||| Tercari² |||

Tuesday, June 29, 2010

Sneak peak, a new style of Pojiepooh Abdullah :)

Hola my buddy, my readers. Anyone missing me? Dun worry, I'm not missing in action btw, just a lil bit busy. So, as per promised before, lemme show you my new hair, my new look..

TADAAA!!!



How is it? Do drop your comments ok. I will update to you later my the full version story, tomorrow insyAllah. Very busy + gotta lot of work to do make me sick now. Not feeling very well and still need to come to work T3T

Love,

Friday, June 25, 2010

Ke mana hilang bintang cintamu...?

Salam,

Dah lama juga Pojie perhatikan akaun Nuffnang Pojie nih. Memanglah menyedihkan, buat la macam mana pun memang sambutan tak menggalakkan. Lebih menyedihkan lagi apabila bintang² cinta sudah semakin berkurangan. Kalau dulu nisbah LR:LB:SC adalah 3:3:3, but nowadays sudah menjadi 1:3:5. Sedih bukan. Especially yang LR tuh boleh tinggal 1 bintang jer...



So, Pojie mengambil keputusan, malas nak kejar Nuffnang. Nak kejar ranking Alexa la, ranking planet Pluto la, tak larat dah. Pojie hanya mampu jadi Pojie, tak mampu nak berlari bersama² blogger² hebat yang lain. Tengok jela dari jauh. Kalau orang lain boleh berbangga cashout every month, siap tayang kasi canang lagi ini kali ke 40 cashout Nuffnang, Pojie nan ado! Orang siap ada geng tali barut, tali pusat segala pakat ramai² buat domain sendiri, Pojie hanya mampu bergantung kepada blogspot. Sebab apa? Sebab Pojie belum hebat lagi. Nak ada domain sendiri blog kene la mantap, ramai follower dan pembaca, duit dalam akaun Nuffnang beribu², barulah boleh berlagak dengan domain dan entri² yang kebabooom! Pojie, biasa² sudah. Tak mampu nak jadi luar biasa macam mereka..

Tapi peliklah, semenjak dua menjak nih tiba² trafik mencanak naik. Tapi iklan nan ado. Apa kes? Merajuk dengan Pojie ker Nuffnang? Patut Pojie la perlu merajuk sebab selalu dianak tirikan tau! Rasa nak buat jeritan batinku jer. Hahaha, mengarut jer aku nih! Dah sah² ko blogger hingusan siapalah yang nak pandang.. Tapilah kalau dilihat trafik hebat juga pada hari Selasa lepas, kemudian decrease gradually...



Apa kes? Sebab pasal kes Luna Maya dan Ariel Peterporn (formerly known as Ariel Peterpan) jer ke? Amboi³, gelenyar sungguh mu deh! 6/10 keywords pasal depa jer. Lain² tuh adalah yang boleh Pojie banggakan, alhamdulillah...



Hah, ada yang nak kutuk la tuh Pojie dapat trafik murahan dengan cara terkutuk. Takpelah, Pojie faham. Pojie tak mampu nak dapatkan trafik beribu² sehari, dapat lepas 200 sekali seumur hidup jadilaaa. Pojie baru nih la sekali buat tajuk sakit jantung, orang lain dah berkali². Lagipun ntah bilalah Pojie nak merasa iklan² Pojie hidup semula semua sekali seperti sediakala...



Erm...

Love,

Wednesday, June 23, 2010

I need a NEW HAIRSTYLE!!!

Salam,

Agak lama juga Pojie tak tak berbicara pasal fesyen dan gaya rambut. Hoh, pernah ke? Hahaha, pernah la dengan gaya macam ini siap Pojie share lagi salon kegemaran Pojie dan berkongsi tentang produk penjagaan rambut pilihan Pojie untuk jejaka perasan kacak tampil menawan. Aisehman... Oklah kali ini Pojie mahukan pendapat kawan² untuk gaya rambut Pojie yang terbaru. Erm, mungkin bukan untuk raya, tetapi buat masa yang terdekat nih memandangkan Pojie dah naik rimas dengan rambut sekarang nih, tebal dan panjang berjurai² sampaikan sepit (dan skaf) rambut menjadi teman setiap hari.



