||| Tercari² |||

Wednesday, November 4, 2009

TAK NAK MEROKOK!!!


Pernah Pojie mengutarakan satu soalan kepada seorang teman,

Pojie: Kenapa merokok?
Teman: Ntah! Maybe sebab dah biasa kot..
Pojie: ???

Hah, what a lame answer! Bleh merokok sebab dah biasa. Ada juga yang pernah menjawab untuk hilangkan ngantuk time study, kurangkan stress. OMG!!! Study tinggi² sampai universiti, amik kos biologi, kos perubatan, kos kejuruteraan segala, tapi ble nak ilangkan stress atau mengantuk masa study, rokok jugak jadik vitamin untuk kau hisap kan! Berkepul² asap keluar, berkepul² jugak la duit mak bapak bagi, PTPTN bagi korang bakar sesuka hati. Kalau untuk makan, bercuti, beli hp boleh terima lagi, tetapi untuk kehancuran diri sendiri DAN orang sekeliling. Pojie sangat tidak mengerti.

Bermacam² kaedah dan pendekatan yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk menyedarkan masyarakat tentang bahaya merokok. Kerajaan membelanjakan jutaan ringgit untuk membuat kempen sana sini sepertimana jua kempen anti-DADAH tapi yang adooo! Pelik la. Tak faham Pojie. Iklan dengan kesan² barah dan kerosakan tubuh badan terpampang di sana sini bukan hanya pada poster malahan pada kotak rokok. Nah, amik kau!! Tetappp jugak xjalan². Tak tau la nak buat macam mana ek. Mereka nih takde hati dan perasaan ker? Ari² tengok gambar² mengerikan pada kotak rokok tapi buat tak tau jer. Alahai la manusia..

Pojie cuba untuk mencari kebaikan merokok nih tapi macam tak jumpa. Ada DNA babi lagi adalah. Malah Pojie juga pernah cuba² untuk merokok. Pembohong la kalau Pojie katakan Pojie xpernah cuba. Hey, Pojie budak lelaki juga ok. Melalui zaman persekolahan, zaman remaja (and still remaja) yang sedikit sebanyak terpengaruh dengan kawan² nih. Pernah juga mencuba tapi apa yang Pojie dapat?? Batuk selama seminggu. Ilang suara dan sakit tekak. Tangan dan badan bau busuk! Eeeuuuwww!!! Itu Pojie yang baru mencuba² untuk merokok dulu. Jangan kata abes sebatang, sesedut dua jer ok, pastu rasa cam nak pitam. Macam mana la mereka² nih bleh layan rokok. Duit pun abes sebab rokok. Badan dan mulut busuk bau rokok tak payah cakap!

Pernah masa study dulu zaman² duit PTPTN dah abes, mintak la duit kat mak ayah untuk makan. Mana larat ari² makan roti dan megi jer.. Tapi ada pulak kawan² Pojie yang merokok nih lebih rela tak makan dari tak dapat berasap. WTF!!! Leh kenyang ker sedut asap rokok tuh? Ada protein ker? Karbohidrat ker? Tenaga ker? Takde pun. Pelik². Banyak kemudaratan adalah setahu Pojie. Selain tu juga, bukan hanya pada si perokok jer yang akan mendapat kemudaratan, orang yang tak merokok tetapi terhidu asap rokok pun boleh dapat sakit tau. Tak ker hanjeng namanyer. Kalau rasa nak mampus sorang², jangan libatkan orang lain!!!

Pojie selalu terfikir, mereka yang hisap rokok nih kebanyakannya pandai membaca, tau isi kandungan rokok yang sangat beracun, tetapi kenapa mereka masih lagi hisap ek? Kenapa nak mati slow²? Kalau rasa² nak bunuh diri, beli racun, telan dah jalan. Kan senang.. Pulak tuh, tau bila kerajaan naik kan cukai rokok, nak marah, mahal la, itu la, inilah, kenapa nak beli jugak. Baik duit rokok tuh kumpul² buat pergi haji ker, umrah ker, sedekah kat anak² yatim ker dapat gak pahala. Dah sah² la beli rokok untuk dibakar, sedut asap jer, tak berbaloi beb! Kenapa xdirendam cicah sama air kopi, buat macam biskut meri, kenyang gak kan, tak la rugi. Pelik². Jangan kata tak hisap rokok tapi hisap shisha, sama jer ok!

Apa² pun, Pojie sangat penat membebel panjang, sebab kalau si perokok baca entri Pojie nih pun bukan dia nak fikirkan dan ambil iktibar, silap² kene maki plak Pojie dalam ruangan komen adalah. Tunggu jela kann.. Bagi sesiapa yang teringin sangat nak berhenti merokok, Pojie ucapkan tahniah kepada anda atas kesedaran itu. Teruskan usaha, Pojie dan teman² akan tetap membantu dan memberikan sokongan. Maybe leh juga rujuk kepada beberapa website dan organisasi yang bersungguh² membantu perokok² untuk berhenti merokok. Terimalah iklan TAK NAK MEROKOK. Pojie yang bukan perokok nih terasa sedih dan sayu. Takut pun ada kalau kene macam tuh, anda perokok² di luar sana bagaimana? Tak terasa ker dengan kata² akhir nurse tuh??





