||| Tercari² |||

Thursday, April 8, 2010

Project Alpha Season 2 Launching & Kick Ass Movie. Memang MELETOP!

Salam semua..

Semalam bila borak² dengan Kak Tash, meluah perasaan masing², dia tanya pasal Project Alpha Launch dan Kick Ass Movie malam tuh. Oh, Pojie tak tau apa² sebab kurang mendapat update dari Nuffnang. Dan mungkin juga Pojie terlalu sibuk untuk mengambil tahu pasal aktiviti Nuffnang. Bukan tak sudi, tetapi terlalu sibuk. Since dia bagitau Cik Hel ada tiket free, Pojie pun cakap boleh la juga join.



Pojie abes kerja terus shoot ke sana. Ingatkan event biasa² jer, rupa²nya wow! Hebat! Blogger² meletop dan terkenal semua di sekeliling. Pojie? Nobody! Lantas Pojie mengecilkan diri yang besar ini diri sambil memanjangkan leher menjenguk² mana² blogger yang Pojie kenal sambil menantikan Cik Hel yang agak kelewatan malam itu atas sebab² tertentu. Ohhh emmm geeee, Pojie rasa a bit down sebab mostly Pojie tak kenal dan rata² mereka pun tak pernah mendengar nama POJIEPOOH *sigh* . Nasib baiklah jumpa Kak Lily, Daydeck, Bean, Eyriqazz, Jai dan dD. Barulah kenal blogger² lain seperti Kak InaKL dan MatJoe. Orang lain masing² dah mengenali dan berborak sama², Pojie rasa terpinggir. Tak suker! Tak suker! Tak suker!



Credit pic to Kak Tash. Lihatlah betapa ramai dan meriahnya mereka. Pojie tuh join dalam frame sebab sah² la sawan kamera Pojie tak hilang lagi. Erm, macam nak jadi top blogger untuk Project Alpha dapat pose²kan diri depan kamera, tapi macam banyak jer task. Tak mampulah. Lagipun hebat sangat ker Pojie nih nak jadi blogger celebriti macam mereka? Duduk diam² sudah Pojie, mind your own mess. Tak mengapalah, ada rezeki adalah untuk jadi glamour dan dikenali ramai. Jadi selepas makan² secara free di sana, kami menonton filem baru, Kick Ass. Since ada insan bagi Pojie tiket sebab dia hanya mahukan goodie-bag, Pojie pun invite la housemate Pojie, Shah n Dee join sama.



Kick Ass??! Tak pernah dengar kan? Bunyi macam citer budak² mengarut. Poster pun cam murahan jer. Kat US pun belum start lagi, 18 April baru ditayangkan. Tapi apa yang boleh Pojie katakan ialah, citer ini sangat best!!! Pojie bagi 4 ½ bintang untuk citer ni. Walaupun pada permulaan movie nih dia macam bodoh², ala² Scary Movie, asyik bergelak jer dengan watak dia yang bodoh² alang tuh, but towards to the end, it makes your feel WOW!!! Especially dengan watak Hit Girl dia tuh, ala² Jennifer Garner. Tak padan kecik ok, sangat hebat bertarung. Now, I'm in love with...



Chloe Moretz!

She's adoreable and cute! Korang mesti tak perasan dia nih sangat kan! Tapi Pojie cek², dia pernah berlakon filem The Eye bersama dengan Jessica Alba sebagai budak perempuan yang botak tuh! Pojie rasa dialah hero dan watak utama dalam filem ini. Huhu. Memang MELETOP!

Love,

6 bicara yang baik hati...:

attyfir said... Reply To This Comment

besh ar pojie leh join ..glemer u..

Hezesuze said... Reply To This Comment

wow! glam skrg kan...huhu

Unknown said... Reply To This Comment

alahh poji..jangan lah merendah diri sangat..kalau aku pergi sana pun sah2 lah takde orang kenal aku..aku pun akan buat perkara yang sama mcam kau..cari mereka2 yang kau sebutkan tu lah.sebab merekalah orang2 yang support aku selama ni..hope nanti bila2 kalau ada event2 ni kia boleh lah jumpa,hang out sama2 apa semua dengan dorang ni kan..

Cheers,
Sendra.

Unknown said... Reply To This Comment

alahh poji..jangan lah merendah diri sangat..kalau aku pergi sana pun sah2 lah takde orang kenal aku..aku pun akan buat perkara yang sama mcam kau..cari mereka2 yang kau sebutkan tu lah.sebab merekalah orang2 yang support aku selama ni..hope nanti bila2 kalau ada event2 ni kia boleh lah jumpa,hang out sama2 apa semua dengan dorang ni kan..

Cheers,
Sendra.

darkbatman said... Reply To This Comment

ko merendah diri pojie..pasne event lain, tegur le aku..hehe

intanurulfateha said... Reply To This Comment

.jeles T____________T