||| Tercari² |||

Saturday, October 15, 2011

Siapa Dia? Adibah Noor? Zainab Majid?

"Siapa siapa itu, yang memandang pada aku,
Hatiku terharu teringat kau selalu..."

Assalamualaikum semua. Itu merupakan intro kepada lirik lagu Siapa Dia. Sebuah lagu cabaret style yang menjadi kegemaran Pojie. Liriknya yang cheeky dan melodinya yang simple. Hah, korang dah pernah dengar versi Tiara Jacquelina kan? Siap ada videoclip lagi. Juga dah menyaksikan di atas pentas The Secret Life Of Nora kan? Jadi kali ini Pojie nak berkongsikan kepada anda Siapa Dia dalam pelbagai versi. 


Versi mula² sekali yang membuatkan Pojie terjatuh hati adalah versi Adibah Noor. Pertama kali dengar Pojie dah jatuh hati dan membayangkan ia dibawa ke pentas teater, tak sangka ia betul² terjadi sekarang, cuma dengan versi yang lebih catchy. Suka idea videoclip ini menggunakan Adibah Noor sebagai pelakon² di dalam videoclip tersebut, manakala penyanyi di digantikan dengan Mislina, seorang pelakon berbakat. Jom saksikan betapa cute Adibah Noor dalam videoclip nih,


Versi kedua, yang merupakan versi asal sebelum ia dinyanyikan oleh Adibah Noor dan Tiara Jacquelina, ialah dari seorang penyanyi lama bernama Zainab Majid. Urm, Pojie kurang periksa siapakah beliau tetapi style beliau  agak lebih santai berbanding kedua² penyanyi kemudiannya. Kadang² nak tergelak pun ada bila mendengar cara nyanyian dulu². Jom layan versi asal zaman dulu², nak nyanyi sama² pun boleh sebab ada lirik dia.



Siapa siapa itu
Memandang pada aku
Hatiku terharu
Teringat kau selalu

Siapa siapa itu
Yang memandang pada aku
Ah hati rasa terharu
Bimbang rasa selalu
Gelora dalam kalbu

Renungan dari matamu
Meresap di jiwa aku
Pandai kau berlagak
Sungguh kau bijak

Sasa hatiku tergoda tertawan
Bila melihat wajah rupawan

Hatiku jiwaku kini tertawan
Gembira hati rasa bila bahagia tiba
Hidup bersatu kasih berpadu
Kekal abadi sehidup semati

Rasa hatiku tergoda tertawan
Bila melihat wajah rupawan


Best kan! By the way nanti dulu! Pojie ingatkan hanya versi itu saja yang ada, rupa²nya ada lagi versi yang lebih asal katanya. Iaitu Ina Mina Dika nyanyian Kishore Kumar di dalam sebuah filem hindustan tahun 1957, Asha. Lama tuh uols, lagu time² kita sambut merdeka dulu. Huhu. Jom layan walaupun tak faham!


Jadi...
Mana satu paling best?
Me? Of cos Kak Dibah kiter :)

Hanya satu,

2 bicara yang baik hati...:

ayie said... Reply To This Comment

ouh banyak version upenyee..ehe

Pojiepooh Abdullah said... Reply To This Comment

@ayie Yup tapi kak dibah juga pujaan ku