Salam Isnin buat semua..
Apa macam hari ni? Monday Blues? Pojie hari ni tak tau nak kategorikan sebagai Monday Blues atau tidak. Sepatutnya minggu ini masuk kerja syif petang, tapi datang pagi². Sangat gigih kan. Itu bukan gigih yer adik², itu TINTONG namanya! Tak mengapalah, ada la kesempatan untuk Pojie update blog Pojie sekejap nih. Hehe..
Hujung minggu yang lalu, hari Sabtu, Pojie pergi la menghadiri ujian KPLI iaitu MTeST. Agak terlambat, tetapi penampilan harus tetap perlu dijaga (Hajat di hati nak jadi cikgu kan. Kawan² doa²kanlah Pojie yer untuk menjadi seorang pendidik). Ada sesiapa yang ambil? Apa macam? Ada yang nak nangis tak? Especially untuk soalan analitikal. Sangat kritikal. Huhu. Apa² pun all the best untuk kalian dan juga Pojie.
Muka bakal cikgu. InsyAllah.. |
Cerita kedua, hari Ahad, Pojie join kanda² Pojie pergi KLSentral untuk ke ujibakat Worldstar Champion, Joruney to Hollywood. Yang pernah Deja Moss menang tuh. Kami tak mengambil bahagian pun. Pojie?!! Tak kuasalah, zaman² gila nak jadi artis sudah berlalu. Pojie hanya join kanda² Pojie bagi moral support kat teman² artis dia. Pojie bukan kenal pun, tak reti lah nak berkawan sama² artis nih. Kekwat tak??! Haha. Bukan kekwat, tapi Pojie segan la nak tergedik² bersalam n bergambar sana sini dengan artis. Silap² artis tuh pun rasa rimas dengan ko. Macam sorang nih, saper tak tahu!
Tengok ada budak kekwat di sana. Cantik ker? Haha! |
Malas la cerita pasal ini banyak². Cuma Pojie nak mengucapkan tahniah buat seorang blogger; Iena Rihana dan team² bangsawan beliau, Melati Pujaan Tumasek, yang telah tamat semalam. Beliau memegang watak Mak Inang. Alahai kecik jer Mak Inang dia. Bunga dah besor kepala. Yang pasti part melatah itu original, bukan lakonan, kan Iena! Best cerita tuh walaupun Pojie tengok dah tak penuh panggung macam dulu². Adakah sebab cerita ini tak pernah di dengar sebelum ini? Atau tiada pelakon² popular? Atau pun sebab dikenakan bayaran RM5 yang akan disumbangkan ke badan² bangsawan? Ntah la.
Iena Rihana; Mak Inang cinonet! |
Yang pasti, tahun ini Pojie dapat rasakan kesuraman itu memandang tahun ini pengisian dia agak kurang. Bukan kurang dari segi kuantiti persembahan, tetapi dari segi cerita² dan pelakon² yang akan menghiasi Panggung Bandaraya. Lihat sajalah persembahan yang akan berlangsung sepanjang tahun ini. Pojie akan cuba dapatkan copy yang lebih jelas. Apa² pun, Pojie akan tetap meneruskan aktiviti ini.
Semarak Bangsawan 2010 |
Love,
6 bicara yang baik hati...:
aminnnn....
moga2 lepas la yg kpli tu.....
semoga pojie dapat kpli yer.. :)
wah nk jd cikgu gak
semoga berjaya chekgo pojie poh.. huhuhuh..
thanks pojie...terselit jua wajah ku di entri mu....
btw good luck Mtest aritu..kalo ade rezeki dpt la tu..kan skang mmg cikgu lelaki di perlukan sgt...
pojie kesuraman time pementasan aritu mayb jugak sbb serentak dgn dua lagi pementasan yg hebat di IB n MATIC....
Post a Comment