||| Tercari² |||

Saturday, October 30, 2010

Cashout Earning Nuffnang. HOrayyy!


Salam,

Maaflah yer dah beberapa hari blog tiada berupdate. Ada dah dalam draft tuh, 5 6 entri la juga tapi semuanya tergantung, idea tidak dapat dihabiskan maka tak dapat dipublish mengikut masa yang telah ditetapkan. Ampunn yer kawan². Ohh ya, buat followers baru Pojie, welcome to my blog. Terima kasih sudi follow. Sudi²lah koemn pula yer. Yang drop koemn n mesej kat shoutbox, insyAllah akan Pojie reply jika ada kelapangan...

Actually Pojie nak berkongsi sikit cerita bahagia. Alah, cerita blogger hingusan picisan yang baru cashout earning Nuffnang for the 1st time. Siapa lagi kalau bukan Pojie. Berapa amount dia? Erm, tak perlulah Pojie revealkan di sini since terkedu melihat earning Darkbatman  yang sangat mantap itu. Sangat jeles ok. So, buat malu jer kalau reveal. Hajat di hati nak buat contest teka figure earning Pojie pun dengan hadiah wang tunai yang akan ditawarkan hasil dari cashout itu, terus Pojie batalkan. Ohhh, tak bleh ohhh. Ko jangan nak berangan yer Pojie. Orang lain dah beribu ko sebelah tangan pun lom lepas berangan buat contest bagai. Hahaha!

Tak mengapalah, Pojie akui, walaupun Pojie sudah menjadi blogger selama 2 tahun lebih, tetapi Pojie masih boleh dianggap merangkak lagi. Merangkak dalam serba serbi hal blog. Pojie kira lampi jugaklah mende² nih. So agak jeles di situ bila ada orang lagi muda blognya dari Pojie tapi dah sangat mantap! Pojie tengok jela, tak mampu berkata apa². Inilah yang Pojie bisa dapatkan selama setahun lebih bersama Nuffnang...


Opppsssii, no no no, tak boleh jengah naaa! Sikit jer, compare dengan orang lain ciput jer uols. Trust me, itu pun after lebih setahun baru la merasa. Derita gak tau nak lepaskan RM50 dulu. Huhu. Apa² pun, tang contest Pojie masih lagi berkira². Bukan berkira² nak share rezeki nih, tapi dok fikir siapa jela yang sudi join contest Pojie nih, since POjie dah banned join mana² contest untuk seketika atas sebab sentap. Hahaha! Apa² pun terima kasih buat anda semua...

P/S: Nak buat apa dengan duit tuh? InsyAllah hadiah untuk para pembaca dan pengomen setia :)

Love,

Tuesday, October 26, 2010

Yeah, I'm going to AUSTRALIA!!!


Ehhh, maaf ada kesilapan teknikal di situ. Mungkin juga salah penggunaan grammar pada tajuk entri kali ini. oklah ini yang betul... Yeah, I want to go to AUSTRALIA, again??? Eh, betul la kan...


Salam semua,

Apa la pagi² Pojie dah berangan kan. Berangan tak salah kawan² jika diikuti dengan usaha untuk mencapai angan² tuh. Jangan berangan² tapi duk tang situ juga, tak bergerak, malas, maka jadilah Mat Jenin. Hujung² mati berangan. Haha. Okla, kali ini Pojie cuma nak berkongsi dengan kawan² tentang pengalaman Pojie berada di bumi Australia dulu. Eh, bukan baru² ni, lama dah tahun 2006. Masa Pojie belajar kat UMT (formerly known as KUSTEM). Masa tuh Pojie final year, gigih berjalan demi menjadi duta kecil kebudayaan yang dihantar dalam projek pertukaran budaya. 

Dah nama pun pertukaran budaya kan, kalau tak menari tak sah la kan. Macam mana lagi kalau nak menunjukkan kebudayaan kita kalau bukan melalui muzik dan tarian. Itu yang paling senang dan praktikal di mana saja, betul tak? Pada awalnya kami dijadualkan membuat persembahan di Sydney Opera House tetapi atas faktor keselamatan, kami hanya dibawa untuk membuat persembahan di Malaysian Hall dan juga beberapa buah universiti termasuklah di universiti yang hampir² Pojie melangkah dulu, News South Wales University (NSWU). Tersangat bangga apabila diri ini menjadi perhatian di sana, bertemu kenalan² dari luar negara, berbicara tentang Malaysia dan budaya²nya.

Tapi part paling best apabila bisa membelai haiwan native Australia iaitu kanggaru dan koala. Ohhhh, sangat comel ok. Kanggaru besar juga, jinak² semuanya yang dekat sana. Kalau dipikul beratlah juga. Pojie sangat geram sama itu koala. Hidupnya hanya untuk makan dan tidur saja. Geram! 



