||| Tercari² |||

Friday, December 11, 2009

Kisah Solat Para Sahabat Nabi




Solat sahabat-sahabat Nabi saw begitu khusyuk dan nikmat sehinggakan selemah-lemah sahabat pun diriwayatkan sekurang-kurangnya mereka solat 200 rakaat setiap hari.

Kisah 1:

Pada suatu ketika, peha Sayyidina Ali r.a. Telah terkena panah. Apabila cuba dicabut, beliau merasa begitu sakit. Seseorang telah mencadangkan supaya panah itu dicabut ketika beliau sedang solat. Apabila selesai solat, beliau bertanya sudahkah mereka mencabut panah tersebut. Mereka menjawab ya. Apabila ditanya, apakah beliau tidak merasa sakit? Beliau menjawab, beliau sedikit pun tidak merasa sakit.

Kisah 2:

Pada suatu ketika di medan jihad, Nabi telah bertanya kepada para sahabatnya, siapakah yang bersedia untuk menjaga khemah beliau pada waktu malam. Dua orang sahabat telah bersetuju. Seorang bernama Ammar bin Yasir r.a dan seorang lagi bernama Abbad bin Basyir r.a. Pada malam itu mereka telah berkawal. Abbad telah mencadangkan kepada Ammar supaya mereka berkawal secara bergilir. Beliau akan menjaga pada sebahagian malam dan Ammar akan berkawal pada sebahagian malam lagi. Ammar telah bersetuju.

Maka Abbad telah berkawal. Sementara berkawal beliau telah mendirikan solat. Dalam solatnya itu, beliau telah membaca surah Al Kahfi. Seorang peninjau musuh telah melihat beliau sedang solat lalu melepaskan panah kepadanya. Satu anak panah telah kena pada badannya. Apabila melihat beliau masih tetap solat, maka musuh telah melepaskan panah yang kedua. Bagaimanapun, Abbad tetap juga solat. Musuh tersebut melepaskan panah yang ketiga, lalu Abbad memberhentikan solatnya. Apabila melihatkan keadaan itu dan terlihat Ammar yang berada di situ, maka pihak musuh menyangkakan masih ramai lagi tentera Islam yang berkawal di situ. Lalu musuh tersebut telah melarikan diri.

Dengan badan yang berlumuran darah, Abbad telah mengejutkan Ammar yang sedang tidur. Melihatkan badan sahabatnya yang berlumuran darah itu, Ammar begitu terkejut. Ammar bertanya mengapa beliau lambat membangunkannya. Dia menjawab, ketika itu beliau merasa sungguh nikmat dan malu dengan Allah untuk menghentikan solatnya. Tetapi apabila panah yang ketiga mengenai dirinya, beliau bimbang akan keselamatan Nabi saw, maka kerana itulah dia memberhentikan solatnya. Kalau tidak sudah pasti dia tidak akan menghentikan solatnya dan rela mati dalam keadaan demikian.

Lihatlah mutu solat para sahabat. Bagaimana pula dengan solat kita hari ini? Seekor nyamuk pun boleh merosakkan solat kita. Firman Allah yang bermaksud: "Dan neraka Waillah bagi orang yang lalai dalam solatnya." (Surah Al-Ma'un) Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk mengamalkan apa yang kita tahu dan dapat menyampaikannya di antara satu sama lain.

Sumber: Triple M

Love,

10 bicara yang baik hati...:

ezany said... Reply To This Comment

moga2 kita tidak lalai..dan khusyuklah di dlm solat..

sI tEDI said... Reply To This Comment

tazkirah hari jumaat! :)
TQ

Future Protaz said... Reply To This Comment

Ya Allah...betapa lemahnya kita umat Islam pada hari ini ye?huhu

Zuewairy said... Reply To This Comment

Alhamdulillah..leh dijadikan pedoman

Hezesuze said... Reply To This Comment

ermm tu ler pasal....bkn stakat nyamuk jek...bunyi riuh kt luar pun bleh menggangggu ketenteraman kita bersolat...yedok???

xpe yg penting kita solat kan kan...

miera said... Reply To This Comment

Subhanallah..

syukran encik Pooh atas entry yg sgt berguna ini ya??=D

Adam said... Reply To This Comment

malu nyer... kdg2 tengah solat bunyi org buang angin kuat2 pun dah timbul rase nak gelak... kalau kene panah rase dah melalak dah...

Hazzy Ishak said... Reply To This Comment

thanks for the info
moga solat2 kita akan dtg lebih kusyuk dan mendapat kenikmatannya..

Afzainizam said... Reply To This Comment

http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/

Salam dari kami lama tak ziarah blog ni.... keadaan agak sibuk sikit....

sorry ye pojie

ape pun aku suka baaca entry kamu tu....

kyusuk dalam solat.... kang kadang susah gak nak dapat kusyuk dalam solat ni asyik khayal je....

jailanimy said... Reply To This Comment

kalau nak cari barang hilang.. time solat la paling sesuai..
duit 5 sen 20 tahun lepas pun leh ingat