie....mesti best,

AZIZUL HASIMIE OSMAN said... Reply To This Comment

double thumb up..best la trailer tu

Hezesuze said... Reply To This Comment

xmnat baca novel arr...tp time dak skolah dulu byk gak baca novel ahadiat akshah nie...huhu

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ said... Reply To This Comment

ahadiat aqasha mmg penulis novel yang bagus...sye suke bace novel2 die...sesuai ngan jiwa remaja macam sye ni...lagenda budak setan tu citenye best,,,sangat tebal novel tu

darkbatman said... Reply To This Comment

novel ahadiat akashah biasenye best.. xsbr weh..tq tuk info ne sebab ak xtau pun nk wat muvie.hehe

QieFLy si Dolce said... Reply To This Comment

ayoooo carutnyer.....hahahah
tak suka taw statement ko tu...sangt mencucuk kalbu....

jom ahad ni dtg wangsawalk kita orang ader bowling tour....kol 2pm start jom r pooh kita lepaking sesama2....

cik EPAL said... Reply To This Comment

lagenda budak setan? pelakon macam best :)

Fauzzan Helmy Anuar said... Reply To This Comment

GOD!!!Tak sabar nak tunggu. Nak tengok ceita ni sehebat novel ke macam mana...

Admin said... Reply To This Comment

mcm best..pelakon dia pn best..nak kena layan nt..

♥♥relyza♥♥ said... Reply To This Comment

yeah
nak tgk!!! aku tak sabar nak tunggu ni
3/6 kan? aku pasti pegi!!! keluar b4 jd bini org hahaha

p/s: ko ada novel tu tak?

akuvision said... Reply To This Comment

novel dia bagus, tebal boleh tahan, story dari zaman dia sekolah hingga dia dewasa.
Orang yang penah baca novel, mesti expect sesuatu yang bagus. Tunggu dan lihat, satu kekurangan aku rasa Lisa tu riak dia macam tak kena dengan watak utama filem. Dia bagus tapi untuk Legenda Budak Setan pada aku macam tak kena je.

a n a b e l l a said... Reply To This Comment

bukan ke pengarah nyew sharad sharan?

Anonymous said... Reply To This Comment

ha, I am going to try out my thought, your post get me some good ideas, it's truly amazing, thanks.

- Norman