Tengoklah, betapa lebat, hitam dan tebalnya rambut Pojie sekarang nih. Dengan rambut rambut ikal mayang Pojie tuh, sikit lagi dah boleh buat fesyen rambut Erra Fazira masa dia bertunang dengan Yusri dulu. Huhuhu..



So far kali ini Pojie mengimpikan kelainan pada gaya rambut Pojie yang terbaru ini. Plan nak buat Sabtu nanti lepas dapat gaji, hopefully. So far Pojie sering bergaya dengan rambut spiky² atau pun ala² Becham yang spiky di tengah² tuh. Pernah menggunakan gambar² ini sebagai sumber rujukan pada hairstylist Pojie tuh. Cun kan!



Memandangkan Pojie pernah buat style macam tuh dulu dengan sedikit hightlight yang "loud" untuk mendapatkan kesan terbaik, jadi kali ini Pojie menginginkan rambut yang agak tengah in sekarang nih yang dinamakan "bang" style. Ala² macam Zac Efron dan Justin Bieber tuh..



Cuma mungkin Pojie akan membuatkannya sedikit pendek dan kemas la memandangkan Pojie memiliki rambut yang lebat dan cepat panjang, so pastinya 2 minggu lepas tuh dah rasa rimas pergi salon balik perabis duit. Hahaha. Pojie amat berminat dengan rambut mereka berdua nih, cool tak?





Maybe agak serabut buat bagi yang 1st tuh tetapi Pojie mengidamkan rambut depan sepanjang itu, tapi tak pernahnya panjang gitu rupa unless kalau Pojie letak hair extension untuk dapatkan kesan yang lebih dramatik. Untuk yang 2nd tuh just nice kan, cuma color dia agak kekampungan di situ, lol. Apa pun yang pasti, mengikut pembacaan dan penelitian Pojie dengan bang hairstyle ini boleh menimbulkan sedikit drama pada si seseorang dan menyerlahkan character yang tersendiri. Yang pasti gaya ini boleh diubah kepada gaya yang berlainan memandangkan kebiasaan untuk membuat gaya ini, rambut akan diluruskan dan senang untuk dibentuk.



Mungkin kali ini gaya Joe Jonas (Jonas Brothers) akan menjadi inspirasi buat Pojie mendapatkan gaya yang lebih segar dan menarik. Yang pasti, ia bakal menyerlahkan tulang pipi dan menjadikan wajah lebih kecil dan tirus.



Wahhhh! Tak menahan beb, hahaha. Cool apa? So, apa pendapat kalian? Agak² sesuai tak dengan bentuk wajah Pojie yang semakin menirus nih (baca: semakin kurus), hahaha! Kalau kalian tak bersetuju, Pojie nak buat yang lebih daring macam nih kasi kalian makan hati...



Kaooo mampoo?? Dengan color² blonde gitu rupa? Paling² tidak Pojie akan buat seperti mana rambut model idola sepanjang zaman pilihan Pojie nih...



Naema Mora!!!**matilaaa

Jadi, sila²lah rajinkan jari jemari anda memberikan komen serta pandangan. Pojie akan membuat lebih analisa dan study lagi untuk fesyen rambut menjelang raya nanti. Cettt, puasa belum lagi mau fikir raya. Hahaha. Okla, nantikan kemunculan Pojie berwajah baru pada minggu hadapan...

Tunggu...

Love,

Tuesday, June 22, 2010

Lagi video Luna Maya dan Ariel Peterpan - TERBARU


Tak habis² lagi dengan kisah video panas Luna Maya dan Ariel Peterpan. Ini adalah video terbaru dari mereka berdua yang sememangnya panas, dan kali ini kalian akan dapat saksikan Ariel bersama dengan seorang lagi wanita, berpeluk mesra di dalam kamar yang sama dengan Luna.
Saksikan...

Amacam? Cukup panas tak? Video yang panas atau korang yang panas hati? Hahaha, sorry la saja tease kalian di hari Selasa nih memandangkan Pojie dah semakin sibuk hari ke hari dengan kerja dan projek² yang menanti. Apa² pun jangan nak dok fikir video panas jer, meh fikir panasnya cuaca sekarang nih, panas lagi neraka nanti. Jadi sama² lah kita berpuasa di bulan Rejab kerana banyak fadilatnya. Hehehe...

Love,

Monday, June 21, 2010

Ku pinta kau répondez s’il vous plaît...