Bermacam² kejadian yang pahit, yang manis, yang masam semua ada masa kat sana. 1 pengalaman yang tidak akan Pojie lupakan sampai bila², lebih² lagi pengalaman tertinggal bas nak ke airport. Hahaha, sangat kelakar masa tuh. Kalau nak tahu cerita yang lebih lanjut silalah baca blog Myspace Pojie dan segala gambar boleh juga dilihat dalam album ini. Tapi apa yang Pojie nak kongsikan di sini bukanlah pasal pengalaman Pojie di negara kanggaru tuh, tetapi impian Pojie untuk ke sana sekali lagi. Wahhh, korang pun boleh juga kalau teringin nak pergi, dengan join contest nih. Pojie pun dah join, wish me luck!


Love,

Monday, October 25, 2010

Ini yang aku menyampah!


Salam guys,

First of all thanks a lot Pojie ucapkan buat a few pembaca yang alert Pojie akan masalah blog Pojie nih since renovation baru² nih. Eii, ini yang aku menyampah nih setiap kali ingin menukar layout blog. Masalah utamanya ialah, Pojie tidak bisa membuatkan semua link² dalam blog ini terbuka di tab/ windows yang baru apabila di klik. So terpaksa la pembaca² bermain dengan button back setiap kali ingin menyambung semula pembacaan di PoJiePooH. Ataupun yang bijak akan "right click" dan "open link in new tab". Bukankah kedua² cara ini agak melecehkan? Jawapannya YA!

Pojie cuba untuk mencari² tutorial berkenaan dengan ini di Farenova, tetapi tak boleh save pula. Maka terpaksa membuat alternatif lain yang agak melecehkan tatkala ingin menaip entri, iaitu dengan meletakkan target=”_blank” di setiap penghujung link. Itu untuk link yang bisa Pojie edit di dalam entri. Bagaimana dengan link² yang lain pada sidebar blog nih dan lain²? Sangat tidak syok ok. Kawan² ada jalan penyelesaian tak? Bantu Pojie boleh?

Pleaseeeee...

Love,

Saturday, October 23, 2010

Info terbaru, sudah update :)


Salam,

Pertama sekali Pojie nak ucapkan terima kasih buat beberapa teman Pojie yang sudi memberikan informasi terbaru dan membetulkan kesilapan dalam penulisan Pojie baru² ini. 1st sekali berkenaan dengan entri Kisah CD Cetak Rompak dan RM400 telah pun Pojie update dengan info terbaru dihujung entri berkenaan dengan tindakan itu belum diputuskan lagi. Terima kasih buat Jumie.

2nd pula berkenaan dengan entri ISLAMIK FASHION... Katanyaaa! Katakaoo!!! sesungguhnya tanpa disengajakan Pojie turut terperangkap dengan fitnah permainan politik kotor oleh pihak² yang tidak bertanggungjawab. Sebab tuh Pojie sangat membenci saam politik. Apa² pun terima kasih sekali lagi buat Wenkt dan Dikmie atas informasi berguna. Maaf atas kesilapan informasi Pojie selama ini.

Selamat berhujung minggu!

Love,

Friday, October 22, 2010

ISLAMIK FASHION... Katanyaaa! Katakaoo!!!


Salam,

Hari² Jumaat nih macam nak mencarut pun ada, tapi sabar. Pojie carut lite² jer kat sini. Nak carut pasal fashion berunsurkan Islamik (kononnya) yang diterajui oleh insan² yang mereka sendiri tidak tahu pasal Islam dan aurat. Lihat sajalah model² ini memperagakan busana muslimah (katanya!)...


Persoalan yang timbul di sini, manakah unsur Islamnya di situ? Baju labuh dan longgar? Bagaimana dengan lengan pendek dan kain lace yang bisa menampakkan kulit dan tubuh? Beginikah fesyen Islamik? Ohh wtf! Pojie seorang yang gemarkan fesyen. Malah Pojie rasa bangga apabila wanita² bertudung kini bijak berfesyen dan dalam masa yang sama menutup aurat. Malah Pojie sendiri mengimpikan seorang isteri yang pandai berfesyen dan menutup auratnya. Tetapi jika ini keadaannya, fesyen Islam celah mana nih? Inilah yang dikatakan Islam hanya pada nama. Risau apabila umat Islam itu sendiri mencemari panduan yang telah Allah tetapkan, sudah pasti ia akan menjadi bahan jenaka masyarakat bukan muslim terutamanya di barat sana. Pastinya mereka akan mengatakan, tiada bezanya fesyen Islam dengan bukan Islam. Sentap tak?!!


Mungkin sebagai garis panduan boleh la perhatikan gambarajah di bawah ini.. Besor² Pojie letak. Kalau nak berikan sedikit nafas moden dan komersil dalam berfesyen, pastikan perkara² ini tidak dilanggar. Kalau nak bertudung labuh dan berpurdah segala mungkin keterlaluan pada Pojie dan agak kolot (maaf), tetapi lain² perlulah dititik beratkan...


