||| Tercari² |||

Friday, November 13, 2009

Panduan Bagaimana Untuk Solat Kembali



Salam,

Sebagai seorang yang bkerjaya, anak muda yang gemar berfoya², kadangkala membuatkan Pojie terlupa kepada Sang Pencipta yg Esa. Pojie masih jahil dalam setiap perkara. Pojie akui, walaupun mendapat pendidikan agama yang mencukupi semenjak kecil, Pojie tidak terlepas dari melakukan dosa² termasuklah dosa kerana melupakan rukun Islam yang ke-2 nih. Pengaruh kepada kejahilan adalah lebih banyak dari kebaikan membuatkan Pojie malu dengan diri sendiri lebih² lagi kepada Allah. Solat merupakan tiang agama, runtuh solat, runtuhlah agama. Pojie tau semua tuh. Kadangkala tertinggal 1 2 waktu, kadangkala 1 hari xsolat. Astagfirullahalazim..

Oleh itu, Pojie perlu muhasabah diri ini atas segala perkara yang berlaku pada diri ini mungkin balasan ke atas setiap dosa² Pojie pada-Nya. Oleh itu, Pojie nak berkongsi panduan buat teman² di luar sana agar kita sama² membangunkan solat. Peringatan juga buat diri sendiri, insyAllah.. Inilah dia panduan untuk kembali bersolat;

1. Sematkan azam, bulatkan tekad
Sebaik sahaja tersedar dari lamunan (sedar rupanya dah lama tinggal solat), cuba fikir sedalam mungkin tentang apa yang anda lakukan, apa yang tak sepatutnya anda lakukan, dan apa yang sepatutnya anda lakukan. Dari situ, tanam keazaman yang kukuh bahawa anda ingin mengerjakan solat, dan tidak akan meninggalkannya sampai bila-bila. Kerana itulah tujuan anda hidup di atas muka bumi ini sebenarnya.

2. Cari masa dan tempat yang sesuai, sunyi, jauh dari dugaan
Kemudian tetapkan masa di mana anda akan mula menjalani kehidupan sebagai seorang yang mengerjakan solat. Lebih cepat lebih baik. Ingatlah, berdosa besar bagi orang yang melengah-lengahkan solat. Sebaiknya, cari tempat yang sunyi dan jauh dari dugaan. Jauhi rakan-rakan yang tidak solat atau suka mengejek, sekurang-kurangnya untuk waktu itu sahaja. Masjid juga adalah tempat yang baik.

3. Solat sekali dahulu, baru ada kali kedua
Walau sekuat mana pun azam, sebulat mana pun tekad, sebaik mana pun masa dan tempat, tanpa solat yang pertama, takkan jadi solat yang kedua dan seterusnya. Oleh itu, mulakan sahaja tanpa berlengah. Bak kata iklan NIKE - Just do it!

4. Buat nota peringatan dan galakan
Kalau ada masa dan semangat yang berkobar-kobar, tuliskan kata-kata peringatan dan galakan di atas sehelai kertas (besar atau kecil). Kemudian yang besar tampal di dinding, manakala yang kecil diletakkan dalam wallet atau poket baju.Tips ini mungkin kurang sesuai jika anda tinggal bersama rakan-rakan yang tidak mengerjakan solat. Dibimbangi ada yang kata anda nak tunjuk bagus.

5. Fahami maksud setiap bacaan dalam solat
Jika anda kurang bersetuju dengan point ini, saya nasihatkan supaya cuba dahulu. Anda pasti akan merasai kelainannya. Bukan faham satu-satu ayat, tetapi satu-satu perkataan. Di situ akan bermula keindahan solat, di mana anda akan rasa seolah-olah khusyuk itu mula hadir dalam diri semasa mengerjakan solat.

6. Baca perlahan-lahan mengikut tertib
Sewaktu solat, baca perlahan-lahan untuk meningkatkan rasa manis, indah dan seronok.

7. Tingkatkan imaginasi
Sewaktu menghayati maksud, tingkatkan imaginasi anda. Bayangkankeindahan bertemu Allah yang menjemput kita untuk sujud kepada-Nya.

8. Doa mohon kekuatan dan sokongan
Panjatkan doa kepada Allah s.w.t dengan memohon kekuatan dan sokongan untuk berubah menjadi hamba-Nya yang taat. Hendaklah diamalkan sejurus selepas setiap kali solat.

9. Tumpu perhatian pada hari-hari yang dilalui
Tumpukan perhatian anda pada hari yang anda sedang lalui denganmengerjakan solat. Berilah pujian kepada diri anda dan berikan tahniah kepada diri anda setiap kali anda berjaya mengerjakan solat.

10. Dapatkan adrenaline sewaktu mendengar azan
Adrenaline boleh digunakan sebagai pembantu dengan memberi suatu kejutan semangat yang berkobar-kobar untuk terus pergi menunaikan solat tanpa berlengah-lengah. Jika anda dapat menanam adrenaline ini sehingga menjadi tabiat, anda pasti akan meninggalkan segala kerja yang anda lakukan, apabila terdengar sahaja azan berkumandang. Best tak?

11. Berfikir secara positif
Fikirkan diri anda sebagai seorang yang mengerjakan solat sebaik sahaja anda memulakannya dan sentiasa peringatkan diri anda sedemikian. Sekiranya ada rakan anda yang mengajak anda ke mana-mana sebelum sempat anda menunaikan solat, katakanlah saya belum bersolat, tunggu sebentar atau pergi dahulu. Ingatlah bahawa anda telah membuat pilihan positif untuk mengerjakan solat.

12. Dapatkan sokongan mental dan rohani
Berikanlah peringatan kepada keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja yang anda telah mula mengerjakan solat dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada mereka. Mintalah rakan-rakan anda yang tidak mengerjakan solat supaya menghormati keputusan anda.

13. Lawan kemalasan dalaman dan godaan syaitan
Dari semasa ke semasa anda akan merasai suatu kemalasan, kebosanan, dan sebagainya, yang mana semua itu sebenarnya hanyalah godaan syaitan dan kemalasan diri sendiri.
Oleh itu lawanlah sehabis-habis mungkin. Ingatlah anda lawan ni pun tak lama. Lama kelamaan ibadah ini akan sebati juga dalam diri anda, dan tidak perlu dipaksa lagi.

14. Banyakkan bahan bacaan tentang solat
Kerapkan diri anda membaca kisah-kisah nikmat solat untuk membangkitkan semangat. Baca juga tentang dosa meninggalkan solat untuk membangkitkan rasa takut pada Allah s.w.t. Moga-moga dilimpahi rahmat dan keberkatan oleh-Nya.

Kesimpulan
Jika topik ini dirasakan tidak berkaitan dengan anda, ingatlah: Hari ini mungkin bukan hari anda. Esok lusa tiada siapa yang tahu. Diharap dapat dijadikan panduan kita bersama. InsyAllah...

Sampaikanlah ilmu walau sepotong ayat..

**Kredit kepada blog http://bjue.blogspot.com

Love,

15 bicara yang baik hati...:

Aleen Afifi said... Reply To This Comment

salam..bagus lar pojie...tengs ingtkan aleen bnde nih.....

ok lps nih nk try ikot tips pojie nih..
huhuhuh

syaf said... Reply To This Comment

Salam...
ENtry of the year...good job babeh...
tabik spring 100% kali...

alhamdulillah, syukur termakbul doa ku agar teman2 ku kembali kepade Ilahi...alhamdulillah...pojie dah mule kembali kepade penciptenye...

Ape yg kaw cakap 2 betul n pedoman2 2 semue nye tepat dan itu yg aku tengh try lakukan sekarang ni...

