||| Tercari² |||

Wednesday, April 21, 2010

Gelombang Merah di GATSBY Street Fair!

Salam buat teman,

Macam biasalah kalau ada apa² event, orang lain dah berpuluh entri pasal event tuh, Pojie masih terhegeh². Kalau ada anugerah blogger paling lampi, Pojie antara calon²nya. Calon jer, pemenangnya orang lain, saper tatau! **matilerr tak mau kalah! Dan masih lagi dengan kehangatan Gatsby Street Fair yang telah berlangsung dengan jayanya pada hari Sabtu lepas, kini Pojie update sedikit untuk santapan anda. MatJoe sila take note ya! Tak menyabor! Huhu. Tapi sikit jer tau sebab cerita dia sama, versi jer berbeza. Kalau nak baca banyak², korang bacalah kat blog² depa nanti yer :)




Pojie pergi sana bersama Aizoul. Gigih pecut 160km/j dari Subang Jaya ke Times Square lalu Smart segala mengalahkan Alex Yong. Yelah, kata kene datang sebelum pukul 10am untuk pendaftaran. Kat Subang Jaya pulak jam tak hengat, maka terpaksa pinjam watak Jue Aziz dalam Impak Maksima kejap. **oooopss! Sampai² dalam pukul 9.45am, kaunter pendaftaran nan ado! Biasalah. Kalau dulu² orang cakap "janji Melayu", nowadays no more, "janji Malaysia". Yelah, sama jer mana² bangsa kat mana² pun dah lambat. Tapi tak mengapalah, pengurusan Nuffnang tetap boleh dibanggakan. Kelewatan sikit boleh dimaafkan. **ayat cover seh! yela uols, lom masuk lagi RM50, kang ditarik balik how??!


Pojie sampai sana sambil mata meliar mencar geng² purple. Ada la 2 3 kerat. Nampak la CikHel, KakLily, KakTash, KakInaKL, Fateha dan Hairi. Bro Eyriqzz sekeluarga warna pink, apa kes? Hujung² purple dan pink nyer ado, sebab kene tukar baju sponsor dari Gatsby. Warna merah uols. Sure Redmummy sama Rizz terkinja² kegirangan kerana warna mereka diangkat tinggi. Wah gittew!



Lihatlah barisan blogger² tegar tetap pose walau dimana juga. Boleh tak kiranya Pojie melabelkan blogger umpama pelacur. Yelah, camwhore tuh bukan pelacur camera ker? Betula la kan! **matilaa direct translation! Tapi kat sana memang meriah, memang havoc, memang meletop dan panas! Iyer, uols puas cuci² mata kat sana sebab ramai yang hot², termasuk la dD sebab dia pakai hotpants. Confident uols! Apa² pun pandai penganjur bagi goodies bag siap ada kipas lagi. I loooiikkkee! Kira kipas ini akan ku pakai sewaktu menunggu tren dan bas yang lampi, bagi menghilangkan kepanasan di hati. Wakakaka!



Pelbagai aktiviti dan permainan yang diadakan. Pojie tak melepaskan peluang bermain segala macam jenis permainan yang ada. Sebut jer semua Pojie dah try kecuali yang ini!


Dam ular dan tangga!

Berkurun nak tunggu El punya geng abes main. Point nyer hetu² jugak kan! Tapi permainan yang Pojie sakit jiwa dan surrender adalah ini!


Wall climbing!

Hello, bukan sebab Pojie lemah, berat atau bontot sekebang ok! Tetapi sebab tak mencabar langung. Macam mana nak memegang dan memijak "batu²" plastik itu. Kalau wall dengan batu betul² sure sepantas kilat Pojie dah sampai ke atas macam dD n Aizoul.**perasan! Tapi permainan yang Pojie rasa best sangat adalah...


Twister box!

Sebab apa? Sebab rasanya Pojielah peserta yang dapat mengumpul kesemua red cube yang ada dalam itu dengan pelbagai gaya dan rupa. Cuma sayang tak sempat pakai wig macam dD supaya membolehkan rambut selembut sutera Pojie ini melayang dengan anggunnya. Cewah! Dan yang pasti, Pojielah peserta yang paling cantik beraksi dalam kotak ini!



Kao mampoo??!
**matilaaa gila dah mai.

Selain itu, ada pelbagai lagi permainan yang menarik tertarik. Macam² ada! Semua Pojie main, semua balun asalkan dapat point!


Gladiator.


Crazy Bull's Ride!


Lontar Melontar!


Golf.


Bowling buah kelapak.