Apabila ciri² seumpama ini diambil kira dalam menatacara berpakaian seorang muslimah, pastinya pakaian sebegini tidak akan naik di atas runway yang berlandaskan Islam. Thanks to Jejaka Terhangat. Sekarang nih macam nak mencarut lagilah sebab menyampah dengan kempen berzina dan sekolah hamil yang diwujudkan sekarang ini. Bongok gila babi siot! Pesanan Pojie buat pemimpin² di luar sana, kembalilah kepada al-Quran dan sunnah nabi, dan kita akan temui penyelesaian yang melanda kini, insyAllah...


Info update:
22 Oktober 2010 - Islamik Fashion yang diwar² kan ini adalah mainan politik semata² dari insan² yang tidak bertanggungjawab dan gemar menyebarkan fitnah. Terima kasih kepada Wenkt dan Dikmie atas informasi itu :)


Love,
 

Thursday, October 21, 2010

Nuffnang Screening; ALTITUDE

Salam,

Semalam Pojie sama Jojobdina gi TGV 1Utama untuk menyaksikan free screening Altitude, hadiah dari Nuffnang kerana menjadi antara 20 orang terpantas menghantar pesanan ringkas "I Want to Watch #Altitude with @NuffnangMY" melalui Twitter. Tak pernah pula dengar pasal movie nih maka Pojie pun layanlah trailer dia kejap...


Erm, seems not bad kan. Dah la Pojie nih jenis yang acrophobia dan claustrophobia, so cerita flight² yang naik tinggi² tatkala itu ada masalah penerbangan dan tiada tempat untuk melarikan diri. Memang mencabar ketakutan Pojie. So layankan jelah dengan harapan ceritanya bagus, sambil² makan popcorn dan coke percuma tajaan TGV :)

Tapi kan apa yang boleh Pojie bagitahu, cerita ini agak mengarut ok. Nonsense sangat². Di awal permulaan ia mengisahkan tentang 5 orang sahabat yang ingin ke suatu tempat, berfoya² dan menyaksikan konsert. Masing² dengan perangai biawak masing², sangat teruja dengan penerbangan tersebut kecuali seorang ini yang agak seriau untuk menyertai penerbangan tersebut.


Masalah bermula apabila sebiji skru telah tersangkut di celahan enjin dan menyebabkan pilot gagal untuk menstabilkan semula kapal terbang itu dan seterusnya memasuki ke awan yang hitam. Pelbagai usaha dan pergaduhan yang berlaku demi untuk memperbaiki keadaan dan membawa mereka pulang mendarat dengan selamat memandangkan sekeliling terlalu gelap dan terputus hubungan radio.

Yes, Pojie akui cerita ini cukup untuk membuatkan Pojie untuk takut naik kapal terbang lagi. Tetapi cerita ini sudah mula mengarut apabila adanya kemunculan raksasa yang muncul di sebalik awan hitam itu. Dan segala kejadian yang berlaku, termasuklah raksasa itu adalah hasil imaginasi dari salah seorang daripada mereka. Lepas kena cium dengan pilot yang cun tuh terus segala²nya berubah seperti sediakala... 

Macam haram!

Love,

Polis Malaysia memang suka main tembak² ker ek???

Salam,

Pastinya anda masih ingat lagi insiden beberapa bulan lepas di mana seorang pelajar tingkatan 3, Aminul Rasyid, yang dikatakan ditembak oleh seorang polis dengan sengaja sehingga menyebabkan kematian. Ia telah menjadi isu yang hangat diperkatakan suatu ketika dahulu. Ada yang membela, ada juga yang mencerca. Dan kini kewibawaan dan kepercayaan masyarakat terhadap polis Malaysia tercalar kembali apabila seorang lagi mangsa telah mengalami nasib yang sama, ditembak tanpa sebarang sebab yang kukuh. Bezanya, si mangsa, Norizan Salleh, 30, hanya cedera dan menjadi saksi utama dalam dakwaan ditembak polis tanpa sebab. Untuk cerita lanjut, silalah layan video yang diambil dari Facebook seorang teman nih...



Pojie tak boleh nak mengulas apa² pasal ini, sebab Pojie tidak mengetahui duduk perkara yang sebenar²nya. Lagipun nih isu sensitif, silap cakap sikit ISA la jawabnya. Apa² pun Pojie dah semakin tidak percaya dengan Polis Malaysia. Sorry to say! Semoga Malaysia aman dari sebarang masalah. Sentiasa berdoa agar pembela masyarakat bisa membantu masyarakat dan bukan membedil sesuka hati. Teringat satu lawak sinis yang mengatakan, "Remember always wear a bullet proof vest whenever you travel in Malaysia".

