Ehhh, maaf ada kesilapan teknikal di situ. Mungkin juga salah penggunaan grammar pada tajuk entri kali ini. oklah ini yang betul... Yeah, I want to go to AUSTRALIA, again??? Eh, betul la kan...
Salam semua,
Apa la pagi² Pojie dah berangan kan. Berangan tak salah kawan² jika diikuti dengan usaha untuk mencapai angan² tuh. Jangan berangan² tapi duk tang situ juga, tak bergerak, malas, maka jadilah Mat Jenin. Hujung² mati berangan. Haha. Okla, kali ini Pojie cuma nak berkongsi dengan kawan² tentang pengalaman Pojie berada di bumi Australia dulu. Eh, bukan baru² ni, lama dah tahun 2006. Masa Pojie belajar kat UMT (formerly known as KUSTEM). Masa tuh Pojie final year, gigih berjalan demi menjadi duta kecil kebudayaan yang dihantar dalam projek pertukaran budaya.
Dah nama pun pertukaran budaya kan, kalau tak menari tak sah la kan. Macam mana lagi kalau nak menunjukkan kebudayaan kita kalau bukan melalui muzik dan tarian. Itu yang paling senang dan praktikal di mana saja, betul tak? Pada awalnya kami dijadualkan membuat persembahan di Sydney Opera House tetapi atas faktor keselamatan, kami hanya dibawa untuk membuat persembahan di Malaysian Hall dan juga beberapa buah universiti termasuklah di universiti yang hampir² Pojie melangkah dulu, News South Wales University (NSWU). Tersangat bangga apabila diri ini menjadi perhatian di sana, bertemu kenalan² dari luar negara, berbicara tentang Malaysia dan budaya²nya.
Tapi part paling best apabila bisa membelai haiwan native Australia iaitu kanggaru dan koala. Ohhhh, sangat comel ok. Kanggaru besar juga, jinak² semuanya yang dekat sana. Kalau dipikul beratlah juga. Pojie sangat geram sama itu koala. Hidupnya hanya untuk makan dan tidur saja. Geram!
Bermacam² kejadian yang pahit, yang manis, yang masam semua ada masa kat sana. 1 pengalaman yang tidak akan Pojie lupakan sampai bila², lebih² lagi pengalaman tertinggal bas nak ke airport. Hahaha, sangat kelakar masa tuh. Kalau nak tahu cerita yang lebih lanjut silalah baca blog Myspace Pojie dan segala gambar boleh juga dilihat dalam album ini. Tapi apa yang Pojie nak kongsikan di sini bukanlah pasal pengalaman Pojie di negara kanggaru tuh, tetapi impian Pojie untuk ke sana sekali lagi. Wahhh, korang pun boleh juga kalau teringin nak pergi, dengan join contest nih. Pojie pun dah join, wish me luck!
Love,
15 bicara yang baik hati...:
kurusnya
good luck..kurus dlu2 ye..skarng bila lg nk slim mcm dolu2
wah.....bestnya pojie.....peluk koala tu macam peluk pooh x?hehehehe...hope pojie menang...yiaaawww....
haah la terperasan time ni kurus la pojie ek..
hop impian pojie nk p ausie ni tercpai la ek..
lainnya muka pojie
wah adik akak sgt kurus di kala itu...cute tau...huhu
salam pojie..merasa gak pojie dpt pergi australia..
selim .pojie masa tuh
waaaa.. nk pergi gak!!!! heheh :P
nk ikot syg ! ^^
pojie...anada dh kurus..
tahniah! ade tips x?
~ DanieL AdiE ~
pojie dulu kurus ehh. msti keje kuat kan?? hihi jgn maraa :P
btw, untung gila dpt jejak kaki kat sana.. *jeless
Teringin gila nak jejak kaki kat Australia..Tak dapat jalan-jalan,jejak pun jadilah..hihi
wow..pojie terer menari lah!
ehh ehh akhirnya dapat tengok zaman ramping encik pojie! *terharu
kurus ya amat!
Post a Comment