||| Tercari² |||

Tuesday, October 11, 2011

Musim EXAM. All the best!!!

Salam kawan²,

Exam exam exam! Mesti ada di antara teman² pembaca sekarang nih sedang bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran sebab nak exam. Ada juga sekarang yang sedang exam. Tak kisah la apa juga exam, penilaian, peperiksaan yang anda amik, hatta ujian memandu sekali pun, all the best Pojie ucapkan


Pojie bab² exam nih dah berkurun ditinggalkan. Sebab tuh kalau menghadiri sebarang temuduga yang memerlukan exam segala nih Pojie lemah sikit. Otak dah berkaratlah katakan. Huhu. Lepas tuh gigih jugaklah setiap tahun apply SPA dan KPLI segala, study molek ni, buat dah betul dah tapi setakat itu jela. Apply-amik exam, apply-amik exam. Bertahun² tak juga sampai rezeki Pojie. Putus asa juga dibuatnya. Urm, takpelah kita perlu percaya pada rezeki dan ketetuan dari Allah betul tak? Tak dapat kita cuba lagi, dan lagi sampailah kita berjaya.

Hah, begitulah juga buat adik² kita yang sedang menduduki peperiksaan Penilaian Menegah Rendah atau PMR. Pojie amik dulu tahun 1999. Cuba kira berapa lama dah tuh? Alhamdulillah, berkat kegigihan serta doa ibubapa dan guru², dapatlah juga Pojie 6A 2B. Tak banyak mana pun. B tuh pun sebab dulu sangat tak suka sama cikgu Sejarah dan Geografi yang pada Pojie agak memilih kasih terhadap murid²nya. Hah, rasakan. Kalau sayang sama cikgu tuh, study bebetul mesti dah 8A tau.Takpe pengalaman semua tuh. Yang pasti mak abah la paling bangga bila anak dia yang bebal Math nih boleh gak dapat A, dengan Sains sekali. Alhamdulillah...

Lepas budak² PMR abes periksa, budak² tingkatan 5 pula akan mengambil alih dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau lebih dikenali sebagai SPM. Oh, terkenang masa Pojie amik SPM tahun 2001 dulu, abah akan hantar Pojie pergi dan balik sekolah demi menjaga keselamatan anaknya yang akan mengambil peperiksaan. Lagipun dia sangat memahami kegalauan hati Pojie setiap kali nak exam, so dengan cara tuh dia dapat membuatkan hati Pojie rasa sikit tenang. Dan oleh sebab masa tingkatan 4 dulu duk honeymoon, maka sesuailah dapat 3A jer masa SPM. Tapi alhamdulillah, Add Math, Fizik, Kimia dan Biologi semuanya dapat credit. Tough to subjek sains untuk orang yang bebal macam Pojie. Haha.

Pengalamn exam ini diteruskan sehinggalah Pojie masuk matriks di Kolej Matrikulasi Johor dan di UMT (dahulunya dikenali sebagai KUSTEM). Semuanya memberikan 1001 pengalaman pahit manis dan macam² lagilah. Yang penting perlu diingat adik² semua; "Setiap kejayaan itu bermula dari usaha yang berterusan". Yelah, tak boleh la minggu depan nak exam baru nak study, memang harapanlah (read: jangan harap) nak score kan. Ia perlu bermula seawal kita membuka buku dan mendengar pengajaran yang disampaikan oleh pengajar, diikuti dengan ulangkaji dan latih tubi, dan yang akhir sekali doa kepada Allah, insyaAllah kejayaan pasti kamu miliki. 1 lagi, kalau boleh janganlah bercinta semasa belajar, silap² bercinta buku ke lain, kuliah ke lain, cinta juga di tatang, end up FAILED! Tak nak kan? Cuba isikan maas dengan study, bercinta lepas² grad dah dapat keje best barulah boleh fikir, ok!


Muka happy lepas abis last paper untuk final exam, final year.

Oklah cukup kali ini Pojie berkongsi kisah silam, memberi sedikit iktibar dan pesanan, agar kalian semau menjadi lebih baik dari Pojie. Berjaya di dunia dan akhirat, tanpa mengulangi kesilapan yang telah Pojie lakukan! Dua orang adik (dan bakal adik ipar) Pojie si Syafiq dan Fadli, tah macam manalah korang menjawab PMR ek. Hope semuanya berjalan dengan lancar. Kalau berusaha, insyaAllah berjaya.

Selamat maju jaya!

Hanya satu,

3 bicara yang baik hati...:

DanieL AdiE said... Reply To This Comment

Alhamdulillah..dh lepas sume tu 4 da time being...

NOVA said... Reply To This Comment

gd luck yee.... dah lepas exam takda la pening kepa lg... :) salam kenal from nova ^_^

.::WaNiE::. said... Reply To This Comment

peh peh emsem pojie zaman dedulu hahaha