||| Tercari² |||

Thursday, April 23, 2009

Teater MAHSURI



Tarikh : 24 - 30 April 2009
Masa : 8.30 Malam
Tempat: Panggung Sari, Istana Budaya
Tiket: RM30, RM50, RM70 & RM100


SINOPSIS

Mahsuri gadis cantik kelahiran Langkawi, dara pingitan Pandak Mayah dan Cik Alang. Cantik jelitanya menjadi buah mulut dan kecemburuan terutamanya kaum wanita. Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan, iaitu Wan Darus, adik kepada wakil Sultan di Langkawi, Wan Yahya (atau dengan gelaran Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura.

Hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan Darus keluar meninggalkan Langkawi untuk berperang dengan tentera Siam. Sepeninggalan beliau, Mahsuri tinggal bersama ibu bapanya. Deramang, seorang kembara telah singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi dan ibu bapa Mahsuri, sehingga mempelawa Deramang tinggal dirumahnya. Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, kakak iparnya. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri melakukan hubungan sulit dengan Deramang.

Mahsuri dan Deramang dijatuhkan hukuman bunuh oleh Datuk Pekerma Jaya setelah termakan hasutan isterinya. Mahsuri dan Deramang dijatuhkan hukuman bunuh. Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa. Sebelum mati Mahsuri telah menyumpahi Langkawi menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan. Wan Darus pulang dengan kecewa lalu membawa anaknya, Wan Hakim meninggalkan Langkawi.

PelakonUtama:
Vanidah Imran
Azharudin Ramli (Arja Lee)
Azman Md Hasan
Azizah Mahzan

Pengarah
Fauziah Nawi

Pengarah Artistik
Irwan Ismadi Shahrim

Penulis Skrip & Lirik Lagu
Rahimidin Zahari

Pengarah Muzik
Mohd Yazid Zakaria

Komposer
Iryanda Mulia Irwadi

Pengarah Teknikal
Jamaluddin Md. Nor

Pereka Tata Cahaya
Mohd Firdaus Mohamad Hanif (Pitt Hanif)

Tempat Persembahan
Panggung Sari, Istana Budaya

Tiket
RM30, RM50, RM70 & RM100

Maklumat lanjut, hubungi:
BOX OFFICE
ISTANA BUDAYA
JALAN TUN RAZAK, KUALA LUMPUR
Tel : 03-4026 5558
Faks: 03-4026 5552
Waktu Operasi: 9.00 Pagi - 6.00 Petang (Hari Bekerja) 9.00 Pagi - 1.00 T/Hari (Sabtu)

Pembelian/Tempahan Tiket Secara Online

Tel: 03-4149 8600, www.ticket2u.biz

TAWARAN ISTIMEWA POTONGAN HARGA 30% TEATER MAHSURI DI IB

Rakan-rakan Facebook Istana Budaya,
Sebagai menghargai anda menyertai kami, Sukacita kami menawarkan potongan harga/diskaun 30% untuk anda dan rakan-rakan yang ingin menonton Teater Mahsuri yang bakal dipentaskan pada 24-30 April 2009, 8.30 malam di Panggung Sari, IB.

Sila maklum, potongan harga/diskaun 30% ini hanya untuk pembelian tiket yang berharga RM70 & RM100 sahaja.

Teater ini sedang giat menjalani latihan untuk memberi persembahan yang terbaik untuk anda. Pementasan ini akan ada unsur-unsur lagu/nyanyian, lakonan dan tari. Pasti anda terhibur.

Terima kasih atas sokongan anda peminat seni pementasan.

P/S: Credited to Budiey.com.


Love,



4 bicara yang baik hati...:

farish izaryl @izreez said... Reply To This Comment

wahh mletop tetaer ni.ala dintiss r nk pegi.mencik

Blog Eazy Izzuddin said... Reply To This Comment

alo...
x dpt nonton lah nih
exam...
huhu
=)

RemyLC said... Reply To This Comment

nama Penulis Skrip & Lirik Lagu dia macam ku kenal jerk...

rahimi aka remy, hahaha...

Edy Ramanov said... Reply To This Comment

tak pernah lagik tgk citer bangsawan Mahsuri