Love,

Wednesday, October 20, 2010

Kisah CD Cetak Rompak dan RM400...


Salam,

Agak terkejut juga Pojie apabila seorang teman menyatakan bahawa sesiapa didapati menyimpan CD cetak rompak (atau pirated CD dalam bahasa Inggerisnya) akan dikenakan denda sebanyak RM400/CD. Whattaafishhh!!! I heard about this thing before and thought a friend of mine just making some joke with me, till I heard it again today. Yes today yer kawan² baru Pojie tahu selepas dikatakan telah seminggu perkara ini dikuatkuasakan. Pojie try google sana sini maka menemui ini dan ini. Ala, cakap² mulut, tak cukup kukuh, tak sukalah nanti menyebarkan info yang tak tepat pula. Cuba la untuk mendapatkan maklumat yang lebih kukuh dan jitu seperti berita atau sebarang ucapan dari mana² kementerian pasal ni, nan ado. Kat sini pun takde uols! So, kalau sesiapa yang ada tuh mohon share yer. 

Pojie sangat tidak berpuas hati di pasal nih bukanlah sebab Pojie menyimpan CD cetak rompak (walaupun ada tak banyak, tetapi semua yang oversea punya, tak nak mengayakan orang kapir kan), tetapi sebab perlaksanaan itu sangatlah mengarut. Kenapa tidak dibanteras kegiatan cetak rompak nih sampai ke akar umbi? Kalau tak dijual takkanlah ada pembeli kan! Kenapa nak tahan orang semata² nak cek ada CD cetak rompak ker tidak lepas tuh denda RM400 per CD. Yer, per CD yer kawan². Ko tak terabur bijik kalau dalam kete ada 1 CD case. Dan setiap CD case ada 20 keping CD, siapa nak membayor RM8000 tuh? Bayor kete aku leh lepas 8 bulan tau! Denda langgar lampu isyarat RM300 baru, itu yang membahayakan nyawa, yang CD nih leh buat orang mampos ker? Ker sebab kerajaan/ polis dah takde duit lagi sampai buat mende² mengarut macam nih?


Hello, buka mata sikit. Kalau nak denda sebab CD haram, baik denda sekali sebab download lagu² secara haram. Kata orang make sense la juga. Yelah, kalau orang tak beli CD pun dia leh download, letak dalam pendrive, main kat modulator. Ada pula yang beli original dan rip di CD yang kosong sebab takut yang original hilang, atau senang bawa ke sana sini dan tak mudah rosak. Sama jer. Yang penting ia perlu dibanteras dari akar umbi. Pendek akal sangat. Nampak sangat yang menguatkuasakan mende² mengarut nih nak menangguk di air keruh. Kannn!

 

Fikir-fikirkan...


Info terbaru:
22 Oktober 2010 - Katanya cadangan untuk mendenda pembeli CD cetak rompak belum diputuskan lagi. Terima kasih buat Jumie atas informasi tersebut :)


Love,
 

Tuesday, October 19, 2010

Apabila Nadine (Miss Malaysia Universe) tercabar oleh Nursajat (Miss Malaysia Pahang)

Salam,

Baru² ini telah berlangsung Miss Malaysia di ibukota selang beberapa bulan selepas Nadine Ann Thomas ditabalkan sebagai Miss Malaysia Universe 2010. Mengejutkan apabila pemenang untuk Miss Malaysia, Nursajat itu memiliki wajah yang lebih jelita serta potongan badan yang lebih menawan berbanding Nadine malah dikatakan beliau selayaknya menggantikan Nadine ke Las Vegas pada pertandingan Miss Universe 2010 haritu. Lihatlah sedutan yang telah Pojie dapati dari Youtube.

 


Setelah dilihat dan diteliti, ternyata mereka bukanlah wanita asli seperti yang disangka. Tetapi mereka kelihatan lebih hebat berbanding wanita sebenar sehinggakan anda dan wanita² di luar sana pastinya turut makan hati seperti Nadine nih yang sudah mula merasakan dirinya tercabar...



Just kiddin. Hehehe...

Love,

Monday, October 18, 2010

Inginku ber-TAEKWONDO semula...

Salam,

Puasa dah lepas, raya dah lepas, potongan badan yang ramping yang telah ku capai kini hancur dalam sekelip mata. Selama dekat 4 bulan sebelum ini aku mengikat perut, menjamah nasi seminggu sekali, berjogging dan berenang 2 kali seminggu tetapi dengan kehadiran bulan Ramadhan dan Syawal yang lalu telah membuatkan aku terlalu malas untuk beraktiviti fizikal malah banyak pula makan itu ini. Hasilnya, badanku membulat seperti sediakala dengan kehadiran beberapa "spare-tyre" di sana sini.

