||| Tercari² |||

Friday, May 28, 2010

Facebook & Dosa²...

Salam kawan²..

Siapa kat sini tak kenal FB? Malah tiada FB? Sila senyum, kerana anda mungkin sudah terhindar sedikit dari melakukan dosa tanpa disedari melalui lama web sosial ini... Terdapat beberapa aktiviti di FB yang boleh menyebabkan jatuhnya hukum berdosa pada perbuatan itu.



1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Kadangkala kita menyalurkan rasa kecewa, marah, sedih dan sebagainya sebagai terhadap pasangan masing² di ruangan status. Kemudian ia menjadi medan komentar dan terbuka menyebabkan seluruh teman² mengetahui akan masalah itu dan ini akan menimbulkan keaiban kepada pasangan mereka.

2) Terlebih gambar.
Kebanyakan orang yang mendaftar dengan FB akan meletakkan gambar² mereka serta teman², juga aktiviti mereka. Malah ada juga yang bersifat narcism akan meletakkan gambar² mereka di dalam FB. Tidak terkecuali lelaki mahupun perempuan. Dan apabila dimuat naik gambar² itu pastinya terbit sedikit rasa ingin dipuji maka secara tidak sengaja mereka mungkin akan menonjolkan "kecantikan" yang berlebih-lebihan. Ada peempuan yang tanpa segan silu meletakkan gambar² mereka yang seksi atau membuka aurat, lelaki juga dengan menayangkan badan sasa mereka, ini akan menyebabkan gambar² mereka dieksploitasi, mencetuskan fitnah juga merangsang nafsu. Make sense?

3) Penyamaran.
Terdapat kes di mana ada lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita yang diingini. Malahan juga, dengan penyamaran pastinya anda akan menggunakan gambar orang lain dan ini bisa menimbulkan kekacauan.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Oleh sebab terlalu banyak gambar² peribadi yang menarik dan hot, maka tidak mustahil untuk orang yang melihatnya untuk menyimpan dan menjadi tatapan dikemudian hari dan pastinya bukan untuk tujuan yang baik. Lebih baik disimpan gambar-gambar cute anda, cukuplah ia buat tatapan suami/ isteri sendiri. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda tanpa perlu tamakkan pujian manusia luar, kelak menimbulkan riak di hati...

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini telah disalah guna dan tanpa kita sedari telah mengundang dosa. Ini boleh menjadi dosa, kerana mungkin sebahagian individu dalam gambar itu mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram. Gambar mengaibkan orang lain atau gambar yang tanpa izin tuannya.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan.
Kadangkala kita akan terjumpa teman² lama (mahupun baru) di dalam FB. Maka akan bermulalah sesi mengingati dan mengimbau zaman² lampau. Maka tanpa kita sedari kita akan mengutuk diri kita sendiri, dan menyebarkan keaiban yang dulu. Selain itu mungkin kita juga akan riak dengan diri sendiri, nah apa lagi yang kita dapat dari ini? Pastinya dosa bukan...

Kesimpulannya, apa pun yang kita lakukan tidak kisahlah di FB hatta di blog dan mana² pun ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook. Usahlah sehingga ketagihan dan mengundang dosa.

Love,

6 bicara yang baik hati...:

El-Zaffril said... Reply To This Comment

Terpulang pada macam mana orang menggunakan fb itu sendiri pojie...

flyz said... Reply To This Comment

hu..hu..betul3x..terpulang pada si empunyer tu,klau aku,aku tak mau diri aku aib so konpirm rr tidak sama sekali aku mahu aibkan owg lain.

intanurulfateha said... Reply To This Comment

.delete fb lh cmneh ;p

Blog Eazy Izzuddin said... Reply To This Comment

huhu....
kesimpulannya...
lu pikiak la sendiri..
hik3
xD

Abu Uwais said... Reply To This Comment

masing2 guna fb. jai dpt jumpe ramai kengkwn sekolah sbb fb.. oh ye.. jai terpaksa tukar url blog. ada masalah. ilang semua followers list. so jai folllow balik blog abg

Call me, Eyka said... Reply To This Comment

pojie.....tabikkkk ahh!!