||| Tercari² |||

Friday, June 11, 2010

Kenapa ada neraka???

Salam buat semua,

Entri kali ini adalah entry copy-paste dari seorang insan yang sudi berkongsi tentang fungsi kewujudan neraka melalui sebuah cerita. Tidak pasti cerita benar ataupun tidak, wallahualam...



Sekadar gambar hiasan

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:”Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga… Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: “perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz.

“Ah…mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:”Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.

Assalamu’alaikum.


Sumber: Agesshi dan Berita-Harian-Online


P/S I: Pojie sangat suka program Imam Muda di Astro sekarang. Program realiti yang terbaik setakat ini. Mengajar anak muda menjadi insan yang berilmu dan berakhlak, selaras dengan tuntutan syarak.

P/S II: Tak boleh blah bila ada rawatan pemulihan dara pada masa kini. I don't care about the "dara", tetapi kejujuran kepada diri sendiri dan pasangan. For me dara tak penting ada dara ker tidak, biarkan ia menjadi mengajaran dan kekesalan kelak mendorong ke arah keinsafan.

Love,

14 bicara yang baik hati...:

cik helena said... Reply To This Comment

speechless,,sangat bagus entry nih pojie..sama-sama mengingatkan kita tentang benda yang kita selalu alpa..

time kasih..

Hazzy Ishak said... Reply To This Comment

thanks pojie

Miss Izah Mohamed said... Reply To This Comment

SUKE DGN ENTRY NI;;THNKS

m.a.p.i.e [ Ku sEnDiRiAn] said... Reply To This Comment

aku dh sedar skrg ni...

tapi yg penting pojie, aku memnag xde dara... so x luak lh..

ahhaahahhhaa

Kie-yu said... Reply To This Comment

ouh
kn bgus kalau dasar spot check aurat tu dilaksanakan di seluruh negara ;)

malinasiam said... Reply To This Comment

huhhhhh
sengal betul budak ppuan tu
akk pon suka imam muda
rasa mcm nak cari calon jer mcm imam muda
hehehhehe
mengarut lah pulih dara tu

Call me, Eyka said... Reply To This Comment

thanks 4 sharing :') tetibe terasa malu dengan allah.....

syahirul said... Reply To This Comment

good entry bro... like it

Edy Ramanov said... Reply To This Comment

salam. silalah singgah blog edy ya. Tq

senandung semalam said... Reply To This Comment

pojie,ni cte sbnr ke? kt malaysia ek...

betol ke ko xksh p/s ke2 ko 2... x mgkn la....heheeee

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said... Reply To This Comment

wah....bagus btol ntry poojie kali nih....

thanks for sharing ^__^

FCUTEAM said... Reply To This Comment

gud one.. ^__^

El-Zaffril said... Reply To This Comment

Pernah baca sekali...

Pojiepooh Abdullah said... Reply To This Comment

CikHel;
Baguslah..
Sama² :)

Hazzy;
Sama² :)

Izah;
Saya pun suka juga.. Sama² :)

Mapie;
Ko mmg xde dara!

Kie-yu;
Betul tuh :)

Momguess;
Bagusnyaaa bhgia anak akak klo dpt menantu imam muda :)

Eyka;
No problem.. Alhmdulilah bgus la kalau ada perasaan tuh :)

Syahirul;
Thanks bro :)

Edy;
Yer baiklah Edy :)

Senandung;
Wallahualam.. No problem..


Mawar;
Thanks.. Welcome back :)

Aiz;
Yerr.. Thanks :)

El;
Baca la sekali lagi :)