Salam Pojiepeeps,
Mungkin tidak terlewat lagi untuk Pojie mewarwarkan kepada teman² di luar sana, yang mempunyai Twitter, terutamanya yang telah follow @Pojiepooh untuk datang dan memeriahkan #OctTwtFest ini [KLIK]. Kalau sesiapa yang tak tahu nak buat apa Sabtu ini, anda digesa untuk datang ke Digi HQ, Shah Alam untuk #OctTwtFest ini.
Mesti korang tertanya² apa mende nih kan? Ia merupakan gathering pengguna² Twitter (tweeples) sebagaimana gathering² blogger dan lain² tuh. Korang dapat bersua muka dengan teman² yang selama ini korang borak² di Twitter, dapat merapatkan hubungan dan membina network social yang lebih meluas. Malah bukan setakat gathering saja² tapi juga merupakan sebuah pesta ala² jom heboh di mana pelbagai aktiviti dan booth² akan dibuka ketika berlangsungnya program ini. Artis² juga akan hadir dan membuat persembahan tau! Jadi, ambil peluang ini untuk beramah mesra dengan mereka :)
Antara misi yang akan cuba dicapai semasa #OctTwtFest ini adalah:
- Untuk mengumpulkan sekurang²nya 1,500 tweeples.
- Untuk memecahkan rekod dunia, Guinness Book of Record (yang dipegang oleh seramai 1,935 tweeples di Detroit).
- Untuk unlock Epic Swarm Badge (melebihi 1000 check-in di sebuah tempat).
Jadi Pojie serta komiti #OctTwtFest berbesar hati menjemput korang semua untuk menjadi sebahagian daripada sejarah ini. Mari ramai² kita ke sana. Bawa semua kawan² yang ada twitter ke sana. Bawa mak abah, atuk nenek, sedara mara semua ke sana. Suruh mereka buat akaun twitter dan boleh buat RSVP [KLIK]. Setakat ini seramai 2406 telah pun membuat reservation. Kalau nak menempah/ membeli baju rasmi pun boleh di Zicco, yang juga akan menjual pada hari tersebut.
Insyallah Pojie akan berada di sana sehingga lewat petang. Jadi untuk Pojiepeeps yang ingin bertemu Pojie, silalah datang ke sana ok (#bajetretis). Pada awalnya Pojie akan cuba untuk membuat beberapa cenderahati buat teman² yang menyapa Pojie esok, tetapi tidak berkesempatan. Tahun depan mungkin. Haha. Maaf sangat yer. Jadi sekali lagi Pojie menyeru teman² sekalian, marilah ke #OctTwtFest untuk merasakan kehangatannya.
OctTwtFest akan diadakan di:
DiGi Telecommunications Sdn Bhd,
Lot 10, Jalan Delima 1/1
Subang Hi-Tech Industrial Park
40000, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
GPS: 3.0689098253134692, 101.56967639923096
22 Oktober 2011
3 petang - 12 tengah malam
MASUK PERCUMA!
Jumpa di sana!!!
Hanya satu,
3 bicara yang baik hati...:
insyAllah
;)
Jumpa Esok ! Thanx kongsi video tu. Dapat gak tengok pasal OctTwtFest kat astro >_<
@mr.syazwan Buat Twitter dulu yer ;p
@Hanim Mahali No problem. See ya!
Post a Comment