||| Tercari² |||

Tuesday, June 1, 2010

3 Hari dan Kisah Sensasi

Salam kawan²...

Apa khabar semua hari ni? Wahhh sungguh bertenaga. Sebab apa? Sebab dapat makan coklat dan minum susu free macam Pojie bagitau hari tu ker? Hahaha, sedih uols. Macam haram konsep buffet dia tuh. KakLily gigih pergi tau, tapi since Pojie dh dengar respons yang cam hampeh jer, malas la nak membazirkan duit minyak dan tol nak ke Bangi tuh. Jalan pun tak tahu kan. Lalalala...

Nih nak stroy nih cerita sensasi. Last week Jumaat Pojie tiadalah ke mana² hatta keluar rumah untuk sembahyang Jumaat sajor. Lepas tuh masak², makan², kemas rumah, sambung tidur. Hahaha! Sabtu pula Pojie berkerja dan menjadi jurumekap bidan terjun kepada 2 ekor vampire nih. Hahaha! Malam itu Pojie menerima jemputan dua orang selebriti FB iaitu Arez dan Rizz. Lama sungguh tak jumpa mereka nih, masing² semakin meletop. Especially Arez, teman seperjuangan zaman² jahiliyyah dulu yang datang bersama temannya, Robson. Semakin mulus dan putih kulit dia. Apa rahsia? Tanya dia sendiri. Rizz yang datang bersama Fandey pun apa kurangnya semenjak keje baru ni, banyak story panas. Huhuhu. Kami melepak sambil ambil pakej mengumpat di Sup Meletop, Salak Selatan. Sangat sedap!



Keesokkan harinya, seperti yang telah dijanjikan, Pojie bersama Apple dan Zul beriya² la mengorbankan tidur Ahad kami semata² untuk ke MilkDay event.



Macam haram! Umat manusia masyaAllah punyalah ramai, mengalahkan konsert Siti Nurhaliza. Kami nih macam la orang sasau cari sana sini nak mendaftar dan mendapatkan goodie bag yang ada baju dan beberapa kotak dudu di dalamnya. Lepas kami register, NAN ADO goodie bag nyer. Nombor pun tak dapat. Habis katanya. Cam cipan! Hujung² dapatlah sekotak sorang... Huh, tak worth it langsung!



Tak mengapalah, tiada rezeki untuk kedua² event best tuh, tapi dapat juga bersalaman dan bergambar bersama RedMummy, dengan harapan trafic naik bila ada nama dia kat sini. Bapak selfish! Hahaha! Yang pasti, walaupun tidak berpakaian merah pada hari tu, tetapi topi merah dan handbag merah dia very der meletop brand dia ok. Kao mampoo??!



Tapi Pojie suka gila design susu Dutch Lady yang baru nih tau, tersangatlah cute. Ada pic beberapa lembu yang comel² dengan hidung kembang dan besau. Cam hidung babi pulak rupanya. Takkan ler kaler putih tompok² itam, kalau kaler pink dah sah² ler si kaki pendek tuh!



Oleh sebab dah sentap, lagi² pula tak dapat comolot sama MamaTisya dan KakLily, dengan sudah terbuang masa, tenaga, duit minyak dan duit parking segala, kami bertiga gigih ke jalan kaki ke KLCC sebab mau naik LRT ke Pasar Seni. Kami mahu lunch di sana. Ada port bakso baik punya, BAKSO JUMBO! Walaowehhhh! Syok gila siot bebola bakso dia sangat besar. Puas ati dengan harga RM6. Sedap pun sedap! Kalau pergi ke CM, silalah ke aras atas ke foodcourt dia dan cari stall Aneka Sup, then boleh la merasa bakso jumbo nih!