Kali pertama ku melihat
Hati sudah rasa terpikat

Bila kau membalas senyuman
Ku berkhayalan

Kita berdua jatuh cinta
Kau milikku dan ku kau punya
Tapi di dalam realiti belum pasti

Ku pinta kau répondez s’il vous plaît
Jangan biar ku fikir ku bertepuk sebelah tangan

Ku rayu kau répondez s’il vous plaît
Agar dapat berakhir angan yang mengganggu fikiran

Dah tak mampu berselindung lagi
Cinta yang lahir dalam hati
Aku tahu kau juga mahu tetapi malu

Andainya benar katakanlah
Agar dapat mengorak langkah

Bila ku ketuk pintu hatimu
Izinku masuk


Luahkanlah, ku perlu tahu...
Luahkanlah isi hatimu...

P/S: Suka gila lagu Maulana dari AF8 Hits nih. Suka genre dia yang very der jazz one, videoclip yang ala² oldies dan of course lirik dia, macam kena jer dengan situasi Pojie sekarang ni. Hope kat RedBox dah ada lagu nih. Hehehe..




Love,

Sunday, June 20, 2010

The ending life of Doraemon. Sedih baiii!

Mesti hampir keseluruhan di antara kita yang meminati kartun paling popular di Jepun iaitu DORAEMON. Seekor robot kucing dari masa depan yang datang ke dalam hidup Nobita dan tinggal bersama dengan keluarganya, membantu Nobita dengan pelbagai gadjet² berteknologi tinggi dari dalam kantung poketnya. Oh, cerita ini memang hebat dan paling lama di dalam sejarah kartun di Jepun. Tetapi tahukah kalian, bagaimanakah pengakhiran cerita Doraemon ini? Bagaimanakah Doraemon ini akan mati? Mari kita ikuti kisahnya di TubeLawak dan video di bawah. Cuba fahamkan. Memang menyayat hati...



Love,

Kisah tangisan MAT REMPIT dan pasangan PENCURI

Salam kawan²,

Pojie tertarik dengan cerita² dan video² yang selalu dikongsikan oleh beberapa blogger yang Pojie follow ni. Ada 1 video dari TubeLawak berkenaan dengan seorang mat rempit yang menangis teresak² merayu belas ihsan dari pegawai JPJ kerana dia ditahan kerana tidak memiliki lesen motor. Siapa kata mat rempit otai, dalam hati depa pun ada taman bunga bai. Mula² macam lawak, tetapi kesian pun ada. Nasib baik abang² JPJ tuh baik hati :)



Kisah yang ke-2 pula dari BOM321, mengenai sepasang suami isteri (kot), yang bergelar pakcik dan makcik dengan selamba badaknya mencuri laptop disebuah kedai komputer. Yang lawaknya, makcik tuh punya beriya kangkang² singkap kain semata² nak masukkan laptop tuh dalam kain dia. Pakcik tuh pula boleh cover line. Berjaya pula tuh. Aduhai, apalah nak jadi. Orang tua² bertaubat, dia duk merembat. Dah tak tahan sangat nak layan FB la tuh. Hehehe...



Love,

Saturday, June 19, 2010

Untungnya budak² AF8...

Happy Saturday :)

Erm, maybe entri nih agak membosankan bagi sesetangah orang, memandangkan sudah sebulan kisah AF8 ini tamat. Ah, peduli. Pojie mau ekspresikan juga di sini. Selain mahu mengucapkan tahniah kepada Shahir, Pojie turut mahu mengekspresikan betapa Pojie rasa beruntungnya budak² AF8 nih. Mana taknya setiap seorang pelajar baik yang masuk final atau pun tersingkir setiap minggu, masing² mempunyai lagu sendiri. Special tu. Belum pernah ada dalam sejarah AF apatah lagi Malaysian Idol dan One In A Million. Kalau ada pun untuk finalis jer. Lepas tuh yang lain² terpaksa la tunggu ihsan komposer yang sudi menyumbangkan lagu kepada mereka. Apa² pun tahniah diucapkan buat pengetua AF; Norman Abdul Halim.