Argghhhh, tak leh blah siot apabila menyaksikan seorang budak bulat berbogel di hadapan cermin besarnya di setiap pagi. Rasa cam nak bagi penyepak jer. Nak bagi flying kick pun ada jugak! Ohhh,bercakap pasal flying kcik segala, telah timbul idea di dalam benak fikiran ni untuk kembali mengaktifkan diri dalam sukan taekwondo yang telah Pojie sertai seawal Pojie di bangku sekolah lagi sehinggalah kini memiliki talipinggang hitam. Itu dulu ok, badan slim, mantap, boleh buat split 180 darjah, break papan dengan tangan dan kali, tapi kini kalau ada orang rompak aku pun, aku hanya mampu menyerah diri dan jerit jika berani. Huhu. Tapi itulah antara memori yang aku ada. Aku ingin mengembalikan bentuk badan aku seperti dulu dan dalam masa yang sama aku mempersiapkan diri dengan ilmu mempertahankan diri. Andai diperlukan, aku bisa membantu.

Hari tu puas juga la cari sana sini kat area PJ/ Subang/ Shah Alam, akhirnya ketemu. Insyallah aku akan join group teakwondo di UiTM Shah Alam. Katanya dibuka kepada public dan kebetulan pula seorang teman adalah pengajar di sana. Kira ada kawan la juga lepas ni. Taklah malu sangat kan. Akan join pada next sem, tak tahu lah bila next sem tuh. Huhu. Takpela, bagi kesempatan untuk Pojie pulang ke kampung dulu, mengorek almari pakaian Pojie kot² masih ada uniform dan talipinggang, jadi tak payah la berhabis duit beli uniform lagi. Lepas tuh nak kena cari balik sijil pentauliahan terakhir. Kalau takde tuh mati aku kena start dari putih balik. Tak larat woo, lama gila. Tapi apa² pun kena la juga belajar dari 0 semula sebab memang dah lupa. Haha.

Ada yang bertanya kenapa memilih suka taekwondo dan bukan sukan lain. Erm, entah. Maybe sebab Pojie tak berapa meminati sukan bolasepak kot. Jadi tak boleh la join member² gi main bola kat padang atau futsal kat mana² port. Tennis dan badminton Pojie minat juga, cuma Pojie merasakan dengan sukan taekwondo nih Pojie dapat 2 dalam 1; sihat dan ilmu. Tak sabar rasanya nak memulakan pemelajaran. Gian rasanya nak melepaskan geram dengan menumbuk puching bag. Yelah, nak tumbuk orang boleh jadi gaduh, cedera silap² mati, tumbuk punching bag habis² kuat terburai jer isi perut dia tuh. Haha.

So, harapnnya agar bisa mendapatkan semula ptongan baan yang menarik selepas ini selain memiliki stamina yang tiptop. Mahu swimming balik n jog. Ohhh, i love swimming too. Selain boleh toning, boleh juga cuci mata. Hahaha... Jadi, lepas nih siapa rasa nak kena flying kick dari Pojie, silalah cari pasal yerr...


Hiyarrkkhhhh!!!

Love,

Friday, October 15, 2010

Dilema mencari seorang ISTERI

Salam,

Tatkala menulis entry ini, aku merasakan getaran yang sangat kuat, kemudian mengendur, kembali kuat dan kemudian mengendur lagi dan begitulah sehingga kini. Entry yang agak peribadi buat seorang Pojiepooh. Entry gembira untuk ramai kawan² dan pembaca, tetapi tidak semuanya gembira pada diri ini. Rasa sayu, gembira, panas, sejuk, sedih, suka semua ada dalam satu rasa. Bercampur baur tanpa dipaksa². Tak tahu bagaimana untuk memulakan bicara, tapi tetapku cuba. Maaf andai tulisan kali ini berbaur serius dan tidak tersusun. Kerana meluahkannya terus dari hati, tidak bisa berbicara dengan teliti. Berbicara mengenai cinta, antara yang hak dan batil, jiwa dan naluri, kasih dan tanggungjawab. Sesungguhnya cinta sangatlah rumit...




Tau tak dalam hati nih tengah berbunga² teringat kat seorang gadis yang sikit² membuka hati ini untuk kembali menyintai seorang insan, seorang wanita. Kali ini aku agak berhati², sebab aku sangat takut dikecewakan lagi dengan insan bergelar wanita ni. Yang ini pula so far macam ok, macam tak ok. Try la hint² sama si dia yang aku gelarkan Miss Q, tetapi jawapan dia agak mengelirukan. Sedikit kecewa bukan kerana setiap permintaan ditolak, tetapi diberikan jawapan yang kabur. Agak kurang jelas di situ menyebabkan hatiku berbolak-balik. Mungkin si dia terlalu memikirkan status usia kami berdua. Ya saya akui dia wanita pertama yang saya cintai berusia lebih sikit dari saya, tetapi pada saya itu bukan masalahnya. Andai dia juga merasai perasaan ini, kelak ku lamar sebagai permaisuri hatiku.



So far mak abah dah bagi greenlight, cuma nak suruh aku drive to the next level. Kalau dapat greenlight dari si dia, mak abah terus nak merisik dan masuk meminang. Malah akan terus menetapkan hari berbahagia kami kurang dari masa setahun. Yela tak nak lama² katanya, bahaya! Mak dah terlalu beriya² inginkan menantu, begitu juga dengan diriku. Walaupun jika ku ukur tahap keinginan mak melebihi 30% dari tahap keinginanku. Kadang² terfikir di benak akalku, "Siapa yang nak kahwin sebenarnya nih?", walaupun aku tahu jawapan dia tentulah aku, tetapi mak sangat teruja, abah pun lebih kurang sama. Mungkin kerana saudara mara yang memiliki anak sebaya aku sudah pun melangkah ke jinjang pelamin, ada yang sudah beranak pinak, sedangkan anak bujangnya 26 tahun masih belum bertemu cinta. Anak yang sulung pula. Nak harapkan yang lain² bilalah impian akan menjelma.




Aku bersyukur pada Allah kerana masih ada secebis perasaan cinta ini walaupun dalam masa yang sama aku sedang berperang dengan perasaan dan keinginan dalam diri yang tiada berpenghujungnya. Aku tahu, perasaan itu masih menebal dalam diri ini, tetapi aku berjanji andai aku dapatkannya, akan ku tinggalkan segala²nya, akan ku jaga dia sepenuh hati. Cuma aku terlalu takut dengan masa depan andai aku bersama dia. Andai tidak bisa ku tinggalkan ia dari dalam diriku. Aku takut kelak mengecewakan hati seorang wanita yang berhak disentuh oleh lelaki yang lebih baik dari aku. Dan dalam masa yang sama, mengecewakan hati ini buat kesekian kalinya...



Sebenarnya terlalu banyak yang membebani fikiran ini bila masuk hal² berumah tangga. Banyak yang aku perlu fikirkan. Fikirkan tentang hutang², kewangan, further study. Belum masuk lagi tanggungjawab sejak azali lagi, tanggungjawab dengan mak abah, nak bahagiakan mereka, senangkan hidup mereka, hantar mereka menunaikan haji, nak tengok adik² berjaya masuk universiti dan tamat pengajian, barulah boleh aku fikirkan pasal diri aku. Sebab sehingga kini aku rasakan aku belum berpeluang membalas jasa² mak abah. Tak nak ditambah lagi tanggungjawab nak jaga isteri, anak² pula lepas tuh, ibu bapanya tanggungjawab kita juga. Pojie rasa Pojie tak mampu, Pojie belum bersedia. Lebih² lagi apabila memikirkan "kecacatan" pada diri ini, kelak mengecewakan si dia, dan seterusnya diri ini. Pojie tak mahu mahligai cinta yang dibina, ranap kemudian hari. Cukuplah pengalaman teman² dan berita kini buat Pojie kecut perut mencari isteri. Pojie lebih rela hidup berseorang diri dari kecewa dikemudian hari.



Mak mungkin kurang mengerti akan hal ini. Betapa peritnya menjadi anak sulung, tanggungjawab terpikul di bahu, berat untuk dikendong. Orang dulu mungkin lebih senang, tiada banyak soal bicara. Hantaran juga sedikit cuma, tidak seperti kini. Ya, anak orang lain hidupnya tidak serumit anakmu. Along tau, mak kecewa anak mak tak nampak bayang² nak naik pelamin pun kan. Mak tentu risau andai tidak berkesempatan menerima menantu dan menimang cucu kan. Along tak nak mak berkecil hati, cuma doakan yang terbaik buat diri ini. Along tak bisa menggembirakan mak dengan jalan ini, kerana risau mengecewakan hati yang lain kemudian hari. InsyAllah, semua rezeki sudah ditentukan Illahi, mak doalah agar dipercepatkan rezeki itu. Along pun dalam hati melonjak ingin membelai seorang isteri, seorang teman untuk mak juga dan andai sudah bersedia akan ku jerit, "Alah emaik kahwinkan aku". Tapi apakan daya, terlalu banyak kekurangan pada diri ini. Terlalu berat tanggungjawab yang dipikul kini. Kawan² pun doakan ok.



Alangkah eloknya dapat menyanyikan lagu ini bersama² Miss Q andai impian jadi kenyataan. Sweet kan. Lirik dia macam kena jer dengan kami. Kisah suami isteri yang busy dengan tugasan masing² tetapi at the same time cuba untuk mencari jalan penyelesaian untuk bersama tanpa sebarang sengketa. Huhuhu...