Katakan...
TAK NAK MEROKOK!!!

P/S: Wahh, banyak membebel nampak. Bukan apa, tengah marah sama perokok² nih. Dan perokok² ini jugalah ada insan² yang Pojie sayang. Kita sayangkan dia, tapi dia never nak sayangkan diri sendiri, lagi nak membunuh orang² yang sayang kat dia. Tak kan la dah sayang insan² ini, kalau tidak ingin ku bunuh sebelum mereka "membunuh" orang lain!

Love,

12 bicara yang baik hati...:

Hazzy Ishak said... Reply To This Comment

Salam pojie,

hazz sokong 100% hasrat murni pojie tu.alhamdulillah abah (pernah) n abang bukan perokok. Tak boleh bygkan abg hazz yg kurus kering tu merokok.silap2 tinggal tulang je.hahaha

dan paling tak boleh terima bila pompuan merokok, sgt tak sopan okay (kalau nenek2 tu boleh jgk trima), semalam masa haz pegi makan.slmber je minah tu isap rokok depan2 org ramai...
isk isk iskkkk

faizul darius said... Reply To This Comment

orang yang tak merokok, berada berhampiran dengan orang merokok adalah lebih birisiko. jadi jauhi si perokok bila dia mula merokok.
mereka ini sudah ketagih sudah jadi tabiat semulajadi, walaupun ada iklan ngeri pada rokok ittew...
entahlah, tak tau nak kata apa lagi, tapi kenapa tak terus haramkan penjualan rokok je... nape ek?

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said... Reply To This Comment

suke iklan tu ... "Don't break my heart" ....selalu cakap macam tu bila tengok member nak isap rokok...hihi..nanti orang tu macam terpinga2 je ...huhuh

Qarl said... Reply To This Comment

leh jd spokesperson ni

tuk kempen terbaru

Luthfi Suib said... Reply To This Comment

dorg tu, kalo dah smoking kata la pape pon..

Lee Azim said... Reply To This Comment

adeh!! sakit nyer

farish izaryl @izreez said... Reply To This Comment

dlu isap rokok menthol je hahah

mama affan said... Reply To This Comment

ryna sokong pojie..kalau xde perokok dlm dunia ni ( mustahil la erk ) kan best..xde la kita pn terhidu asap rokok yg bnyk bahaya 2..tp mr tunang ryna pn merokok..kate kawen br nak berenti.leh caya ker? huhu..

Fauzzan Helmy Anuar said... Reply To This Comment

Baca
Renung
Bangun
Berdiri
Tepuk tangan ramai-ramai untuk Pojie
Congrate utk speech tu
Mintak2 org sume sedar

Afzainizam said... Reply To This Comment

Salam buat Pojiee http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/

Kali ni entry yang membina dan berbisa lagi menyengat....

Ape pun bila ditanya... Tepok dada tanya selera... tak leh nak kata ape2 lah...

cuma aku memberi tahu pada Perokok & penggemar Rokok Gudang Garam Sahaja

Asap Rokok mengandung 4o bahan kimia penyebab kanker, sejumlah kecil racun seperti arsenikum, dan sianida serta lebih dari 4000 bahan kimia lain.
Saat merokok, serangkaian bahan kimiawi ini menjelajah ke organ vital tubuh macam otak, paru-paru, jantung dan pembuluh darah. Udah gitu, tubuh kita jadi terpolusi bahan kimiawi yang bisa memicu Kanker dan Kecanduan.
(Sttt… banyak yang tau, merokok dan kanker paru-paru itu berhubungan erat. Belom lagi kematian akibat merokok yang banyak ditemukan).
Asap rokok juga mengandung Karbon Monoksida yang kalo dihirup bakalan nge-ganti fungsi Oksigen di sel – sel darah terus ngambil zat makanan dari jantung, otak, dan organ tubuh lain. Selain itu, dengan merokok, kita juga mematikan indra pengecap dan pencium sehingga kita ga’ bisa lagi ngerasain lezatnya makanan seperti biasanya.
Unsur utama dalam rokok yaitu Nikotin. Nikotin ini ngerangsang zat kimia di otak yang mengakibatkan kecanduan. Zat kimia ini merangsang kelenjar adrenalin untuk memproduksi hormon yang mengganggu jantung akibat tekanan darah dan denyut jantung meningkat.

aizul marcello said... Reply To This Comment

maaf, saya perokok..

saya tidak membaca ntry ini sehingga abes! hehehehe

Masturah Idrus said... Reply To This Comment

homai... i tahu 1 je la kan kebaikan merokok ni iaitu mudah nak membuang air besar. sebab tu ada yang smoke dalam jamban time ek ek. hehe

anyway thanx for sharing my stressss link.. hehe