||| Tercari² |||

Monday, October 17, 2011

Musim KONVO. Tahniah!!!

Salam Pojiepeeps,

Alhamdulillah, dah penat² presentation, final year project, exam segala bagai hari yang ditunggu² telah pun tiba. Penat lelah terbayar kini berbaloi. Ibu dan ayah pastinya tersenyum bangga. Eh, perasaan tuh semua akan korang tempuhi wahai teman² yang dah abes study. Oh ada juga yang dah tempuhi saat² manis bergraduasi atau nama lainnya CONVOCATION! Best kan! Dan buat pertama kalinya setelah 5 tahun, barulah kini Pojie terpanggil untuk menayang gambar² semasa Pojie menjadi graduan Sarjana Muda Sains (Biologi Marin) dari KUSTEM, yang sekarang dikenal sebagai UMT (Universiti Malaysia Terengganu). Kisah nih dah lama tau, saja nak imbas kenangan² silam. Nak bagi korang yang belum konvo tak sabar² nak pose² dengan jubah konvo. Nak bagi adik² yang masih menuntut, study molek² lepas tuh boleh pakai jubah konvo, masuk paper sebagai pelajar terbaik. Kan best tuh!


Amacam handsome tak? Haha! Mestilah semua yang berkonvo akan menjadi orang yang paling handsome dan cantik. Memakai baju terbaik, agar kelihatan paling hebat pada hari itu. Umpananya nak naik pelamin. Kalau perempuan tuh baju siap tempah 2 3 bulan awalnya siap berlabuci-labuci bagai. Walhal nak naik pentas tak sampai 10 saat, amik skrol dari Canselor, pastu turun! Tunggu kat luar dewan berpanas berpeluh segala. Dalam dewan lagi tunggu berucap sana sini sampai tertidur². Hahaha! Takpe kenangan sepanjang hayat. Best tau!


Yang paling best mestilah apabila dapat membanggakan mak abah. Giler tak bangga, diorang dah bergolok bergadai hantar anak belajar jauh², bila dah konvo "itulah anak aku", khabarnya kepada si polan dan si polan. Habis dicanangnya satu kampung, lebih² lagi kalau kitalah anak kampung pertama yang masuk U dan konvo.


Lepas pakai jubah konvo, yang rasanya taknak buka, nak bawa balik simpan dalam almari buat kenang-kenangan anak cucu. Tak nak bukak sepanjang hari biarpun berpanas menjejeh-jejeh sampai basah ketiak dan seluar dalam. Eh, sekali sekala katanya, silap² sekali seumur hidup kalau takde impian nak sambung lagi. Masa tuh la memasing dengan camera masing². Kalau yang kaya sikit pasang photographer sendiri, pose sana sini. Dari pintu masuk campus, sampai ke pintu belakang kampus. Dari depan pintu pak guard hostel, sampailah ke celah tandas. Punyalah excited nak mengabadikan gambar korang dengan jubah konvo dan topi konvo kan! Kalau bajet tak seberapa macam Pojie, pakai jelah photographer yang pihak universiti dah sediakan. Bergambarlah dalam studio berlatarbelakangkan buku² library katanya, yang dulu mati² aku ingatkan buku betul². Hahaha!


Memori yang best, bila dapat bergambar kenang-kenangan dengan teman² tersayang. Yelah lepas nih dah masing² akan membawa haluan masing², dengan kerjaya dan keluarga masing². Jadi ambillah gambar ramai² yang mungkin gambar terakhir, kalau umur tak panjang nak mai reunion. Tapi sini Pojie just nak tayang gambar Pojie dengan Nurul Syuhada Nurul Ain, pengacara Majalah 3 tuh. Dia memang kawan Pojie since dari study dulu. Penari jugak macam Pojie. Kelas pun banyak sama. Fakulti sama, course jer berbeza. Pojie amik Biologi Marin dan dia pula Sains Samudera. Kira warga laut jugalah kami nih. Hai, dah jadik bini orang, dulu sempat skandal gitu² jer. Opps ;p

Hai macam² jugalah pengalaman dan kenangan masa berkonvo dulu. Pojie merupakan batch ke-4 konvo dengan nama KUSTEM. Lepas tuh next year tukar nama UMT. Tak sempat kami nak pakai nama baru. Masa Pojie 1st, 2nd, dan 3rd year, gigih juga Pojie terlibat dengan pesta konvo, kumpulan koir konvo, penyanyi dan penari masa makan malam konvo, tiba hari Pojie diraikan, rasa sungguh bertuah. Pendek kata konvo memang bestlah! Bak kata Fauzi Nor, konvo best bila 1st time, dapat 1st class pulak tuh, dapat jambangan bunga dari teman² dan photoshoot. Tapi bagi Pojie, selain dapat menggembirakan hati kedua orang tua Pojie, perkara paling best pasal konvo apabila kita sama² dapat berkonvo dengan kedua orang tua kita, kaoo mampooo??!

Metro Ahad: 2 Oktober 2011

Best kan keluarga ini. Sama² study, sama² exam, then sama² konvo. Antara impian Pojie lepas berumah tangga nanti. Pojie nak sambung study setakat mana yang termampu. InsyaAllah masih mengintai² peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang Master dan selepas itu PhD. Mana tau masa sambung tuh rezeki anak² dah besar, maka boleh konvo sama² dengan anak. Sebagai dorongan kepada anak² juga untuk berjaya walau apa pun usia. Mesti bangga gila. Tapi kan, kalau time² konvo ada insan tersayang cam tunang ke, suami/ isteri ker mesti sangat best! So, hujung bulan nih insyaAllah Pojie akan turun ke Batu Pahat meraikan si dia #tunangkite yang akan bergraduasi di UTHM. Tahniah buat awak. Dan buat teman² yang akan bergraduasi juga alhamdulillah dan tahniah juga diucapkan. Dan perlu diingat, ia merupakan saat anda untuk menempuh alam pekerjaan dengan lebih 10 cabaran. Jadi Pojie ucapkan...

Selamat maju jaya!

Hanya satu,

6 bicara yang baik hati...: