||| Tercari² |||

Friday, June 11, 2010

Bola? World Cup? FIFA? Binatang apa tuh???

Salam kawan²,

Sana sini kecoh pasal bola. Bukak TV keluar cerita bola. Iklan pun pasal bola tak sudah². Lepas tuh ada pula oang kecoh sana sini book flight ker South Africa bagai. Adoi, apa pasal ek? World Cup? Cawan dunia ker, macam mana rupanya? FIFA? Binatang apa pula tuh? Isshhh, ini ukan demam lagi dah ini penyakit. Tapi apa dia? Rimas pula rasa. Jenguk² FB pun cakap mende sama, blog apatah lagi. Korek punya korek barulah Pojie tahu...



Kira kejohanan bola seluruh negara la yer, dinamakan FIFA World Cup. Diadakan setiap 4 tahun sekali dan tahun ini katanya diadakan di South Africa yer. barulah Pojie nampak perkaitan antara satu sama lain. Apa² pun, Pojie surrender awal². Pojie memang tidak minat bola dari kecil lagi. Ntah sebab abah dulu banyak ajak main badminton dan tennis berbanding bola kot. Jadi sampai sekarang anak sulung dia nih tak minat bola sepak, kaki bangku sampai ke sudah. Time² Pendidikan Jasmani orang main bola, dia duk tepi padang. Cikgu pula tak sudah² dengan bola.. bola.. bola.. No wonder la badan dia pun bulat cam bola. Hehehe.

Jadi kini semua orang kecoh pasal bola. Sana sini cakap pasal bola. Katanya ia bermula hari ini. Ntah la, Pojie malas nak amik tahu. Kalau adik² Pojie tuh sure la dia up to date. Sanggup bersengkang mata. Si gila bola yang lain² pun mesti sama kan. Gigihhhh sangat. Tapi kan kalian tahu tak yang peminat bola itu bacul? Ohhh, jangan salahkan Pojie sebelum melihat ke dalam diri sendiri. Dan kalau kalian nak tahu, kalian si kaki bola nih boleh mendapat sakit kerana kadar obesiti meningkat. Jadi kalian fikir²kan lah sendiri. Pojie bukan bercakap seorang diri apatah lagi memaki². Saja mahu luahkan isi hati.



Apa² pun untung juga buat sesiapa yang ada boyfriend tak minat bola macam Pojie nih. Yela nanti masa dating terganggu, ajak keluar pun asyik ke kedai mamak jer sebab nak tengok bola punya pasal. Hahaha. Bukan itu saja, tidur lewat malam lepas tuh pagi² dah mengantuk kat tempat keje, prestasi menurun, siapa yang susah? Tak mengapalah kalau dah minat sangat nak buat macam mana kan. Kaki bola, tidur bola, makan bola hujung² badan macam bola. Hah, jawab kau! Tapi kalau nak tau jadual perlawanan bola nih, siap ada jadual siapa kalah menang mati, kalau kalian mahu buat catatan dan download kat sini. Bleh la main betting² since judi boleh sudah dihalalkan.

Tapi dalam banyak² perkara pasal bola nih, ada 2 perkara jer yang Pojie suka. 1st, maskot dia yang comel macam kat atas tuh, anak ikan singa yang comeltelah dijadikan maskot untuk tahun ni. 2nd adalah dia punya lagu tema. Memang best² dengan penyanyi yang sexy menyanyi dan menarikan lagu tema ini macam Shakira dengan lagu Waka Waka nih.




Love,

4 bicara yang baik hati...:

El-Zaffril said... Reply To This Comment

Saya sokong italy

senandung semalam said... Reply To This Comment

england!!!

EJAY said... Reply To This Comment

oh dulu kecik2 pun my dad ajar main golf je...tp World Cup pun still layan jugak. huhu.

FCUTEAM said... Reply To This Comment

haha.. world cup ape ni?.. tak tahu pun.. haha ^__^