||| Tercari² |||

Thursday, June 3, 2010

Gimme Food on Flights

Hello friends,

Erm, hari ini agak suram, seram dan kurang tenteram di ofis ini sehingga menimbulkan mood yang suam² kuku buat Pojie. Sebab apa? Sebab Pojie masih lagi rasa seram² sejuk nak demam, badan start dedor (tak sedap badan) dari 2 hari lepas tak hilang² lagi. Puas dah telan panadol, ubat demam, air 100+, harammm kebahnyer. Sejam dua jer pastu nak demam balik. Aduhai... Ada orang pesal soh minum air cam badak, okla nanti Pojie cari.

La ni dalam sakit² nih tekak nih mengidam pula nak makan 1 bende paling best di alam semesta, pastinya kalian pun setuju. Beberapa kali Pojie naik penerbangan dari bermacam² negara, tapi tidak sehebat MAS punya perkhidmatan, memang tiptop punyalah! Makanan mereka pun boleh tahan. Tapi Pojie teringin la next flight Pojie tahun depan ke *secret* dihidangkan...



SATAY!

Kau mampooo? Hahaha. Satay nih best uols, tak percaya cubalah rasa pasti terpesona. Membohonglah kalau kalian tak pernah rasa satay, potong jari. Matsaleh mai Malaysia pun makan satay dia macam nak tapau bawa balik ke negara mereka tau. Kira BBQ ala Malaysian style katanyer. Satay nih makanan yang paling simple, berkhasiat dan yang penting mengenyangkan. Sebab apa, sebab dia merupakan daging² yang dibakar masak, dihidangkan bersama² dengan bawang, timun dan nasi himpit, ditambah pula dengan kuah kacang, fuhhhh memang layan habis! Jadi tidaklah anda kelaparan semasa dalam flight nanti yer.

Selain itu, satay juga merupakan speciality di Malaysia. Makanan yang tidak boleh didapati di negara² lain. Indonesia ada? Huh, mereka ciplak tuh jangan korang tak tau. Huhuhu.. Bukan daging lembu dan ayam saja boleh dibuat satay, daging arnab, daging rusa dan perut juga boleh dibuat satay dan rasanya sungguh menakjubkan. Maka tidak hairanlah lepas nih sesiapa baca pasti akan pergi ke pasar malam, hatta mencari sampai ke Kajang demi Satay Kajang Hj Samuri. Sluurrp, dah terliru dah nih... Pojie pi cari dulu naaa... Sambil² tuh meh la layan perangai diva si Azwan Ali sama si blogger hiburan yang gila², Klubbkidd :)









Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and
supported by P1 and MAS.
Never go hungry while flying with MAS!


Love,

9 bicara yang baik hati...:

El-Zaffril said... Reply To This Comment

Wah... makan satay kah... malam ni mahu makan satay

attyfir said... Reply To This Comment

kty tak suka satay samuri .sbb dah tak besh..hehehehe

Hezesuze said... Reply To This Comment

a ah kty...satay samuri dah xpower sejak beliau meniggal dunia...hehe

intanurulfateha said... Reply To This Comment

.rindu nk bkfes sate kt muwo pagi2 ;)

pawaka19 said... Reply To This Comment

aku penah dengar indon wat satay anjing..

New Entry Pawaka19 Dot Com

"Tidur Ditandas Dengan Ayah"

Blog Eazy Izzuddin said... Reply To This Comment

sedap satay..
nak makan lah..
=)

Afzainizam said... Reply To This Comment

┌─┐ ─┐
│▒│ /▒/
│▒│/▒/
│▒ /▒/─┬─┐
│▒│▒|▒│▒│
┌┴─┴─┐-┘─┘
│▒┌──┘▒▒▒│
└┐▒▒▒▒▒▒
└┐▒▒▒▒┌
Peace no war...
Sama2 la bagi sokongan atas usaha bersama ini..
Kami mengecam kezaliman ISRAEL terhadap saudara Gaza http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Sorry aku lambat balas... agak sibuk kebelakangan ni

serata Malaysia aku gi cari sate sate orang Johor gak yag sedap nak-nak area parit Jawa Muar... sedap

Cik Benang said... Reply To This Comment

U ols, kalu naik MAS, satay hanya dihidangkan dalam business class and first class sajork.
Ada org bela kah?
Bertuah badan.
hehehe...

KiFli MaLLy said... Reply To This Comment

cisss...heheh badan aku pown rasa kurang sedap la...nak kena penangan satay agaknyer...