||| Tercari² |||

Saturday, October 1, 2011

Kisah Pojie dan kembar-kembarnya :)

Salam kawan²,


Orang cakap kat setiap manusia atas dunia nih ada 7 orang muka sama dan 7 orang suara sama kan. Setakat nih suara sama Pojie pernah dengar sekali jer dari seorang teman. Cuma muka sama tuh dah sangat berkali² ok. Jika di tanya apa perasaan Pojie; I AM SO EXCITED! Actually since early this week Pojie rasa cam excited sangat. Sebab apa? Sebab Pojie dah jumpa orang yang muka sama dengan Pojie. Iras². Dalam entri Wordless Wednesday yang lalu Pojie ada memberikan hint kepada korang. Kebetulan sangat, cuma sayangnya Pojie memang nak pakai spek yang sama, cuma terlupa masa hari photoshoot raya tuh.


FYI Pojie memang nak sangat ada kembar so bila ada kembar lain mak lain bapak macam nih memang rasa best sangat! Kalau dapat jumpa sure happening. Hahah. Lebih² lagi kalau kembar tuh comel, dah pasti Pojie pun comel jugak kan. Cuba korang tengok mamat baju merah tuh dan perhatikan sekali imbas, 2 3 kali imbas ke. Kalau korang perasan beliau merupakan salah seorang pengacara Choppp di TV9, Hafiz namanya. Maybe korang boleh tengok lagi dalam album FB. Pada mulanya Pojie macam tak percaya tapi tengok sekali dua kali then I said, "Haah lah, ada imbas² muka aku, cuma dia comel sket dari aku, aku comel banyak." #matilaa statement mintak kasut! Haha.

Selain itu juga baru² ni si bro Eyriqazz ada menemui kembar Pojie di sebuah event. hebat bukan. Hahah. Yang pasti dua² chubby, macam Pojie juga. Dulu masa study ada sorang senior sama muka juga, masing² ingatkan dia abang Pojie, walhal Pojie anak sulung. Banyak lagi kejadian kawan² terjumpa kembar Pojie yer, ada yang terjumpa kat Tanjong Mas, Muar, dalam LRT sampai ke London pun ada. Yang pasti kes itu semua cakap terkejut Pojie berpeluk² dengan awek di tempat awam. Hell no! I'm a good boy ok. Never peluk² anak dara orang. So, sah² bukan Pojie. Haha. Lepas tuh Pojie gatal² pulak try perisian online Pictriev untuk melihat wajah yang sama, tak sangka Pojie memang ada ciri² artis, dan kali ini ada rupa artis omputeh yer, jangan main²...


Kaooo mampooo!

Ada iras² Wilmer Valderrama katanya. Sah² kuat drama nih. Hahah. So dah cukup lah kembar Pojie 6 orang, campur Pojie so dah terkumpul semua 7 orang kembar wajah seiras, so boloeh buat reunion lepas nih ye. Huhu. Pojie try gak main² dengan Pictriev tuh dan tak sangka ayu jugak muka Pojie nih sampai dia ingatkan pompuan umur 23 tahun. Anak dara tuh uols.



Hahah, macam². Walaupun berpuluh² kali ku cuba dengan gambar² lain, result dia cam gampang. Sangat mengarut yer. Sangat²! Tah muka sapa² lah dikatakan seiras Pojie. tak kisahlah janji pojie sangat bahagia bila setiap kali dibuat, dia akan menyatakan bahawa Pojie berusia awal 20an macam kat bawah nih 24 tahun walaupun dah hampir menginjak usia warga emas 30an yer...


Tak kisah la bagaimana rupa Pojie, usia Pojie, alhamdulillah Pojie bersyukur sangat. Bangga tuh adalah juga apabila teman² yang baru kenal ingatkan Pojie berumur 21, 22, 23, alhamdulillah awet muda kata orang. Tapi taklah sampai riak, cuma dalam hati tuh bersyukur dianugerahkan kelebihan ini. 

Alhamdulillah...

P/S: Pojie akan menyaksikan The Secret Life of Nora di Istana Budaya petang nanti atas jemputan Redmummy. Tak sabarnya. Siapa yang dah ada tiket tuh, jumpa di sana!

Hanya satu,

2 bicara yang baik hati...:

ceksumolek's said... Reply To This Comment

masa mula2 tgk gambar si baju merah tu memang ingat pojie.. seiras sgt2.. ^_^ sumi blm pnah lagi jumpa muka yg seakan2 sumi.. tapi kwn sumi pnah nmpak org serupa sumi.. teringin jgk jumpa kembar nihh.. hehee

Umar Kadir said... Reply To This Comment

Interesting!!! Tapi kalau jumpa kembar mesti kita rasa macam clone.. haha. Ps; kalau terserempak di IB tegur2 ya!