BUat mase ni alhamdulillah kehidupan aku mule tenang..x macam dulu...

so pojie aku doakan kaw terus dengan sikao macam ni...

go caiyok..

**nanti buley kaw imam kan aku..:)

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said... Reply To This Comment

salam,
tahniah bro....
xpe masih blom terlambat ....Dimana ada kemahuan disitu ade jalan....

myQza said... Reply To This Comment

yup! Manusia yng mulis ialah mereka yg tidak malu mengakui kesilapan dan cuba menjadi yg lebih baik

sama2 lah kita yer?

farish izaryl @izreez said... Reply To This Comment

insap hukk;p

mama affan said... Reply To This Comment

pojie..tq sgt 4 dis en3..1 reminder yg sgt baik..

CEOMesinTaip said... Reply To This Comment

insaf jap...tapi memang pojie..manusia selalu lalai..kadang2 iva pon lajak solat..huhuhu...pon xbaik...mekaseh ek kongsi info...kita dilahirkan xsesempuna mana..tapi kita masih layak utk betulkan hati n jiwa kita sendiri...

Hazzy Ishak said... Reply To This Comment

pojie, entry kali ni best sgt.ngeee

hazz stju dgn semua kenyataan pojie tu.

Preppy Guy said... Reply To This Comment

Alhamdullillah...

xoxo

Preppy Guy

adie_kun said... Reply To This Comment

sama2lah kita eh...

insyaAllah...

(^_^)V

anyway.. thanks pada pojie untuk posting yg bagus nih..

wénkt said... Reply To This Comment

sentap

kawie2020 said... Reply To This Comment

hehehe.. bagus latuh.. aku pon tak taw bila lagi...

Afzainizam said... Reply To This Comment

Salam buat pojie http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/

Aku juga rasa insaf gak pasal jika kita tinggalkan solat

Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan melainkan Engkau. Engkau zat yang
telah menciptakan aku, dan aku adalah hambaMu. Akupun dalam ketentuan
serta janjiMu semampu yang kami lakukan. Aku mohon perlindungan
kepadaMu dari kejahatan apa saja yang aku lakukan. Aku mengakui dengan
kenikmatan yang telah Engkau karuniakan kepadaku,dan juga aku mengakui
dosa-dosa yang aku kerjakan. Maka dari itu berikanlah pengampunan
kepadaku, karena sesungguhnya tidak ada yang sanggup memberikan
pengampunan selain dari Engkau sendiri.

Tolonglah aku supaya selalu mengingat Engkau dan bersyukur
kepada Engkau serta membaikkan ibadatku kepada Engkau.

amin......

Melz said... Reply To This Comment

thnx bro bagi entry yang camni.. aku punya solat pun kadang2 ke laut..adeh..insap mel insap

saye kerink said... Reply To This Comment

Salam Bro, terima kasih. Saya tak boleh nak cakap apa apa sebabnya setiap perkataan yang saya ucapkan untuk buat itu ini, sure tak akan terjadi. Ianya hanya manis dibibir sahaja.

Tapi saya nak jugak cakap, saya akan berusaha. InsyaAllah. Saya akan pastikan saya berusaha. Kerap kali saya terbangun waktu pagi betul betul selepas azan subuh, tapi saya pergi ke tandas.. saya berniat nak solat. tapi malangnya saya terus ke katil dan sambung tidur. Di keesokkan harinya, saya menyesal kerana saya tidak menunaikan solat subuh.. Sudah banyak kali ianya berlaku, tapi saya tetap melakukan tindakan yang sama.. Sesungguhnya saya sedar, Allah swt yang kejutkan saya. Jikalau boleh, saya tidak akan mengsia-siakan peluang yang Allah swt berikan.. Saya berharap semoga, bermulanya kehidupan saya di Universiti nanti, ibadah saya akan jadi lebih teratur.. InsyaAllah. amin. ;]