||| Tercari² |||

Friday, December 18, 2009

Salam Maal Hijrah 1431H

'Kita adalah kejadian yg sempurna
tetapi apa yg kita lakukan selalunya tidak sempurna.'




Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
Dan pandangan hatilah yg hakiki,
kalau hati itu bersih..

Lahir satu tarikh tidak dapat dipinta,
Mati satu tarikh tidak dapat ditunda...

Bila mata bertemu mata akan mula rasa kasih.
Bila hati bertemu hati akan mula rasa sayang.
Tapi....bila dahi bertemu sejadah akan terasa kebesaran Allah S.W.T

Menuntut ilmu adalah taqwa,
Menyampaikan ilmu adalah ibadah,
Mengulang2 ilmu adalah zikir,
Mencari ilmu adalah jihad,
(Al-Ghazali)

"Setiap kesulitan itu akan bertambah apabila dihitung-hitung tetapi akan hilang apabila kita tidak menghiraukannya lagi..."

Kalau kita berada di alam tabii yg indah, kita tidak terasa keindahannya, bukan ertinya alam ini tidak indah, tapi jiwa kitalah yg tidak indah..

Sesungguhnya mati jasad kerana roh,
Mati roh kerana tiada ilmu,
Mati ilmu kerana tiada amal
Dan mati amal kerana tiada istiqomah.

Kesedihan itu lumrah. Mengingatinya kembali mungkin tidak akan mampu menyembunyikan luka hidup tetap menilainya semula dengan mata hati berbeza mungkin mampu membuat diri meneruskan hidup dengan tabah.

Ilmu adalah teras kepada ajaran ISLAM, tanpa ilmu manusia akan terseleweng mengikut kehendak akal dan hawa nafsu sehingga akhirnya agama dijadikan mainan.

Agama menjadi sendi.
Pengaruh menjadi penjaganya.
Kalau tidak bersendi runtuhlah hidup
Dan kalau tidak berpenjaganya, binasalah hayat.
Kerana org yang terhormat itu,..
Kehormatannya itulah yang melarangnya berbuat jahat.

Inginkan mutiara selamilah lautan,
Inginkan bahagia tempuhilah penderitaan,
Inginkan kejayaan relailah pengorbanan.
.
Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu sebenarnya terkandung seribu kemanisan... .....

"People will forget what you said, people will forget you did, but people will never forget how you made them feel..."

Live needs sacrifice,
Sacrifice needs fight,
Fight needs courage,
Courage needs confidence,
Confidence determine success,
Success lead us to happiness...

Hidup memerlukan pengorbanan,
Pengorbanan memerlukan perjuangan,
Perjuangan memerlukan kekuatan,
Kekuatan memerlukan keyakinan,
Keyakinan menentukan kejayaan,
Kejayaan membawa kebahagiaan. ..


Hidup tanpa cita-cita adalah mati
Cita-cita tanpa usaha adalah mimpi

Ilmu penyuluh hati yg bersih,
Pengorbanan memerlukan usaha yg gigih,
Natijahnya kejayaan bakal diraih,
Kuntuman senyuman akan tersurih,
Berkat doa kepada yang Maha Pengasih...

Diam merupakan sebuah keputusan hukum
Sebaik baik perkataan adalah yang sedikit
Namun dapat menjadi petunjuk
Keselamatan seseorang terletak pada penjagaan lisannya
Siapa yang manis lisannya pasti akan ramai kawannya

Yang lahir dari hati adalah keikhlasan
Yang datang dari akal adalah kewarasan
Bersatulah hati dan akal
Melawan nafsu yang bakal memusnahkan

Harta yang paling indah adalah sabar
Teman yang paling akrab adalah amal
Pengawal yang paling waspada adalah diam
Bahasa yang paling manis adalah senyum
Dan ibadah yang paling indah adalah kyusuk

Malu daripada lelaki adalah baik
Tetapi daripada perempuan lebih baik
Adil bagi setiap orang adalah baik
Tetapi daripada pemerintah lebih baik
Taubat daripada orang tua adalah baik
Tetapi daripada pemuda lebih baik
Dermawan daripada orang kaya adalah baik
Tetapi daripada orang miskin lagi baik

" Tunjangkan resahmu di dada solat, himpunkan peritmu di genggaman doa, tutupi kekecewaan dgn taqwa, dan nilailah kesucian dirimu melalui keikhlasan hati".

Hidupkan Rasa Bertuhan...
Suburkan Rasa Kehambaan...
Salam Maal Hijrah 1413H..
Dari PoJiePooH

Love,

7 bicara yang baik hati...:

Ejay said... Reply To This Comment

a collection of witty phrases & quotes utk santapan rohani...

what a nice entry.

syukran jazilan ya akhi!

ahlan wasahlan 1413 Hijriyyah
Hijrah itu indah bg mereka yg ikhlas mencari redha Ilahi

joegrimjow said... Reply To This Comment

nice one
nice entry
;)

slamat bermaal hijrah

rAtu saLju™ said... Reply To This Comment

salam maal hijrah!

Zuewairy said... Reply To This Comment

semoga menjadi pedoman kpd kita semua~

I am Karl said... Reply To This Comment

pojie

meery christmas!!!!


hohohoohoho


silap


salam tahun baru hijrah

Eazy Izzuddin said... Reply To This Comment

salam maal hijrah..
=D

Afzainizam said... Reply To This Comment

Salam Maal Hijrah…. Hijrahkanlah Diri Ini ….
http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/

Rimbun dan redup kasihMu
Kau tempat ku berpayung
Di manakah lagi dapat ku rebahkan
Rasa gundah ini

Nun Kau teguh di sana
Pengasih dan penyayang
Pun ku masih terleka
Meneguk ihsanMu
Walau ku sedari

Oh... nyamannya
Bila diperlukan rinduMu
Mengimbaulah sentosa

Bentangkan ku permaidani
Dari baldu berwarna putih
Moga tak ku terasakan
Cubaan yang ku galas ini
Kepada Mu titianku
Hijrahkanlah diri ini

Salam ziarah kat blog entry ko… kami sedang baca entry older post ko tu… thanks kongsi cerita ngan aku… tanda ingatan dari kami…. thanks againt