||| Tercari² |||

Monday, October 3, 2011

Nuffnang Premiere Screening; Dream House

Hello Pojiepeeps!

Alhamdulillah setelah sekian lama tidak mendapat invitation dari Nuffnang, pada 26 September 2011, Isnin minggu lepas Pojie telah diberikan peluang sekali lagi olehnya untuk menghadiri premiere screening di GSC Midvalley, cerita Dream House. Pojie pergi dengan seorang teman. Excited sangat nak tengok filem nih sebab ingatkan filem hantu seram, tapi tak seram pun.


Oklah citer dia mengisahkan Will Atenton (lakonan Daniel Craig) baru berpindah ke rumah baru bersama² dengan isterinya, Libby (Rachel Weisz) dan dua orang anak perempuan mereka. Pada awalnya kehidupan mereka agak menyeronokkan berada di rumah baru yang merupakan rumah impian, dream house untuk mereka. Tetapi hari ke hari kehidupan mereka anak beranak diganggu oleh seorang lelaki yang disangkakan pembunuh dan cuba untuk menggugat kebahagiaan mereka. Demi untuk menyelamatkan ahli keluarganya dari diganggu, Will telah cuba untuk menyiasat sendiri semua perkara yang berlaku sehingga membawa kepada misteri rumah yang didiami mereka sebenarnya adalah tempat kejadian sebuah pembunuhan ngeri anak beranak beberapa tahun yang lalu. penuh teka teki yang cuba dirungkaikan oleh Will termasuklah dengan layanan jiran² terhadap mereka. Kenapa mereka bersikap dingin dan kehadiran budak² nakal yang menganggu rumah mereka

Mereka menyangkakan bahawa pembunuh yang telah membunuh ahli keluarga di rumah itu sedang cuba untuk membahayakan keluarga itu, tetapi Will tetap cuba untuk menyelidik sedalam²nya. Selidik punya selidik kemudian terungkai lagi satu bahawa dialah seorang pesakit mental yang baru keluar dari hospital sakit jiwa atas tuduhan membunuh ahjli keluarganya sebelum itu Rupa²nya selama ini dia hidup di dalam fantasi, rumah impian dia pun bukan seperti yang dilihat. Dan rumah itu dihuni oleh hantu isteri dan anak-anaknya itu yang tidak tenteram. Agak pening juga nak menerangkan kisah dia nih tapi memang twist dia di akhir cerita memang best walaupun pada separuh pertama filem ini agak slow dan membosankan. Bagaimanapun, pengahayatan pelakon utama Daniel Craig dan Rachel Weisz memang membuatkan kita tertipu pada awal cerita ini. 



Pengakhiran cerita ini agak emosi apabila Will terpaksa meninggalkan isteri dan anak²nya di rumah itu. kenapa dia tinggalkan? Tengok sendiri [trailer]. So, kalau nak tahu pengakhiran cerita ini dengan lebih lanjut pergi menonton di pawagam-pawagam berhampiran anda ok. Cerita yang berunsurkan seram psiko ini khas buat anda yang gemar berfikir. Pojie boleh memberikan 3 bintang kepada keseluruhan cerita ini yang telah pun berada di pawagam pada 30 September 2011 lepas. Cepat² saksikan filem ini buat anda yang gemarkan filem bergenre ini.


Adios!!!

Hanya satu,

4 bicara yang baik hati...:

Edy Ramanov said... Reply To This Comment

best ke citer dia pojie? cam citer seram jer.

Mah@mahu said... Reply To This Comment

Cite ni ok lah byk main psychology yg kita sendiri tak sangka.. dan kadang2 jalan cerita agak slow namun best gak.. aku bagi 2 bintang....

madammondoq said... Reply To This Comment

nice review.. i pun tak perasan u haritu.. sbb baru kenal muka u kat sini.. hehe..

Bro Framestone said... Reply To This Comment

wah.. untung la nuffnang sayang