Kesemua 12 lagu tersebut dihasilkan oleh adik pengetua; Edry Abdul Halim dan dimuatkan di dalam album AF8 Hits. Berikut adalah senarai lagu²;
1. Adira AF8 – Ku Ada Kamu
2. Ain AF8 – Penanggung Sepi
3. Alif AF8 – Bangun Semula
4. Anum AF8 – Berakhir Sebelum Bermula
5. Daus AF8 – Kenapa
6. Ema AF8 – Hati Hati
7. Farina AF8 – Hujung Minggu
8. Iwan AF8 – VIP
9. Maulana AF8 – RSVP
10. Nad AF8 – Aku Sudah Merdeka
11. Shah AF8 – Bernafas Lagi
12. Shahir AF8 – Kebahagiaan Dalam Perpisahan

Kredit to Qarl

Bukan itu saja, malahan Edry turut bertanggungjawab dalam pembikinan klip video untuk top 7 AF8, dibawah penerbitan Astro Entertainment dan KRU Studios [KLIK]. Wow, sesungguhnya kehebatan KRU memang tidak boleh disangkal lagi. Anak Malaysia yang boleh dibanggakan selepas berjaya menghasilkan klip video dan filem yang hebat² belaka, dan kini sedang menantikan kemunculan Hikayat Merong Mahawangsa. Pojie sangat suka dengan klip video Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir) dan Ku Ada Kamu (Adira). Lagu best, kli video pun best. Sangat kreatif dan cantik. Yang lain² pun best juga.





Dapatkan AF8 Hits yang original ya!

Love,

Friday, June 18, 2010

Fadilat berpuasa di bulan REJAB

Salam teman,

Tanpa kita sedari bulan Rejab kembali lagi. Ini bermakna kurang dari 2 bulan dari sekarang kita akan menempuh bulan Ramadhan yang mulia. Oleh itu, kita disarankan untuk mempersiapkan diri bermula sedari awal bulan ini sebelum kita bersedia melangkah bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, demi menuju ke jalan Allah. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat". Sabda baginda lagi: "Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku dan bulan Ramadhan bulan umatku".

Kita digalakkan berpuasa pada bulan ini kerana bulan Rejab juga mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Dikatakan di bulan Rejab ini, diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal serta terlepas dari dahaga di hari kiamat. Adalah fadilat berpuasa di bulan Rejab seperti berikut;

Puasa satu hari – Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredaan Allah serta syurga tertinggi.

Puasa dua hari – mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipat gandakan pahalanya.

Puasa tiga hari – dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka.

Puasa empat hari – diselamatkan daripada seksaan akhirat kelak serta fitnah Dajal.

Puasa lima hari – aman dari azab kubur.

Puasa enam hari – dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

Puasa tujuh hari – Allah mengunci tujuh pintu neraka jahanam baginya.

Puasa lapan hari – Allah membuka lapan pintu syurga baginya.

Puasa sembilan hari – keluar dari kuburnya lalu menyeru “Laailahaillallah” dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

Puasa 10 hari – Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustagim setiap satu batu dan dijadikan dua sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustagim.

Puasa 13 hari – Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

Puasa 14 hari – Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

Puasa 15 hari – Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

Puasa 16 hari – dapat melihat wajah Allah dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

Puasa 19 hari – Di bina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.

Puasa 20 hari – Allah mengampunkan segala dosanya lalu dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Oleh itu, marilah kita bersama² memuliakan bulan Allah ini dan dalam masa yang sama berdoa kepada-Nya agar saudara² kita di Palestin mendapat kebahagiaan di sana, insyAllah...



Sumber: Attyfir dan MyJazmanie.

Love,

Thursday, June 17, 2010

Hikayat Merong Mahawangsa

Salam Khamis buat semua,

Pojie mahu membuat sedikit preview tentang filem yang dinanti² kan seantero dunia terbitan anak Malaysia yang berjaya iaitu KRU Studios, di bawah arahan Yusry Abdul Halim. Filem yang ber-genre epik aksi yang telah tamat penggambarannya pada Ogos 2009 dijangka siap sepenuhnya untuk tayangan umum pada September 2010 ialah...



