||| Tercari² |||

Tuesday, October 25, 2011

Wajarkah Menjemput EX Di Majlis Perkahwinan Kita?

Hello kawan²,

Urm, semakin hari semakin berdebar² rasanya di hati ini. Bermacam² perasaan. Sekejap gembira, sekejap emo, sekejap sayang, sekejap menyampah. Kadang² geram, kekadang pitam. Bermacam² dugaan, baru dugaan dalaman, lom masuk dugaan luaran lagi. Hui, pening kepala woo. Apa² pun kita nak ucapkan tahniah yang tidak terhingga kepada pasangan pengantin baru Chearmster dan Hanalovenest yang baru saja melangsungkan perkahwinan baru² ini. Rasa²nya mereka nikah dahulu kot, majlis kemudian. Baguskan macam tuh dahulukan yang wajib dulu. #untunglaa dah ada roomate baru leh peluk² time tido, leh manja² time tengok TV kat umah, leh masak sesama kat dapur. Aku juga yang masih berkira² hari... Urm, oklah semoga mereka berbahagia. Lepas nih Pojie dan #tunangkite menyusul pula. So kali ini Pojie ingin berkongsi topik yang agak panas buat teman² pembaca semua;

Wajarkah menjemput bekas pasangan di majlis perkahwinan kita?


Jeng jeng jeng!!!

Yela mungkin ada yang berpendapat, "Yang lepas tuh lepaslah". Yup, betul tuh. tapi tak semua yang lepas tuh boleh lepas begitu sahaja. Kadangkala ada yang tersimpul setelah terputus, yang tersimpul masih di situ, so macam mana? Tak semua orang memiliki pandangan yang sama. Tak semua perhubungan itu berakhir dengan happy ending. Kadang² luka tetap berbekas sampai bila². Beruntunglah buat anda yang masih berkawan dengan bekas pasangan tanpa menyimpan apa² perasaan. Tahniah! Pastinya akan menjemput beliau di hari berbahagia anda kan. Tetapi buat bekas pasangan yang dijemput pula berhati². Setiap undangan itu bukan semuanya ikhlas ok. Tertarik dengan artikel di bawah ini. Mungkin anda boleh klik di gambar untuk tatapan lebih jelas.

Pancaindera; 2 Oktober 2011

See... Kadang² orang yang menjemput itu sekadar berbahasa. Kata orang taklah nampak sangat bermusuh, tapi sebenarnya sekadar ajak² ayam. Cemana tuh? Silap² tak pengantin (dan pasangan) turn off atas pelamin, atau ex itu yang sentap nanti. Better not la yer. Kirim jela wakil berserta hadiah. Kirimkan sekali doa agar mereka berbahagia. Tak payah gedik² nak datang siap menepung tawar bagai. Pengantin pun kalau rasa ragu², kene fikir dua tiga kali juga kalau nak menjemput bekas pasangan tuh, selain mengingati benda² penting untuk jemputan majlis perkahwinan nanti, hati kita dan pasangan perlu dijaga juga. Tapi setidak²nya, jemputlah keluarga atau kenalan rapat bekas kita tuh, biarlah ada bahasa kata orang tuh. Tapi kan, kalau dah sampai keluar hashtag #DialogBilaJumpaEx, agak² ada harapan tak untuk ex tuh mendapat kad jemputan kalau lagu nih?


Harapannnn!!!

Hanya satu,

7 bicara yang baik hati...:

Solihin Zubir said... Reply To This Comment

yeah! aku setuju dgn kenyataan irma hasmie.. dan aku pun takkan jemput ex aku.. bikin spoil saja!

rencah kehidupan said... Reply To This Comment

Jemput aje...Atas dasar sahabat.
dia nak datang @ tidak terpulang pada dia.
Daddy adando dulu jemput aje..
tapi tak perasan pula dia dtg atau tak sebab BZ..
lagipun terimalah hakikat yang tuhan sudah menentukan siapa jodoh kita....

adando.blogspot.com

attyfir said... Reply To This Comment

memula kty nak komen..jemput je ler..nak dtg ke nanti ex kita terpulang ler pada dia..

tp kan masalahnya ..masa kty kawin..idak pun kty jemput ex kty..hahhaha..siap masa nak nikah,nikah gantung dulu, rahsia..sedara, bff je yg tau..takut kena buatan org..hhuhuuhuhuu

Zuraini said... Reply To This Comment

err.. raseye x payah la kot. kang tetbe berubah hati kt partner sndr x pasal2 je. haha

alexayussida said... Reply To This Comment

hurm..betol gak kenyataan irma tapi ape salahnya jemput..nak dtg,dtg jela..xnak sudee..hee

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said... Reply To This Comment

Aku pernah tulis lebih kurang begini kat blog.

Kawan aku jemput EX dia datang.
Tapi EX dia tak sanggup nak datang. Ada je yang EX sanggup datang, tapi masing2 buat muka tegar. Tak pasal2 muka pengantin birat XD

Mrs Z said... Reply To This Comment

Pernah ada pengalaman ni... :) Kita kawin,jemput dia,dia datang.. Dia kawin,jemput kita, kita datang siap bawa anak n pasangan.

Sesetengah mungkin boleh terima dan ada yg tak boleh terima.. Yang boleh terima tu tak salah datang jika dijemput..