||| Tercari² |||

Sunday, May 30, 2010

Alangkah indahnya andai MUZIKAL DALAM KEHIDUPAN ini benar² wujud...



Seringkali Pojie memikirkan, alangkah indahnya jika dunia ini dihiasi dengan dendangan lagu² yang menyentuh perasaan, nyanyian memukau jiwa, mengekspressikan diri melalui nyanyian dan tarian. Seperti di High School Musical, ataupun seperti series pujaan ramai, Glee dan juga puluhan filem dan teater muzikal.





Betapa indahnya dunia. Hidup penuh dengan keceriaan dan lagu². Dan pastinya insan seperti Pojie dan teman² lain yang berjiwa seni, menjadikan nyanyian dan tarian sebagai makanan jiwa (selepas ibadah) akan lebih bersemangat setiap hari. Tetapi impian itu bisa menjadi kenyataan sekarang apabila sekumpulan insan berjiwa halus ini telah merealisasikan impian ini ke alam nyata. Saksikan...






Menarik bukan? Walaupun ia dilihat sebagai pelik, tetapi unik dan tersendiri. I like it! Pada Pojie, video ke2 dan ke3 wajar dijadikan sebagai idea untuk mempromosikan sesebuah kedai, restoran dan mana² tempatlah yang dirasakan sesuai untuk menarik lebih ramai pengunjung dan memberikan keuntungan. Setuju? Dan andai ada yang mengambil idea ini, jangan lupa bagi Pojie komisen atas idea bernas ini. Berapa? Ohhh, komisen dia murah jer, ajak Pojie dan dan menari sama. Make sure ada komposer, penulis lirik dan penerbit filem masa tuh tau. Hahahah, gila glamour.

Jadi, apa pendapat anda???

Love,

3 bicara yang baik hati...:

El-Zaffril said... Reply To This Comment

pojie... kat malaysia dah mula buat kan...

eykameow said... Reply To This Comment

yer , macam cerita kau dan aku kat astro. yang mila af dengan akim af tu..... btw , eyka bru dpt pinjam volume 1 kat mmber. ni pun tak sempat tengok lagi (glee)

Abu Uwais said... Reply To This Comment

iklin digi pun ada org menari jugak. huhu