||| Tercari² |||

Sunday, December 27, 2009

Konsert Bagaikan Sakti

Salam buat teman²..

Sebagai pembuka tirai dekad baru, tahun 2010 yang berbaki 5 hari saja lagi dari sekarang, 2 ikon Malaysia iaitu M. Nasir dan Dato' Siti Nurhaliza akan bergabung membina sejarah keranan dua gergasi seni buat pertama kali iaitu Konsert Bagaikan Sakti di Esplanade, Singapura pada 1 Januari 2010 nanti.



Apa yang menariknya di sini, peminat-peminat penyanyi tersohor, M Nasir dan Dato’ Siti Nurhaliza di Malaysia turut berpeluang untuk menonton Konsert Bagaikan Sakti M. Nasir & Dato’ Siti Nurhaliza secara langsung pada pada hari yang sama jam 8 malam. Pelanggan Astro boleh melanggan Astro Box Office Events (saluran 955) untuk menyaksikan konsert ini hanya dengan harga RM10.00. Manakala siaran ulangan konsert berkenaan pula akan bermula pada 2 hingga 10 Januari 2009 di saluran yang sama. Hebat bukan!

Konsert Bagaikan Sakti M. Nasir & Dato’ Siti Nurhaliza bakal menyaksikan gabungan hebat M.Nasir dan Dato’ Siti Nurhaliza mengalunkan lagu-lagu hebat mereka serta lagu-lagu klasik yang pernah didendangkan oleh seniman terkemuka sepanjang zaman seperti P. Ramlee, Saloma dan Sudirman sepanjang persembahan dua jam tanpa henti.




Meletop!!

Sumber: Budiey.com

Love,

4 bicara yang baik hati...:

Fairuz Selamat said... Reply To This Comment

besttttttttttttttt

kawie2020 said... Reply To This Comment

perrgghhhh... aku memang minat kedua2 tuh.. tp no 1 ct ler... hehehehehe

nuffnang said... Reply To This Comment

this is not blog but only copy & paste materials

farish izaryl @izreez said... Reply To This Comment

nk tgok kt astro kene langgan huhu