Rumah tepi sawah
Kena pula langsir biru
Emak jangan marah
Esok lusa dapat menantu
Alah emak kahwinkan aku
Alah emak kahwinkan aku
Jeng... Jeng... Jeng!!!
MOTIP!!!
Amboi kalau dengar bonda permaisuri ni mahu saja beliau melompat keriangan sambil menaburkan Pojie dengan gambar² calon yang ada dalam senarainya. Tidak cukup dengan itu, akan dijemput segala gadis² desa sampai ke ceruk alam bertandang ke rumah, dengan harapan anak bujang dia cepat² membuat pilihan calon isteri, bagi menantu, bagi cucu kat dia cepat². Hahaha!!! Alahai la omak den, kalau la den nih kayo, den dah lamo dah pikat Timah anak Pak Seman Ngokngek hujung kampung tuh ajak kahwin. Tapi apakan daya, dia terlalu materialistik. Tak padan mekap sepudal, bibir meah menyala, demand mengalahkan Erra Fazira, huh!
Sabar la yer mak, belum rezeki mak nak dapat menantu. Huhu. Tunggulah Along dapat banglo sebijik, abis bayar kete, dah anto mak abah gi Mekah menunaikan haji, adik² dah selamat masuk U dengan perbelanjaan yang mencukupi, barulah Along leh fikir nak cari bini. Kasi semua dah stabil dan hidup senang, barulah senang hati nih nak mengulit² anak dara orang 24/7. Ooops! Tapi kan, jeles la tau tengok kawan² bersanding atas pelamin - tersenyum² malu, fotoshot cantik² - pose sana sini dengan baju pengantin, terima hadiah banyak², dapat duit² sumbang beribu². Tapi kan, Pojie tak suka aktiviti sebelum dan selepas bersanding tuh, hahah! Pening kepala!
Oklah, lupakan saja Pojie yang tengah meroyan nih. Tetapi tumpukan perhatian anda pada 2 orang wanita di bawah ini. Mereka akan melangsungkan perkahwinan pada hari ini dan esok. Ei, bestnyer kahwin!!! Apa² pun tahniah buat Eazy dan Dee. InsyAllah akan ku berpoco² di hadapan kalian, since aku tak tau nak bersilat pengantin. Hahaha! Apa² pun tahniah buat kalian! Semoga bahagia hingga ke akhir hayat, cepat² dikurniakan anak cucu...
Eazy, 20 Mac 2010, Umbai (Melaka) |
Dee, 21 Mac 2010, Batu Pahat (Johor) |
Selamat Pengantin Baru
P/S: Boleh tak Pojie buat majlis bersanding olok², tanpa kahwin? Lepas tuh amik anak angkat jer. Tak pun anak hamster. Huhuhu..
Love,
5 bicara yang baik hati...:
jodoh ajal maut sume ditangan ALLAH swt...tp kita kene gak berusaha...ahaks!
ada jodoh kawin ler kan pojie kan
Adore hiasan sanggul ifa raziah tu...
hahahahahah... nanti nak kawin jemput Mie ngan Arm. Kitorang nak perform Zapin Mahpom
XP
he he he
mana leh olok2
ku punya bulan 7
hehehe
apa baranggggg anak hamster....anak SG ler..hahahaha
Post a Comment