Hikayat Merong Mahawangsa

Filem Hikayat Merong Mahawangsa’ ('The Malay Chronicles - Bloodlines') yang menelan belanja sebanyak RM8 juta ini sekali gus dinobatkan sebagai filem ke-2 termahal selepas Puteri Gunung Ledang di dalam industri perfileman tempatan, khabarnya telah pun dibeli tayangannya oleh pengedar filem antarabangsa dari United Kingdom, Jerman, Rusia, Perancis dan negara-negara Timur Tengah. Hebat bukan? Jangan main², belum ditayangkan sudah mencatat jualan jutaan ringgit. Sudah pasti kita boleh berbangga kerana ia bisa mengangkat filem ini sebagai filem terbaik Malaysia. Penggambaran yang berlokasi 90% di Terengganu ini menampilkan



Stephen Rahman Hudges sebagai tunjang utama filem ini dan dibarisi beberapa pelakon² dalam dan luar, juga penampilan khas dari Miss Malaysia 2007; Deborah Henry.Hikayat Merong Mahawangsa merupakan sebuah filem epik yang sarat dengan aksi dan watak² mitos dengan bantuan kesan khas visual (CGI) bertaraf dunia dan set, busana dan props dari kurun ke 2. Ia mengisahkan tentang seorang seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain seperti yang tercatat di dalam sejarah Malaysia.



Dengan adanya CGI, penyediaan set tidak perlu menelan belanja yang sangat besar. Prop yang dibina hanyalah pada set utama seperti 4 buah kapal, perkampungan Melayu (kurun ke-2), pelabuhan kapal, set gambaran Istana di Rom, China dan juga pelabuhan Goa di India. Yusry berkata bahawa kejayaan pemibikinan filem ini mungkin tidak dapat dilaksanakan jika tiada kerjasama dan sokongan dari MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) melalui dana “e-content”.



Apa² pun Pojie sangat tidak sabar untuk menyaksikan filem hebat ini. Tengok sajalah trailer filem ini pun sudah buat Pojie terkedu dengan kehebatannya. Jika diawal trailer tidak memamaparkan nama produksi, tentunya Pojie dah fikir ini dari produksi Hollywood, atau mungkin juga produksi yang sama dengan cerita epik Thailand iaitu Queen of Langkasuka. Jadi bagi sesiapa yang masih belum menyaksikan trailer ini, silalah saksikan di bawah dan beri sedikit pandangan anda.



Hebat kan!!!

P/S: Magika, bilakah kau akan muncul?

Love,

Wednesday, June 16, 2010

Alahai, tiada rezeki T_T

Pojie baru jer bukak email tadi dan agak terkesima dan berdebar² apabila mendapat 1 emel dari kekasih gelapku. Emel yang menentukan Pojie dapat ker tidak RM2000 untuk buat entri pasal Big Fish Moment with Pizza Hut...



Tengok jer emel tuh dah star berdebar sambil crossing finggers dengan harapan adalah nama Pojie tersenarai di dalam tu. Hehehe.. Tapi bila buka² jer emel tuh alamak...



Mana nama PoJiePooH?

Ohhhh, kecewa di situ. Tak mengapalah, bukan rezeki. Pojie yakin Pojie dah buat sehabis baik untuk entri bertuah tuh, tetapi bukan 5 yang terbaik. Apa² pun tahniah kepada mereka² yang menang; Neon, Azham, Chong, Wee dan ShiiTeck. Kamu semua memang layak menang. Komen hebat siap ada kartun² dan video segala. So, tak reti² nak open table? Hahahaa..

P/S: Crossing finggers for My Water Moments pulak. Please.. Please.. Please..

Love,


Mencari seorang WANITA untuk dijadikan ISTERI...

Salam kawan²...

Semenjak dua menjak ini Pojie rasakan bahawa pintu hati ini sudah berjaya diketuk oleh seorang insan bergelar wanita. Ohhh, terharu siot. Dah lama rasanya Pojie tak rasa perasaan ini. Lekas² Pojie khabarkan berita gembira nih kat kakak² kesayangan Pojie; KakHeze, KakWan dan KakTash. Betapa Pojie rasa bahagia tatkala bermesej² dengan si dia di FB. Walaupun beberapa hari kemudian secara tidak sengaja dia telah memberitahu Pojie bahawa dia baru saja dimiliki 5 hari sebelum itu, lalu membuatkan Pojie sedikit frust, tetapi itu tidak mematahkan semangat Pojie untuk teruskan misi mencari seorang wanita untuk menjadi isteri Pojie.