Love,

Tuesday, October 12, 2010

Layan Contest Nama Untuk Anak Wa

Salam,

Erm, rajin bebenor ler kawan² buat contest kat sana sini. Macam rimas juga bila dipaksarela suruh join contest depa, tapi bila fikir² balik ada hikmahnya. Bukan habuah hadiah yang dinginkan tetapi persaudaraan di alam maya yang diharapkan. Ceh³, propah sangat! Alah, Pojie kebetulan takde idea nak tulis entri apa nih, si Yuyu plak suruh join contest, layan jela minah nih.



Terkejut jugak bila dia cakap Contest Nama Untuk Anak Wa (wa di sini refer kepada Yuyu). Ingatkan dia sudah berpunya dan akan memiliki anak? Hampir² aku patah hati nak ejas², tetapi rupa²nya untuk anak buah dia yang akan dilahirkan tak lama lagi. Uiks, minah nih kecoh kan akak yang nak bersalin dia yang dok sibuk² cari nama la, cari barang² baby la. Kalau baby dia, aku rasa gudang Anakku tuh dia pulun habis. Hahahah!

Oklah Yuyu, Pojie nak jawab nih, mahu namakan bakal anak buahmu itu dengan nama RAJA HAIRI SHAH. Amacam? Cara tak? Pojie amik nama Hairi sebab itu nama my bestfriend Pojie dari tadika sampai la dah nak nikah nih. Orangnya ensem, chinese look, yang penting dia model dan budak lawyer. Pandai ok, jeles sangat sama dia sebab mak selalu banggakan dia. Tapi Pojie bangga gak dengan dia sebab dia superduper cool! So, Pojie mau tag 3 orang awek;

Natasha Eone
Eny Kikilala
Eyka Meow

Semoga yang di-tag itu senang hati join contest minah nih. Hahah! Apa² pun Yuyu, Pojie pun tak sabar nak tunggu anak Pojie jugak. Anak apa? Anak sugar glider. Planning nak amik satu lagi yang jantan buat peneman Prada ;p

Love,

Monday, October 11, 2010

Senyum :)

Salam,

Di pagi Isnin nih biasalah kan, penyakit Monday Blues melanda. Suram dan kusam jer rasanya. Pojie pun tak terkecuali. Dengan hambatan kerja yang tak berkesudahan. Apa² pun make sure anda sentiasa happy dan ikhlas dalam sebarang pekerjaan. Yang penting SENYUM ok! Sebab bila korang senyum, semua akan sejuk hati, senyum kembali kepada korang dan secara automatiknya hati korang turut sejukkkk jer.. Apa² pun leh layan lagu nih, sure korang akan tersenyum...



Kalau saya senyum awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum, dunia tiada penyakit...

Love,

Saturday, October 9, 2010

Weekend yang padat!

Salam,

Huwaarrgghhh! Bestnya buat kuak lentang atas katil weekend² ni. Nak sambung korek idung sambil layan citer² kartun kat TV. Ohhh, what a pleasure... Ehhh, sat! Ohhh, shit! Baru teringat program yang kena attend harini dan esok....



See, gilalah. Dato' Siti pun kalah macam nih. Sampai hari Sabtu Ahad pun sibuk memenuhi undangan show rumah terbuka. Kalau nak tahu inilah Pojie. Sangat sibuk berkerja hari², dari hari Isnin sampai Jumaat. Nak rehat² kan badan hari² minggu pun ada jer yang berharap kehadiran kita. Kang kalu tak datang kurang meriah katanya, kurang hiburan. Celaka ko kannn, ko nak suruh aku buat pole dance ker lahar? Hahaha! Tak mengapalah, dah itu Pojie rela. Sebab kadang² bosan gak sepanjang hari duduk rumah. Balik² kemas umah, sapu lantai, mop lantai, basuh bilik air, walhal duk bertiga dalam umah nih macam duk sorang. Bukan bersepah sangat pun rumah Pojie tuh.

Ohh, lupa nak bagitahu, kalau sesiapa terjumpa Pojie kat mana² event di bawah, sila jangan malu untuk menegur yer, sebab nak harapkan Pojie yang pemalu nih tegur korang, kirim salam la... Kekwat tak aku. Kikiki, bukan kekwat la kawan², segan... Selamat pengantin baru dan semoga berbahagia buat buahati Pojie Malaysia, Dato' Dr Sheikh Muzaffar yang akan melangsungkan perkahwinan bersama Dr Harlina pada hari Ahad nih. Yeahh, tak sabar mahu menghadiri majlis mereka di depan TV3. Wakakaka!

Love,

Friday, October 8, 2010

Cutie Pet Fair 2001 @ Central Park, 1 Utama

Salam,

Erm, buat sesiapa yang ada pet, xkisah la sugar glider ker, kucing ker, chihuahua ker, kalau weekend nih rasa² free, takde mende nak buat, bleh la mai ke event ini. Mana tau boleh tambah pengalaman.