Dan macam² lagilah. Kemeriahan tidak dapat digambarkan dengan kata². Happening sangat². Sesiapa yang tak pergi haritu memang tersangatlah rugi. Selain hadiah cabutan bertuah dia yang meletop, walaupun Pojie tidak cukup bertuah hari tu, tetapi dengan setiap point yang Pojie kumpul dari setiap permainan membolehkan Pojie redeem barangan Gatsby sebanyak ini!


Pojie tau korang mesti lebih banyak dari ini kan. Boleh buat stokis Gatsby kat umah lepas ni. Betul tak dD? **matilaa caruts!

Walaupun ada sedikit kecederaan yang Pojie dan dD alami, tetapi ia tetap tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan permainan dan dapat banyak barangan Gatsby. dD n Aidi juga yang bertuah sebab menang cabutan bertuah.*Jeles seh! Oh, kini ku tahu apa nama sebenarmu dD. Hahaha! Apa² pun, Pojie rasa teruja sangat² sebab jumpa member² blogger samada yang dah pernah jumpa mahupun yang belum pernah jumpa. Glad to meet you Eyka, Innz, Ellis, Faizul, Dex dan Sendra. Terharu sangat² ramai yang mengenali Pojie dan menegur, terima kasih banyak². Ada juga yang tak perasan Pojie, oleh sebab pin Pooh Pojie dah patah, maka untuk menunjukkan identiti PojiePooh, inilah penyelesaiannya!



Handiplast Pooh!


Ko nampak tak Pooh kat pipiku ini wahai Eyka? LOL!

Maaf yer Darkbatman, identitimu hilang selepas pakai baju Gatsby itu, tetapi identiti PojiePooh tetap ada dengan adanya handiplast comel itu. Maaf tiada handiplast Batman di Watson. Wakaka, bapak busuk ati. Ampunnn bro melerts!!!


dD, siap kau!

Macam yang Pojie katakan, bloggerkan camwhore, so pasti setiap saat dan detik tidak akan terlepas untuk mengambil gambar bersama andai sudah ketemu.


3 bujang dan 3 dara (oops, dara lagi ker KakLily n KakIna?)

Ini pula Uncle Syaf. Baru balik dari dating terhegeh² nak join main game. Lalala..


Ini pula Afif. Baru kenal kat McD masa tengah lunch. Sangat gigih datang dari Branang ok. Huhu..

Buat teman² yang tidak sempat berpelacuran camera bersama² Pojie, maaf sangat², photographer jemputan demam haritu uols, tak dapat nak snappy banyak². Tiada camera sendiri, tak sampai hati mau sangkak kawan² selalu, lalala..

Maaf buat Bro Jamar, Fhad, Yob, Mel, Aus, Bean, Aleen, Emy dan Eny, Pojie hanya sempat borak sikit n say hai² jer dengan korang. Daydeck pun sama. Apabila gathering terlalu ramai, Pojie jadi blur dan kelam kabut sekejap. Mulalah tak perasan orang sana sini. Sori sangat². Tapi Fatt memang aku tak boleh maafkan sebab tak tegur Pojie pun. Pojie pun bukannya pernah tengok muka dia! Huh! Kak Suzy pulak Pojie tak perasan! How come? Redfinger dan isteri, dah kali ke 2 berjumpa pun masih tak bertegur sapa. Segan ek? Bro Jai banyak gak redeem Gatsby ek.

Tapi korang tau tak, walaupun tidak digalakkan membawa anak² kecil ke program ini, tetapi Pojie selambanya membawa baby Pojie, PradaPooh.



Syyhhh...

Nyesal pulak bawa dia especially ada 1 game tuh Pojie terjatuh tergolek terhempap dia. Nasib baik tak penyek anak aku. Lepas jer event, Pojie bawa dia makan. Dia kepenatan dan kelaparan...



Maafkan papa sayang...

Apa² pun walaupun keletihan, tetapi keriangan jelas terasa sehingga ke hari ini. Malam tuh sampai Ahad Pojie lepak abes.



Lepak kepenatan la sundel bukan pose!

Tahniah buat Nuffnang dan Gatsby kerana menganjurkan event seperti ini. Gatsby Street Fair sangat hebat..



Cayalah!!!

Love,

30 bicara yang baik hati...:

Cik Lily Putih said... Reply To This Comment

aku anak dara ke? kak dara okeh coz lom beranak lagi. k ina tu betul lah mak dara.

