Salam Pojiepeeps,
Erm, seminggu juga Pojie mengambil masa untuk mencoretkan pengalaman serta keterujaan Pojie menyaksikan pementasan terhebat tahun ini dari Enfiniti Vision Media iaitu The Secret Life Of Nora. Jika sebelum ini Pojie ada memberikan sedikit hint tentang cerita ini malah pernah pergi audition kini barulah berkesempatan menyaksikan pementasan yang hebat ini. Terima kasih kepada Redmummy, @namqulida dan Eidham Yusoff atas tajaan tiket² sehingga dapat membawa teman² sekali kerana lambakan tiket kepada pojie di saat² akhir. Terima kasih banyak². Sebuah produksi yang sangat hebat di Malaysia selepas Puteri Gunung Ledang The Musical dan juga P. Ramlee The Musical.
Cerita dwi-bahasa ini mengambil latar masa 60an di mana tatkala itu seorang wanita, primadona kabaret Kelabu Malami bernama Nora menjadi pujaan setiap insan. Watak Nora hidup di tangan produser pementasan ini sendiri iaitu Tiara Jacquelina. Nora mempunya manager bernama Khatijah (Adibah Noor) dan pembantu bernama Betty (Stephanie Van Driesen). Pembukaan pementasan ini sangat gah malah boleh diumpamakan seperti Moulin Rouge, apabila bermula dengan lagu Tiru Macam Saya dan Siapa Dia dengan gubahan Roslan Aziz. Apa yang boleh dikatakan, pembukaan yang sangat meletop!
The Secret Life Of Nora ini diarahkan oleh Steven Dexter, seorang pengarah produksi broadway West End yang berpengalaman menjadikan keseluruhan jalan cerita ini sungguh menarik. Dah lama rasanya tak menonton cerita Melayu sebegini. Plotnya rapi dengan setiap skrip ada unsur² humor penuh hiburan.sesaat bermulanya Nora sebagai primadona kelab malam sehinggalah kepada babak terakhir, Nora menjadi agen pengintipan dalang yang dilakukan oleh Mr J Heart (Aznil Nawawi).
Kehadiran seorang pelakon broadway antarabangsa Ryan Silverman sebagai agen Roger Foss, pelatih pengintip wanita menjadikan cerita ini cukup segala rasa. Disajikan dengan seorang hero yang tampan dan dari segi nyanyian, beliau memang hebat. Bersama²nya adalah Farouk (Tony Eusoff) sebagai agen perisik memang cukup membanggakan. Keletahnya bersama² Khatijah cukup menghiburkan. Tak kering gusi dibuatnya. Ada a few scene yang melekat di minda di mana Nora yang selama ini berfikir berlatih di dalam kem askar demi untuk menjiwai watak sebuah filem lalu terjatuh cinta dengan Roger, tetapi patah hati apabila mengetahui perkara sebenar. Lebih mengecewakan sewaktu Nora menerima berita tentang pemergian Betty ke New New World club milik penjahat, Mr J Heart. Nora menyanyikan lagu "Layakkah Aku" ditemani sekumpulan choir-like back-up singers. That was dramatic.
Atara babak yang menarik apabila mula menjalin cinta bersama Roger di dalam hutan dan melagukan "A Twinkle In The Dark" dengan penuh syahdu dengan efek kunang². Paling asyik apabila pasangan ini 'terbang' di awangan ketika melagukan lagu² cinta. Best sangat! Adibah Noor turut melagukan "Kalau Hati Dah Terpaut" dengan aksi² yang melucukan.
Tidak keterlaluan jika ingin mengatakan bahawa bahagian pertama lebih baik jika dibandingkan dengan bahagian kedua apabila Nora sebagai seorang agen pengintip mula beraksi. Mungkin bahagian kedua banyak menerapkan aspek aksi dan keselamatan sehingga dirasakan momentum hiburan untuk bahagian ini dirasakan berkurangan. Ia tidak digarap dengan cemerlang. lebih² lagi pada babak akhir yang seperti terlalu cepat habis. Malah watak Mr J Heart lakonan Aznil Nawawi tidak dikembangkan dengan baik. Malah kejahatannya tidaklah sejahat mana sehingga terpaksa menggunakan Nora sebagai perisik. Malah, saya mengandaikan ada gajet² perisikan yang hebat sebagaimana filem Nora Zain, melarat sama sekali. Gajetnya hanyalah gincu sebagai alat komunikasi. Mungkin jika ingin dibuat sekali lagi pementasan ini, bahagian kedua perlu juga diberikan penekanan sama malah lebih lagi dari bahagian pertama, agar penonton lebih teruja untuk mengetahui kesudahan cerita ini.
Apa² pun Mr J Heart berjaya di tangan Aznil Nawawi yang pelat R menjadi W. Maka NORA menjadi NOWA. Cuma mungkin Aznil sedikit terikat dengan gaya Prof Klon dalam Cicakman. Watak pembantu Mr J Heart, Sharif (Aaron Khaled) wajar diberikan credit menjadikan jalan cerita ini bertambah meriah. Tipu muslihat malah alunan langkah dan lagu tanggo nya membuatkan wanita² terperangkap di dalam kejahatan Mr J Heart termasuk Betty. Stephanie Van Driesen yang memegang watak betty sangat adorable. Ia diumpamakan seperti Ugly Betty yang ingin mencapai cita². Beliau sebenarnya cantik dan sangat lunak melagukan "Kaukah Yang Menulis". Difahamkan Onn San, seorang komposer tempatan yang meningkat naik, diberikan tanggungjawab untuk mencipta lagu-lagu untuk muzikal dan Roslan Aziz bertindak sebagai pengarah muzik. Gabungan ini menjadi kerana material lagu yang dimainkan mempunyai identiti lagu muzikal yang sebenar.
Keseluruhan pementasan The Secret Life Of Nora ini Pojie memberikan 4 bintang. Mungkin Pojie boleh memberikan lebih lagi andai bahagian kedua lebih smooth, overall TERBAIK! Dengan set setinggi 3 tingkat menjadi indah dan senang untuk berubah latar tempat, semuanya dibuat dengan baik sekali. The Secret Life of Nora selayaknya diangkat sebagai sebuah muzikal WAJIB TONTON. Anda masih berpeluang menyaksikan pementasan yang bermula dari 29 September lalu dan akan berakhir pada 16 Oktober. Maklumat lanjut lawati FB The Secret Life Of Nora Rasa tak puas menyaksikannya, mungkinkah akan menyaksikannya sekali lagi?
Mungkin...
Review lebih lanjut;
Hanya satu,
4 bicara yang baik hati...:
nak tengok lagiii!!
macam syok je...waaaa bila tah kite nak tgk..x penah g sana pun...huhu
jeles2...nak tgk jugak
tak ajak pun
hehe
agak2 ade tiket lagi tak??huhu
pelakon2 dia memang dah hebat, jadi memang boleh agak teater ni akan awesome!
Post a Comment