Sakitnya hati ini bila ku rasakan bahawa segala pengorbanan diri ini, kepercayaan dan kasih sayang untukmu sia² belaka. Mengapa kau siakan cinta yang suci ini? Kerana bagi kau aku tak bererti lagi? Inikah balasan yang harus ku terima atas kasih sayang yang ku curahkan selama ini? Apa lagi yang kau cari sungguh tiada aku mengerti. Tegar sungguh kau permainkan cintaku...
Ku ingat kali pertama aku mengenalimu ingin ku bersama denganmu. Raut wajahmu bersih meyakinkan hati ini, lantas aku terpaut. Rupa²nya senyum manismu palsu dan aku tertipu, keperibadianmu terus berubah menurut nafsu. Lakun layarmu ternyata hebat, terpukau aku melihat. Sampai bila kau mahu tersesat? Tidakkah kau penat hidup penuh muslihat wahai raja drama? Ini bukan kau yang pernah ku kenali dulu...
Mungkin kau tak tahu ku tak seperti dulu. Selama bersama aku bukan dicinta tetapi diperguna, hanyalah sia². Apa ku kisah kau mainkan rasa kau punca segala dan kau takkan berubah. Kini ku berdiri rela ku sendiri tak lagi peduli. Akan tiba satu masa kau akan terkena...
Biar kau dengan dunia kau, aku dengan duniaku. Usah kau mampir lagi dalam hidupku. Ku tak perlukan dirimu lagi. Kini ku aman tanpamu di sini. Mungkin aku tiada berdendam lagi tetapi aku ingat sampai ke mati. Usah kau kembali atau...
Love,

Talk to my hand!!!
Love,
8 bicara yang baik hati...:
marah sape ni pojie
wah suka gambar terakhir tu. ala2 diva gituh..
entry sedih ke entry marah nih? huhu..sume tajuk lagu kuar dah...
kne stab back ke???
erk.. naper ni pohjie
Layan lagu drama king... hahahahaha
coffee mate 1
Tedi;
Tak marah la, bengang jerr..
Hazzy;
Diva katanyer.. Hiks ;p
Aida;
Entry bengang sebenarnya..
Senandung;
Backstab? Erm, not really..
Shin;
Adala, masalah dengan someone..
El;
Layanla..
Pawaka;
Ya silaa.. :)
Post a Comment