Hazzy Ishak said... Reply To This Comment

meriahnye...
bnyk pulak menang adiah

Unknown said... Reply To This Comment

betul tu lily..akak memanglah mak dara..tapi taklah vogue mcm pengasas jamu mak dara tu..

kamu bawak binatang tu ker??apasal tak tenguk..biar kami terlompat-lompat keriangan kat situ.

Qarl said... Reply To This Comment

rugi laaa x join

adoiii

Anonymous said... Reply To This Comment

wahhh..sangat teruja...name ellis pon ade...muahh..muahh

zAnNa@mAMaBaTriCE said... Reply To This Comment

mmg happening tahap the max ler kan

nak tegur pojie cam malu2 plak
yelah..pojie kan glamer...he he he

apap2 pun...mmg happening lah kan.

thezaila said... Reply To This Comment

hi there...macam pernah ku lihar rupa mu.. KMM kah.. atau di kustem kah..? di mana ya..?

intanurulfateha said... Reply To This Comment

.hakhak
.bro
.kite x snap pic same pun kan
.huhuhu
.next tym k! ^^

malinasiam said... Reply To This Comment

glemer ko noks

Unknown said... Reply To This Comment

tu r..haritu nampak pojie gegeh semua permainan pojie main..hahah..jumpa pun tegur2 gitu je kan..

owh maaf..di watson juga takde okey plaster kueh tart..haha

@reltzsensei said... Reply To This Comment

matila lembu tu pojie tunggang..hak3...

Bro Framestone said... Reply To This Comment

banyak mu pulun ek huhu

BroFramestone Blog

Anonymous said... Reply To This Comment

banyoknyer hadiah dia...hehe

syahirul said... Reply To This Comment

owh inkah pooh yang dicri2 ramai org arituh.. hahaa.. do u recognize me?

apezs shah said... Reply To This Comment

Fuhh giler laah pojie..
sound so fun la..!!
and what i like is prada.. co tiut..(",)

Call me, Eyka said... Reply To This Comment

pojie meletuppppppp~~~~~
tp x sempat nk borak² sgt!!
T___T
hihi, naik gak ke wall climbing tu?
kerbau tu pun kau naik gakkk?
huhuhu. kalah aku ! :P

i'm shin... i'm inesen said... Reply To This Comment

seronoknyaaaaaaaaaaaa... but cian prada... lambat makan sbb dapat ibuk yg kuat maen... sampai lupa bagi makan..

DDFABULOUS.COM said... Reply To This Comment

oit...rambut iols ori ok, x pakai wig ok...jgn tarik rambut iols dek kerana batman ok...opssss...

stokis tu bakal dibuka...tunggu opening ek...hahahaha...
*pelacur ualls, kejisssss sundel...

http://dd2909.blogspot.com

Matjoe said... Reply To This Comment

meletop bang entry ni.

mesti laa aku spot check geng2 yg tak upadte lagi event ni.

comel btul pradapooh tu. adi kesian dia kene penyek.

darkbatman dh jadi redbatmen

twister box tu ko mmg terror. bleh kutip semua tu

aku x redeem barang gatsby. aku balik awai. kupon aku kasik kak ina

cik helena said... Reply To This Comment

baru episod satu poji sayang tak mo majuk k.banyak sangat gamba nih..kan ade 80ratus episod.hahaha

next episod kita letak gamba pojie jeee,pulak?haha

B L O G D E T said... Reply To This Comment

uikkk-prada pooh pun ikot sekali gak ke aritu???
takk perasan pun?boleh ke bawak pet masuk dalam tu?haha

attyfir said... Reply To This Comment

jeles ar ..sbb tak dpt nak join ..huhuhuuhh..

enyheartsdiamond said... Reply To This Comment

pojie takde gambar ngn ey..kecik hati!

JMR said... Reply To This Comment

best2..nnt leh borak pjg lg len kali..

Hairi Hassan said... Reply To This Comment

wahh...betol3 enjoy nih!!
hehe.. ^_^

Encik Psychopath said... Reply To This Comment

meletup !

Misshy Innz said... Reply To This Comment

yeye !
name kite ade.
abg pojie tak lupe kite =)

tak nmpk pun baby abg tuh.
sorok kat ne ?

nice meeting u =)
nanti jumpe lagi k .

Unknown said... Reply To This Comment

comment dr Ihsan,
posing tak hengat UOLSSS!

comment dari Yob,
thanks link kan ku pojie. hehe.

mama tisya said... Reply To This Comment

mmg best kn..ada nmpk pojie tp mcm rmi je geng segan nk tegur..lgpn akak ngan husband

Unknown said... Reply To This Comment

korang memang jadi center of attraction la haritu. salute la.