Cemburu rasanya apabila seorang demi seorang kawan² sekolah, kawan² kolej malahan kawan² online naik pelamin yang indah², bergambar fotoshot yang cantik². Di dalam hati ini terdetik; "Bilalah turn aku pulak". Tapi soalan hanyalah tinggal soalan tanpa jawapan. Pojie pun tak tahu, hanya Dia sahaja yang maha mengetahui bilakah waktu bahagia itu akan tiba di dalam hidup yang kosong ini. Walaupun dalam hati ini ada rasa kegusaran, kurang sana sini, kewangan pun belum kukuh tetapi Pojie akan cuba kuatkan semangat, teruskan misi ini perlahan² tanpa terburu², kelak kecundang lagi. So far dalam hati ni dah ada sorang calon, pilihan ayahanda dan bonda tapi tak tahu lah macam mana. Memandangkan dia seorang yang berjawatan tinggi dan workaholic. Pojie masih lagi berkawan. Dalam masa yang sama cuba untuk berkawan seramai yang mungkin sebagai calon² dan akan membuat pilihan apabila tiba masanya.

Antara yang membuatkan Pojie teringinsangat untuk beristeri adalah kerana Pojie merasakan diri ini terlalu kosong. Puas Pojie bermohon kepada Allah dan tiba² dibukakan pintu hati ini untuk insan bergelar wanita. Mungkin inilah jawapannya. Selain itu, Pojie teringin melihat mak abah gembira apabila melihat anak sulungnya ini berkahwin sekaligus menutup mulut² sanak saudara yang tidak sudah² mengata. Selain itu, Pojie teringin sangat naik atas pelamin yang indah hasil idea bersama² dengan wedding planner macam Arma dan AdieAdlan, berdua berpakaian yang cantik², diiringi gelak tawa serta doa dari famili dan teman². Lepas tuh ada foto² serta video kenangan yang indah² macam yang telah diambil oleh TheLaki² ataupun ini.


Sekadar gambar hiasan.

Pojie teringin sangat menikahi seorang wanita yang solehah, yang muslimah, yang bertudung dalam masa yang sama bergaya dan dari keturunan yang baik². Memilih bakal isteri menurut Islam dengan ciri² yang diidamkan. Ia menepati ciri² yang pernah diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda: “Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena kedudukannya/ keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858)). Dan kemudian dikurniakan cahaya mata yang comel². Pergi mana² dengan famili sendiri, bahagia tersenyum di dalam potret macam kat atas tuh. Pasangan suami isteri yang sama cantik molek dengan anak yang comel.

Apa² pun setiap hari Pojie berdoa pada yang Esa agar dibukakan pintu ini sentiasa untuk seorang wanita, satu²nya untuk menjadi teman sehidup semati. Dijauhkan Pojie dari segala kemaksiatan dan kejahilan yang pernah dilakukan. Semoga wanita yang kelak bertakhta di hati ini memahami serta sudi menerima Pojie seadanya kerana Pojie bukanlah seorang lelaki yang sempurna, ada cacat sini dan sana. Semoga dia bisa menjadi permata hati hingga ke syurga...



Doa² kan Pojie tau!

Love,

Tuesday, June 15, 2010

For BIG APPLE lovers, read this!!!

Attention!!!



For those who are the big fan of donut like me especially the BIG APPLE, come and join the 3rd Year Celebration of Big Apple Donuts & Coffee. Now they are giving out some prizes for their fans as a token of appreciation. What are the prizes? Click the image below for enlargement :)



It's cool isn't it? Yeahhh, I'm crossing my finggers to get 1 of those prizes. Jom, join me rush to the nearest store, grab some donuts, get the form and submit for the eligibilty to win the prizes. Ohhh, yeahhh! On the other hand, they are doing a kind of promotion to their new cute, yummylicious donut in a sushi form; DONASHI!



Alahai... Aren't they cute? Ohhh emm geee.. Tak sampai hati nak makan since they are soooo cute but at the same time can't help myself to eat them all. Oleh sebab I don't like sushi coz I don't like the taste, but I hope I love donashi. And you know what, they are doing a contest too in conjuction of the 3rd year celebration.



So hurry up join for this contest in the Big Apple Facebook and for more info you can always get in touch with their website. Thanks a lot to EdyRomanov for such info. Miss u buddy :)

I ♥ BIG APPLE!!!

