||| Tercari² |||

Thursday, May 13, 2010

(Anu) Dalam Botol...

Salam,

Hari ini agak kontroversi sikit. Bukanlah pasal entri Pojie nih, tetapi tentang sebuah filem arahan seorang pengarah kontroversi; Raja Azmi yang menjadi buah mulut orang iaitu Dalam Botol akan ditayangkan tidak lama lagi. Cuma tunggu kelulusan FINAS dan queue untuk masuk panggung jela kan.



Pengarah ini pernah popular dengan kontroversi dengan filem Cinta 100 Ela dan novel Cinta 200 Ela (tak boleh blah dulu baca novel dia ada part² yang very der 18SX. Hahaha), sudah beberapa kali menukar tajuk dan skrip filem belliau. Anu Dalam Botol ini mengisahkan tentang seorang nyah (Arja Lee) yang telah membuang alat sulitnya demi memenuhi keinginannya dan keinginan "suami"nya (Wan Raja) menjadi seorang wanita tulen. Konflik tercetus apabila dia mula meminati seorang wanita (Diana Danielle) di kampungnya. Itu yang pojie faham dari coretan ini.



Tak sabar nak menonton filem ini. Diharapkan agar buah tangan dari beliau menjadi la kali ini. Betul² memberikan pendidikan dan pengajaran tentang betapa susutnya akidah dan moral di kalangan masyarakat kita sekarang ini. Betapa sakitnya insan² di luar sana. Betapa kita tidak pernah cuba untuk bersama² membimbing saudara² kita ke jalan kebenaran. Tetapi kita hanya mampu mencaci dan memaki hamun mereka. Semoga cerita memberikan iktibar buat kita. Jom saksikan trailer citer ini;



Teringat citer Bukak Api hasil garapan Osman Ali yang sampai he hari ini tak lulus. Pernah tengok zaman² study dulu, lawak la juga. Tapi bagus sebab kisah suka duka mak nyah dan pekerja seks dan dalam masa yang sama cuba untuk membanteras AIDS. Cuma penceritaan dia yang agak keterlaluan dan kelihatan lucah tak dapat diterima oleh masyarakat ini mungkin. Tak pernah tengok citer tuh? Ada di sini.

P/S I: Pelik bila Malaysia buat cerita yang mempunyai nilai moral dengan jalan cerita sebenar yang agak panas tetapi tak diluluskan. Filem luar, lepas pula. Pelik²..

P/S II: Penat menonton filem Pensil yang ditayangkan di TV3 baru² ini. Bukan penat apa, penat menangis sepanjang masa menonton filem itu. Filem yang bagus tetapi tidak dapat membuka mata ramai pihak di Malaysia. M. Subash bisa jadi pelapis Arwah Yasmin Ahmad selepas Afdlin Shauki.

Love,

16 bicara yang baik hati...:

fq said... Reply To This Comment

hahahhahahahah....
camne la agknye jaln cite ni kn?
mmg betl2 wat kontroversi lah...

Unknown said... Reply To This Comment

tekezuutt aku, rupenyer filem, hehehe! :)

x-po said... Reply To This Comment

kalau tajuk tu yg perempuan punya, blh gak aku nk tgk..wakaka

Cik Lily Putih said... Reply To This Comment

k lily pun tgk citer bukak api tuh. rasa insaf gak lah

j0j0_bdiN@ said... Reply To This Comment

citer ni tak abis2 kontroversi dari dulu~~
pelakon la~`
tukar pengarah la~~

tp nl tgk trailer ni mcm bagus kot citer ni~~
maybe ade la babak2 over sket~~

Matjoe said... Reply To This Comment

ada diana danialle yg pojie tak sabar nk g tgk tu

KiFli MaLLy said... Reply To This Comment

fuh citer buka api tu klu di releasekan mmg kontroversi yg amat....

said... Reply To This Comment

mcm menarik jer jalan citer

miss lolly a.k.a luvfareda said... Reply To This Comment

MMG K0NT0BASI =p

@reltzsensei said... Reply To This Comment

pe yg dlm botol 2 pojie???cm bese tgk jerk??ngee...

Unknown said... Reply To This Comment

makasih dah share

salam kenal dari http://aby-umy.blogspot.com/

kalau ada waktu singah lah ke blog aku?? :)

shrek.ijo said... Reply To This Comment

betol la pojie.bila pengarah malaysia buat cerita lebih kurang aksi luar negara comfirm kena tapis punya..memang sukar nak faham hati orang nih..

pelik2..

CEOMesinTaip said... Reply To This Comment

iva memang xsabar nak tunggu cerita ....dalam botol ni keluar..sebab pada iva cerita2 camni banyak pengajaran..secara xlansung leh buat kita berfikir kedudukan mereka2 ni....rakyat kita ni banyak yg negative dari positive..iva sokong cite2 moral camnie...

CEOMesinTaip said... Reply To This Comment
This comment has been removed by the author.
B L O G D E T said... Reply To This Comment

best ke citer pensil tu?
dex tak nangis pun..naper ea?
cuma tergelak2 n tak faham ape langsung yg dia cakap ;D

Anonymous said... Reply To This Comment

sya tidak melihat filem seperti boleh membawa sumbangan yang besar dalam masyarakat kita di malaysia. maksud saya isitu dalam memberi kesedaran betapa pentingnya kita mensyukuri dan menjaga fitrah insani yang telah di tentukan oleh sang pencipta. bagi saya filem ini tidak lebih dari mahu mencari populariti dan kontroversi yang akan menghasilkan duit & duit.