||| Tercari² |||

Thursday, October 13, 2011

Giveaway Kujie2.com; Hidup Biar Sedap!

Hi Pojiepeeps,

Wah gigih tak Pojie join contest lagi untuk kali kedua pada hari ini. kali ini contest dari Kak Jie iaitu Giveaway Kujie2.com, bersempena engan ulangtahun perkahwinan beliau yang ke 20. Tahniah Kak Jie. Semoga berkekalan dan bahagia hendaknya sampai ke akhir hayat. InsyaAllah...


Actually Pojie sangat suka membaca blog Kak Jie dari dulu malahan juga merupakan antara 5 blog paling kerap dilawati pada tahun 2011. Isi kandungannya yang banyak berbentuk nasihat serta informasi yang sangat berguna untuk segenap lapisan masyarakat. Antara perkara yang disukai selain isi kandungannya adalah loading time dan juga theme blog. Setakat ini tiada masalah setiap kali melayari Kujie2.com, loading memang laju, smooth jer. Theme blog juga simple, berwarna putih suci jer dengan banner yang simple tapi comel.

Nak berbicara tentang kelemahan pula, mungkin Pojie bukanlah orang yang berhak memberikan komen, memandangkan blog Pojie sendiri pun tak seberapa. Tapi Pojie dapat mengenalpasti bahawa Kujie2.com ini tiada chatbox. Mungkin kerana pemiliknya merasakan bahawa beliau tidak memerlukan komunikasi bersama pembaca memandangkan beliau mempunyai pembaca tegar dan trafik yang cukup hebat. So far itu jela kot, lain² just nice!

Oklah kalau korang rasa² mengidam nak makan macaron, joinlah contest gievaway [KLIK]. Mana tau ada rezeki, dapat macaron free. Kalau dapat belanja makan seafood pun best. Huhu. So masih ada masa lagi sehingga 18 Oktober 2011 ni tau! Bestnya, sememangnya sedap...

Hidup Biar Sedap!

Hanya satu,

2 bicara yang baik hati...:

DanieL AdiE said... Reply To This Comment

Kagum dengan kegigihan pojie join contest n giveaway..

Moga berjaya...Amin..

Pojiepooh Abdullah said... Reply To This Comment

Sangat haha. Thanks