||| Tercari² |||

Thursday, October 20, 2011

Sneak Peak; Paranormal Activity 3 #PA3


Hi Pojiepeeps,

Pada hari Selasa baru² ini bertempat di GSC Midvalley, Pojie telah diberi kesempatan oleh ChurpChurp untuk menyaksikan filem Paranormal Activity 3. Terima kasih banyak² atas kesempatan itu. Ia merupakan sebuah filem bergenre seram, yang tiada kesinambungan dari filem Paranormal Activity 1 dan 2 langsung [Lihat PEMBETULAN]. Perlu diingat tiada kaitan langsung. Yang pasti Paranormal Activity 3 lebih hebat daripada kedua² filem sebelum ini. Tidak perlu meleret², mesej seram yang cuba disampaikan di dalam filem ini memang tepat pada sasaran.

Ia mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang baru berpindah ke sebuah rumah. Kemudian adik kepada isteri tersebut datang ke rumah untuk membantu juga menumpangkan beberapa kotak ke dalam bilik bawah tanah rumah itu. Kisah bermula apabila suami isteri tersebut mula mendapati bahawa kotak2 tersebut hanyalah diisi dengan pita VHR isteri dan adiknya ketika kanak², sekitar tahun 1988. Kisah rakaman seharian mereka yang dilakukan oleh teman lelaki ibu mereka (Julie), Dennis yang obses dengan kamera video, sehingga meletakkan kamera video di beberapa ruangan di dalam rumah. Kamera video diletakkan di dalam bilik utama (tempat tidur Dennis dan Julie), bilik tidur anak² Julie dan juga di ruang tamu. Dennis menjadi terlalu obses untuk merakamkan kehidupan mereka, keadaan rumah mereka lebih² lagi apabila dia mendapati ada keganjilan di dalam rumah yang baru mereka duduki itu dengan pelbagai bunyi. Bunyi² yang berlaku setiap hari, lebih² lagi di waktu malam, tanpa sebab. Bukan itu sahaja, malahan Kristi didapati berbual² dengan seseorang yang tidak kelihatan.


Pada awalnya mereka menyangkakan bawaha Kristi berbual² dengan teman khayalannya sahaja, tetapi mereka tersilap apabila rakaman menunjukkan ada kelibat lain di dalam rakaman itu. Malah "teman kahayalan" Kristi bertindak dengan ancaman. Satu persatu kehadiran entiti itu diketahui oleh Dennis. Tetapi teman wanitanya tidak mempercayai sehinggalah entiti itu betul² menganggu mereka sekeluarga dengan pelbagai cara sehingga si ibu percaya lalu membawa mereka semua ke rumah neneknya. Di sana mereka mengharapkan sedikit ketenangan tetapi tidak kerana entiti tersebut turut mengikuti mereka. Rupa²nya nenek kanak² tersebut adalah ahli sebuah kumpulan yang membuat pemujaan lalu membunuh Dennis juga isterinya. Tamat...


Urm, compare dengan kedua² filem Paranormal Activity sebelum ini, Paranormal Activity 3 terbaik! Kerana jalan cerita yang tidak meleret², malahan juga tidak memerlukan masa yang sangat lama, berhari² untuk entiti itu menunjukkan kehadirannya. Sememangnya setiap saat di dalam panggung dirasakan cukup menderitakan jiwa, kerana pastinya akan berlaku sesuatu perkara yang membuatkan kita gugur jantung. Honestly speaking memang best. Setiap masa cuba untuk menutup muka walaupun tahu entiti itu tidak menunjukkan wajah, tetapi cara kehadiran dengan kesan bunyinya sangat berkesan. Tetapi jika diperhatikan kepada trailer, macam terlalu banyak babak yang dipotong. Tak pasti adakah ianya dipotong semata² kerana tayangan di Malaysia atau pun kerana sebab² lain. Maka cerita ini durasinya tidaklah sampai mencecah 2 jam. Rasanya 1 jam 30 minit pun tak sampai. Buat penggemar filem seram, Paranormal Activity ini terbaik untuk anda. Dah mula ditayangkan pada hari ini, cepat dapatkan tiket² di pawagam yang berhampiran anda.


Selamat menonton!


PEMBETULAN:
Disebabkan semasa PA1 dan PA2 Pojie lebih banyak tidur dan kurang penghayatan untuk kedua² filem tersebut maka Pojie tak dapat cam yang PA3 prequel daripada filem² sebelum ini, maka watak² Kristi dan Katie juga adalah sama sehingga merka dewasa seperti yang telah dinyatakan oleh @NurElyani dan @aireenashazwani melalui Twitter mereka. Terima kasih di atas informasi tersebut. 



P/S: Terima kasih juga kepada Syafiq Ahadin yang telah memberi 2 lagi tiket beliau dari Nuffnang, dan Pojie memberikannya kepada GadisHanim dan NurElyani kerana takut kerugian nanti. Terima kasih juga buat #tunangkite yang sudi menemani :)


Hanya satu,

7 bicara yang baik hati...:

Syafiq Ahadin said... Reply To This Comment

oh, dah dapat tiket pula. Hehe! Ye2.
kalau dapat lagi dari nuffy, nak p!
bagus la juga saya tak g tengok, sebab PA1 and PA2 tak tengok lagi.

Unknown said... Reply To This Comment

ni yg nk kne tgk ni pojiepooh!!!!

TQ wat review..

Pen MErah said... Reply To This Comment

poojie, akak xbrani tau nk tgk cite ne.. seram lg2 cte yg boleh buat jantung gugur nk tgk gambar pun mau je sepet2 kan mata. muahahaaaaa

Anonymous said... Reply To This Comment

nk tgok gak lah hehe tiber kann muncul

Pojiepooh Abdullah said... Reply To This Comment

@SyafiQ aHaDin Hahah better tengok 1 2 then baru 3 barulah faham jalan citer dia..

@Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) Ok no rpoblem :)

@Pen MErah Hahah penakut rupanya ;p

Pojiepooh Abdullah said... Reply To This Comment

@Anonymous Pomboley :)

Jumie Samsudin said... Reply To This Comment

Thanks u olls for the review. WILLL PUJUK EN KHAFI UNTUK TENGOK. Dia tak mau galakkan kami tengok cerita antu sebab nanti menyusahkan diaa.....hahahaha