Love,

Facebook dan Manusia² yang MENJENGKELKAN!

Salam kawan²..

Buat kalian yang ada FB, selalu layan FB, pernah tak terlintas di fikiran kalian bahawa kadangkala ada masanya ia menjengkelkan. Anda rasa cam rimas, annoying dengan beberapa perkara. Termasuklah kepada orang²nya, iaitu teman anda sendiri. Pasti ada bukan. Kalau takde tuh sah² la anda orang yang tergolong di dalam golongan manusia yang menjengkelkan itu. Hehehe..


Pojie agak tertarik dengan entry dari EncikSedap dan EdanCoba yang berjaya menyenaraikan beberapa ciri manusia yang menjengkelkan di FB nih. Bagus sekali. Pojie di sini akan cuba membicarakan serba sedikit jenis² makhluk bergelar manusia yang ada di dalam friendlist FB Pojie yang membuatkan Pojie rasa terjengkel. Andai ada yang terasa tu maaf saja deh. Pojie hanya bercakap apa yang ada di dalam hati ini. Mungkin tak salah apa yang anda lakukan itu tetapi kadangkala Pojie rasa too much till make feel annoyed.

1. Tag;
Pojie tak kisah kalau kawan² mahu tag tentang info, atau gambar² yang pernah diambil bersama. Tak mengapa, Pojie bertanggungjawab tentang lambakan notification itu. Tetapi ini tah siapa² tah suka² ati tag FB Pojie. Lepas tuh tag pic dia baru buat facial la, baru lepas berak la, baru bangun tidur la dan macam² lagi la. Annoying pulak rasa tau!

2. Status;
Kadang² rasa rimas orang update status selang 5 minit. Masa dulu² time² jakun dulu ada la juga Pojie buat macam tuh, tapi hujung² rasa cam semak pulak. Nak korek hidung pun kasi tau orang, bf cium pipi pun nak kecoh, hek elehhh simpan² la lu punya hal² peribadi bai. Tak ingin kawan² korang nak membacanya. Orang macam ini Pojie sarankan mereka membuat akaun twitter ya!

3. Add Friends;
Ini memang tak boleh blah. Pojie dari dulu lagi sakit hati, sakit jiwa dengan orang² macam nih. Dah kalau nak add lepas tuh nak buat kawan batul² takpe. Komen pic kita ker, sekali sekala tegur kita kat wall ker, ini idak. Kita pula yang terhegeh² tegur dia, the worst part is bila komen kita haram dia nak reply. Wahhh, ini menaikkan point untuk Pojie bermain game delete² di kala kebosanan nanti. Haha! Ada juga pembaca yang add Pojie tapi tak reti² nak bagitahu siapa anda? Sah² la kalau orang Pojie tak kenal Pojie tak akan approve, kirim salam!

4. Profile Pic;
Ini pastinya menimbulkan kemarahan kepada sebilangan mak² dan mama² yang membaca entri Pojie nih. Ah, dulik apa. Ni boleh Pojie tanya? Apa motif kalian meletakkan wajah anak² kalian, baby² kalian sebagai profile pic? Depa dah pandai main FB dah ker? Lepas tuh yang pelik letak nama mak. Aduhai.. Tak faham tau, kadang² nak add kiter letak gambar baby dia, nama dah la kadang² tak ingat siapa dia, dah la terkial² kita nih nak bukak album dia baru la nampak ohh si polan rupanya. Kan ada album dalam FB kan? Sumbat ler gambar anak² segala anak hatta anak kucing sekali pun dalam album tuh. Tak payah nak tayang, macam kamu sorang jer ada anak. Paling tak boleh blah bila profile pic gambar mengarut. Pendek kata, bukan gambar sendiri, memang Pojie rasa cam nak lempang jer empunya FB tuh. Sebab kalau segan nak letak muka sendiri tak payah buat FB. Orang nak berkawan dengan orang, bukan dengan "hantu". Faham! Ada juga yang faker, letak pic orang lain, artis, celebrity. Adoiiiii!