Ia diadakan di Central Park, 1 Utama pada 9 dan 10 Oktober 2010 bermula dari 10 pagi hingga 6 petang. Untuk senarai aktiviti dan acara yang akan berlangsung, boleh la refer ke Petfinder.my ya. Insyallah kalau Pojie pergi pun maybe petang² sket kot since program untuk sugar glider nih dalam kul 4 petang jer baru start. Sebelum tuh pasal cats la, dogs la.

So, see ya!

Love,

Contest- Gambar Kenangan Open House Aidil Fitri 2010 (Rumah Terbuka) Kak Ina KL

Wahhhh, Kak Ina and The Baruts??! Band baru ker uols? Meletop tak? Oiii Kiah, Tipah, kau jangan main², ketua dia seorang ibu tapi masih mantooop tau! Bukan mantooop melalak, tapi mantoooop berblogging. La nih nak bagi hadiah pula. Wow, kelas kau Marlia Kak Ina oi! Mencurah² lagi la rezeki akak and The Baruts geng hendaknya. Eh, lupa masuk² tak beri salam.

Salam semua....

Nih bukan apa, saja gedik² nak join contest Kak Ina KL [KLIK]. Dia kan bloggernita, yang dijangka sebaris dengan bloggernita RedMummy dan Hanis Zalikha tak lama lagi. Kaoo mampoo? Akak tak mampoo deknon, lebih² lagi pengunjung blog beliau sudah mencecah 400,000 orang. Kak Ina dengan geng² tali barutnya (yang kini saya gelarkan Kak Ina and The Baruts) sangat gigih ok. Sampai Pojie nak join the geng pun tershampak ke geng tali lain -TALIBAN! Hahaha!!!



Hah, melerts tak tagline dia? Kira kalau orang luar Kolumpo (KL) datang KL tak ingat Kak Ina, tak sembah ratu, harus trafik korang menjunam selama seminggu. Gittew! Tapi since Pojie kira dalam KL nih, hari² ingat kat dia sama jer trafik nan ado, apa cer? Sentap tau! Takpela, usah dikenang kisah sedih seorang blogger bernama PojiePooh nih. Huhu. Tapi kan mesti korang tertanya² apa la yang best sangat pasal blog Kak Ina ni yang "Tertunailah Hasrat di Hati" nih? Tah hasrat apa yang tertunai tuh tidak pulak dikongsi bersama. Hasrat nak bagi Pojie menang kannn? Sayang Kak Ina, mmuahhh! Dan² la ko Pojie!

Okla, actually blog pemilik seorang wanita tabah ini yang akan menyambut ulangtahun ke-2 blognya November ini, banyak berkisar tentang kehidupan beliau sebagai seorang isteri dan ibu. Kelebihan yang dilihat seperti masakan. Beliau sangatlah suka berkongsi resepi masakan yang sedap² macam Kak Nor, yang bisa buat Pojie meleleh air liur kelaparan, lebih² lagi di kala bulan puasa yang lalu. Siap pernah sekali beliau hadir di sebuah event dengan membawa kuih yang sedap. Tetapi, yang peliknya, dengan kebijaksanaan beliau masak memasak nih, tidak pula Pojie dengar beliau membuat open house untuk menunjukkan skill serta kehebatan beliau. Wahhh! Bila lagi kak? Takpe² kita tunggu Raya Haji, kalau tak sempat juga, tunngu Deepavali jelah ek ;p

Selain itu juga, beliau juga merupakan anak emas Nuffnang. Yelah, earning beliau beribu kot dengan company tuh. Ko gila tak sayang orang² hebat seperti Kak Ina ni, yang sering menjayakan iklan dan event² yang diadakan, walaupun bergelar seorang isteri dan ibu. So far Pojie pernah jumpa Kak Ina 3x jer kot memandangkan Pojie bukanlah seorang blogger gigih seperti beliau dan tali barutnya. Hehehe. Okla, cukup la carutan saya terhadap ketua kumpulan Kak Ina and The Baruts nih. Lebih² kang tak menang plak aku. Hahah, usah berharap yer Pojie, entri orang lain tu diaaa lagi grand dari kamu. Takpe², saya hanya nak support kawan² dan memeriahkan majlis walaupun POjie agak keliru di sini. Dia minta pic open house aidilfitri tapi minta story pasal blog dia plak, saya pening la kak. Help! Help!!! Apa² pun bagi memenuhi syarat, jom layan pic jejaka² pujaan Malaya berbaju Melayu di rumah terbuka seorang teman Facebook pada 25 Septermber yang lalu di Putrajaya.



Contest- Gambar Kenangan Open House Aidil Fitri 2010 (Rumah Terbuka) adalah anjuran bersama eyriqazz , beautifulnara dan nurazzah.

P/S: Tengah belek² pic raya ada tak bergambar dengan family dengan gaya yang paling cool, sebab nak join contest BeanMoreno pulak. Jom join!

Love,