||| Tercari² |||

Saturday, May 15, 2010

Majlis Pembukaan Mo’men Malaysia & Pelancaran Kelab Usahawan UiTM (UiTMXLINK)

Salam Sabtu,

Pada minggu lepas, Khamis, 6 May 2010, Pojie dan Zull telah dijemput oleh Lee Azim untuk menjadi tetamu dalam perasmian Mo'men Malaysia di Seksyen 7, Shah Alam. Majlis pembukaan restoran dari Egypt yang pertama di Malaysia ini turut diselitkan sekali dengan pelancaran Kelab Usahawan UiTM XLink. Dah alang² dijemput menjadi tetamu, Pojie buatlah liputan sekali, walaupun dah seminggu lebih baru nak update kan.




Majlis ini telah dihadiri oleh beberapa orang kenamaan dan VIP yang kebanyakkannya orang kuat Mo'men Group dan UiTM XLink, telah dirasmikan oleh Naib Canselor UiTM; Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar. Mr Muslim Mo'men (founder Mo'men) dari Mo'men Group turut hadir memeriahkan majlis. Majlis yang berlangsung pada pukul 3 petang dan tamat pada pukul 5 petang dengan hidangan makanan dari Mo'men, yang merupakan menu² terbaik dari mo'men.





Walaupun pengurusan majlis yang agak kelam kabut, tiada penyambut tetamu dan kaunter pendaftaran pada mulanya, akhirnya dapat juga dilaksanakan dengan jayanya. Dari segi hidangan, maybe boleh dipertingkatkan lagi. Hidangan yang tidak seragam dan tidak mencukupi membuatkan tetamu terpinga² dan berasa tidak selesa.



Walau apa pun, selesai sudah pelancaran ini bukan bermakna mereka boleh senang hati. Diharapkan mereka dapat memperbaiki mutu servis dan kualiti makanan. Agak sedikit terkejut di sini apabila management bersikap tidak professional, dengan menegur dan bergaduh sesama staf di luar restoran. Ini memberikan imej yang tidak baik kepada Mo'men itu sendiri. Di harapkan agar mereka dapat belajar dari kesilapan. Andai orang luar tidak tahu budaya kita, silalah tunjuk ajar. Jangan sehingga telunjuk mencucuk mata.

Sumber: World Dynamic Venture Sdn. Bhd. [KLIK]

P/S I: Rindu kat Mak, Abah dan adik². Nak hangout dengan mereka di KL. Heaven!

P/S: II: Ohh ya, temporary close my chatbox for a few days. Got work to do . Will be back soon :)

Love,

4 bicara yang baik hati...:

joegrimjow said... Reply To This Comment

rindukan uitm
urmmm

erk
dah balas pojie
;)

Sufi Asri said... Reply To This Comment

makanan mesir tue sedap x?

intanurulfateha said... Reply To This Comment

.bro
.sape yg gado?
.eii x pro lgsung lahh

.huu nk makan lg kt sini
.tatau bile T___T

hencikvirus said... Reply To This Comment

Salam Singgah..Jemput ke blog kalau ada mase :)