5. Kuiz;
Ini pun Pojie dah start menyampah. Perlu ker nak buat kuiz lepas tuh kecoh 1 dunia? Ada aku kisah? Lepas tuh siap invite pula kawan² untuk join. Kalau Pojie ignore jer, do I care??! Dan paling Pojie tak leh blah bila ada kuiz soalan p***mak sebab ada pula dia akan autopost kat kat wall orang sesuka hati dengan soalan; "Do you think Pojiepooh Abdullah is a virgin?". WTF! Perlu ker? Agak kurang ajar di situ.

6. Game;
Haaa ini pun lebih kurang macam kat point no 4 tuh juga. Naik 1 level dah publish, kompang 1 tanjung na. Lepas tuh siap invite² join game la, jadi neighbour la. Tak kuasa la deknon. Orang banyak lagi kerja yang perlu dilakukan daripada main game yang bukan², silap² hang PC sebab loading game agak berat.

Itu sebahagian saja ya kawan². Kalau Pojie nak share berderet list dia. Cukuplah setakat ini. Oh, by the way, maaf kalau entri kali ini agak kasar sehingga ada yang tersentap. Mungkin kalian memerlukan sedikit bimbingan bahawa ketagihan FB ini juga boleh menimbulkan dosa. Mungkin anda juga boleh menghentikan beberapa perbuatan di FB anda, kerana mungkin akan meninggalkan kesan yang tidak anda ketahui kelak...

Love,

Blogger Kesayangan Ramai; Kak Tash EKSIDEN!!!

Salam pagi,

Berita mengejut telah membuat Pojie hampir² gugur jantung dan seluruh komuniti blogger kecoh dengan berita seorang blogger kesayangan ramai eksiden semalam dan sekarang masih mendapatkan rawatan di Hospital Klang di Hospital Klang, Bilik 4B Katil 19. Beliau yang dimaksudkan adalah...



Kak Tash

Maaf kalau tidak dapat mengecam wajah beliau ini kerana dari sumber² yang diperolehi mengatakan bahawa beliau mengalami kecederaan dan luka, akibatnya beliau menerima beberapa jahitan dan dikatakan patah leher. Sesiapa yang mengenali beliau, silalah berdoa agar beliau serta suami selamat dan pulih segera seperti sediakala...


Keadaan kereta beliau selepas kemalangan.

Get Well Soon KakTash!!!

Sumber: OneTasha; IntaNurulFateha dan Helena.

Love,

Monday, June 14, 2010

Kamu memang baik hati wahai Mr Refingger dan Mr Joegrimjow

Salam...

Bertemu lagi kita untuk entri yang ke-2 pada hari Isnin yang suram muram ini. Monday blues katakan, biasalahh.. Jadi duduk depan PC, kerja tak berjalan sangat, meroyan jer keje nih. Apa² pun Pojie mahu mengucapkan terima kasih kepada Mr Redfingger dan Mr Joegrimjow. Kerana apa? Kerana Mr Redfingger telah bermurah hati ingin menjalankan kempen letak banner percuma di blog beliau, manakala Mr Joegrimjow pula menjemput semua blogger² termasuk Pojie untuk menjadi penulis jemputan di Joegrimjow. Untuk kalian berdua yang sangat bermurah hati...



Kerana kalian berdua sungguh bermurah hati, sudi membantu menaikkan nama teman² di dalam industri blogging ini. Tak pernah pun Pojie terfikir sebegitu sekali. Oklah, buat Mr Redfingger, Pojie telah emelkan kepada kamu banner Pojie yang tak seberapa. Maaf la tiada coding sebab Pojie tak reti nak buat coding² segala nih. Banner tuh buat bodoh² jer. Tetapi demi membuktikan sokongan buat kamu, Pojie gigihkan juga.



Buat Mr Joegrimjow pula, insyAllah akan Pojie usahakan ok. Pojie wajib support kamu juga memandangkan kamu sudah bersudah payah mahu menyokong kawan² untuk terus maju di dalam industri ini seiring bersama dengan kamu. Cuma buat masa sekarang ini Pojie tiada entri yang dirasakan bagus dan sesuai untuk berkongsi di blog kamu. Kalau ada, pasti Pojie akan inform pada kamu. Jadi buat teman² yang berminat, boleh la refer direct terus kepada mereka ya.

Chaiyok²!!!

P/S: Tatkala entri ini di-draft, banner Pojie sudahpun terpapar di blg teman itu. Cekap betul Mr Redfingger nih.

Love,