||| Tercari² |||

Thursday, November 5, 2009

Papadom VS Phobia 2

Semalam gigih la Pojie dengan Kaseh layan movie marathon. Yela hari Rabu kan murah sket. Huhuhu. Dah lama ngidam nak tgok 2 citer nih iaitu Papadom dan Phobia 2. Papadom memang dah ramai yg dah tengok, Pojie jer ketinggalan.. Phobia 2 plak Pojie xpernah tau pasal citer nih tapi ble masa nk gi beli tiket last week, terpandang plak pada poster dia nih, terus esoknyer online kat opis, gi YouTube, tengok trailer dia. Memang bapak seram ah! Kaseh plak kata lama xlayan citer hantu kann, so layan jela since ada org belanja. Yippiee!!

So pas keje semalam gi amik Kaseh, then bgegas ker Pavilion, lama giler xtengok wayang kat sini. Beli tiket Papdom pukul 9.35pm dan Phobia 2 kul 11.40pm. So meh tengok review Pojie pasal 2 citer nih!



PAPADOM kisah bapa yang terlalu menyayangi anaknya setelah kematian isteri tercinta sehingga membuatkan anaknyer merasa rimas dengan tindakan bapanya yang sentiasa bersama dia 24/7. Bila anaknya melangkah ke sebuat IPTA, bapanya terpaksa menyamar sebagai pekebun di tempat anaknya belajar semata² untuk memerhatikan gerak geri dan menjaga keselamatan anaknya. Citer nih best! No wonder la banyak dapat anugerah. Boleh dikatakan Afdlin ada sense seperti Arwah Yasmin Ahmad. Nilai² kemasyarakatan, kerjasama, sayang menyanyang turut diterapkand dalam filem ini. Ada gembira, lawak, sedih semua adalah. Good job! Pojie bagi 4.5 bintang untuk cerita ini!!


Movie kedua malam semalam adalah PHOBIA 2. Ia adalah sambungan dari citer 4Bia, awal tahun nih xsilap. Kalau 4Bia ada 4 citer, tetapi untuk Phobia 2 ada 5 citer. Citer² dalam Phobia 2 nih tiada kesinambungan citer. Persamaannya cuma pada pelakon² yang di"kitar semula" malah ia lagi bagus dari filem yang sebelkumnya. Dan sumer citer² dia kelima² citer dia sangat hebat garapannya. Masing² ada ketakutan yang tersendiri dan yang pasti, anda akan penat sepanjang menonton filem ini kerana selepas klimaks sesebuah citer tuh dan untuk masuk ke citer seterusnya adalah sangat singkat masanya. Xsempat nak menarik nafas lega anda akan disajikan dengan ketakutan yang seterusnya. Pojie bagi 5 bintang untuk filem ini. Puas ati walaupun dia padatkan 5 citer dalam 1 filem, tetapi menjadi setiap ketakutan ini. Xmakan filem kita, nak sumbat 9 citer sekaligus, hujung² macam citer komedi plak!


Novice
Ini adalah citer pertama. Mengisahkan budak nakal yang dihantar oleh ibunya memasuki kumpulan sami untuk menjadikannya seorang budak yang bermoral. Ada hantu galah uols dalam citer nih!



Ward
Citer ke-2 nih pulak mengisahkan bagaimana seorang pesakit di wad menghadapi saat² kecemasan apabila orang tua yang koma dilkatil sebelahnya, mula menghantui malam²nya di wad itu..



Backpackers
Citer ke-3 nih adalah pasal orang² yang diseludup menggunakan lori ais, mati di dalam tuh lalu bertukar menjadi zombie. Ini adalah filem Thailand pertama mengisahkan pasal zombie.



Salvage
Citer ke-4 pulak berkisah tentang seorang jurujual perempuan yang menjual kereta² terpakai kepada pelanggan²nya. Kereta² itu semua mempunyai sejarah yang menakutkan dan seterusnya menghantui dia dan anaknya..



In the End
Citer ke-5, citer last. Citer dalam nih mengisahkan tentang team² penggambaran filem citer hantu diburu ketakutan apabila pelakon yang melakonkan watak hantu dalam filem tuh meninggal tetapi kembali ke set untuk menamatkan penggambaran. Penamat filem ini sgt best dan unexpected!!


Apa² pun silalah layan filem² nih. Sgt best!!
Selamat menonton!!!

Love,

6 bicara yang baik hati...:

Fauzzan Helmy Anuar said... Reply To This Comment

Kehadapan Pojie yang baik hati
Pojie time kasih sebab bagi Mie url tu
Memang betul Mie ade masalah
Tapi Mie cuba selesaikan dulu
Kalau betul Mie dah over exhaust sampai dah tak ley kawal
Mie cuba mintak bantuan Pojie ye
Time kasih sekali lagi

Chatbox
Sebenarnya ada usaha gak
Tapi
Mie ni baru nak merangkak pelan2
So...
Pelan2 la nak wat chatbox tu
Bak kate org Jawa
Alon2...
Insyaallah
Akan ade gak
Time kasih sebab bagi cadangan decoration untuk rumah maya Mie
Deco bersama Pojie
Hehehehehehe
Time kasih lagi

Bestnye tengok wayang
Mie dekat Terengganu
Wayang pun tak de
Nak tengok wayang kulit
Kene g Kelantan
(u_u)

Afzainizam said... Reply To This Comment

salam buat pojie http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/

Nape semua ceriter movie seram je... essshhh aku bukan taku tapi segan nak tengok citer seram ni.. suspen susah lah ....

but aku suka tengok si afdlin and the geng buat ceriter... hari tu pasal setem ni citer pasal papadom... eeeehhhh cam tu plak

thanks comment blog aku ye... thanks lah

farish izaryl @izreez said... Reply To This Comment

wajib tgok cte antu tuh ahhaaa

joegrimjow said... Reply To This Comment

syes da lama xtengok wayang!!

aizul marcello said... Reply To This Comment

gua tgk citer fobia 2 tuh masa pre screening!!

best gle!!

nak2 citer no 5..mcm haraaaamm!!! hahaha

A j u E said... Reply To This Comment

papadom best...phobia tu best ke?
herm...sok nk try tgk la...

hehhe

cam seram je...............