Usai aktiviti kami mencekik, kami pun berjalan² di dalam CM sambil mencari hadiah buat harijadi bonda permaisuri dan ibu puan sri sambil mencuci mata. Ohhh ya, tidak lupa terjumpa Zululu dan Dakuku di sini juga. Lepas tuh kami kembali ke Pavilion untuk mengambil kereta dan pulang ke rumah untuk berehat barang seketika kerana malamnya pula Pojie sudah berjanji ingin bertemu sama Sam. Masih ingat lagi sama dia? Teman dari negara seberang?



Ohhh yeah, ingatkan..? Setelah hampir setahun kami bertemu lagi. Alhamdulilah dia kini sudah berkerja di Putrajaya dan semakin keraplah kami berjumpa selepas ini. Dia hadir bersama temannya bernama Ernest.



Kami berempat (termasuk Zul), mengambil beliau dia daerah Sunway dan terus ke Taman Medan untuk pekena asam pedas yang hebat di sana sebagai menu makan malam kami. Memang asyik la! Yang pasti kami banyak membincangkan aktiviti di tahun depan. Horeyyy sudah ada tourist guide di Bandung tahun depan nanti... Selesai makan malam kami, Pojie pun menghantar mereka ke KLSentral kerana mereka akan pulang ke Putrajaya menaiki ERL. Apa² pun bahagia sangat last week bersama teman²...

Thanks everyone! Mmuah!!!

Love,

13 bicara yang baik hati...:

Hazzy Ishak said... Reply To This Comment

busy bukan main lagi dia ya
hazzy sibuk berBTN, dia sibuk jalan
jeles

senandung semalam said... Reply To This Comment

bestnye g jln....hahhhhaaa

Cik Lily Putih said... Reply To This Comment

ooo sup aneka kat CM? confirm sedap ooo. dah penat cuba.
anyway, banyak gak nama k lily dlm entry nie ek!
bangga mak kejap nyah!!

myQza said... Reply To This Comment

aku suka lembu yg ada di kotak susu tesebut! he he he he

Hezesuze said... Reply To This Comment

mak aii ni bukan takat 2 in 1 cam akak kekdahnye..

ni da 4 in 1 nie..1 hari uols berjalan sakan ye...huhu

mama tisya said... Reply To This Comment

sakan ko ye jln2..kete parking kt pavi tp siap lunch naik lrt ke CM ye...

tkpela tkde rezeki nk dpt goodies bag..lenkali dtg awal lg :-p

hah nasibaik tk p buffet coklat yg hampeh itu kn...kalo tk,buang duit tol/minyak je

Abu Uwais said... Reply To This Comment

tak penat ke berjalan sehari sakan. huhu

Sufi Asri said... Reply To This Comment

amboi2.. aku tgk macam best jer.. walaupon dapat satu kotak susu pon, oklah jugak sebb dapat bergmbar dgn redmummy.. ahaks.. popular gak tue.. hik3..

El-Zaffril said... Reply To This Comment

Wah... meriah aktiviti weekend

intanurulfateha said... Reply To This Comment

.wahhh bestnyeee
.i x g punn
.juz g youthsay jee

zuhanif said... Reply To This Comment

heheheh nasib baik la tak g pesta coklet tu cos arai ada kat k.l ari tu heheheh. ok poji bg men jemput dtg guma arai belikan coklet utk poji k. mis u :P

Afzainizam said... Reply To This Comment

┌─┐ ─┐
│▒│ /▒/
│▒│/▒/
│▒ /▒/─┬─┐
│▒│▒|▒│▒│
┌┴─┴─┐-┘─┘
│▒┌──┘▒▒▒│
└┐▒▒▒▒▒▒
└┐▒▒▒▒┌
Peace no war...
Sama-sama Kita semua mendoakan
agar misi bantuan kepada rakyat dan bumi Gaza Selamat ...
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

beb nak susuuuuuu... nak susu botoll...

eeee tak malu pojie dah besar bangke isap susu lagi...

beb... aku dengar projek minum susu utk hari susu duia ni nak masuk Malaysia book of rekod betul ke....

CHEGU ALONG said... Reply To This Comment

wah..bestnya jln2..nak ikut!! :)