||| Tercari² |||

Tuesday, March 23, 2010

Lagu Untuk Ferris - BUAIAN RINDU


Tiupan angin begitu kencang
Laju buaian aku digoyang
Perasaan ku kini tak tenang
Menentang rindu kian mendatang

Laju-laju dibuai buaian
Sayang ku kini teramat sayang
Cintaku kini teramat cinta
Padanya yang ucapkan cinta

Oh, sayangku
Lekas pulang lekas dekati aku
Jangan biar aku menghitung waktu
Sepi ini menyakitkan aku

Oh kasihkku
Lekas datang lekas dalam hidupku
Jangan biar aku menunggu waktu
Sepi ini menyakitkan aku

Aku hanyalah insan yang lemah
Kepada Tuhan aku berserah...

Lagu Buaian Rindu ini merupakan sebuah lagu nyanyian dari pendatang baru dalam industri seni suara; Arrora Salwa, anak kelahiran Kota Tinggi, Johor. Lagu dan lirik dicipta oleh seorang komposer muda kelahiran Kuching, Sarawak; Aesar Mustafa, yang bakatnyer digilap melalui realiti TV seperti Malaysian Idol dan Gangstarz. Lagu ini dicipta khas buat seorang ibu bernama Elis Mokhtar yang begitu cekal memperjuangkan hak penjagaan anak beliau, Ferris, yang telah diculik oleh bekas suaminya setahun yang lalu. Bercerita tentang kisah Ferris dan kasih ibunya. Ia juga sebagai sokongan buat Elis untuk terus berjuang, agar Ferris kembali ke pangkuannya.

video

"Sesungguhnya kasih ibu itu tiada tersebut dengan lidah, tiada tergambar dengan kata².. Kasihnya kekal hingga ke akhir hayat, abadi hingga ke akhirat..."

Love,

1 bicara yang baik hati...: