||| Tercari² |||

Saturday, December 26, 2009

Gema Zafana @ Istana Budaya


Pada hari ini 26 Disember sehingga 29 Disember 2009 akan berlangsungnya sebuah persembahan tarian hebat terutamanya zapin yang akan melibatkan lebih 50 orang penari dalam persembahan anjuran Yayasan Warisan Johor. Gerak tari indah ini akan diuruskan oleh Onn Jaafar. Gerakan kreatif ini akan mengikut rentak zapin yang mewakili pelbagai negeri di Malaysia seperti Zapin Arab, Zapin Lenga, Zapin Pekan, Zapin Sarawak dan sebagainya dengan iringan kumpulan muzik secara langsung.

Yang pastinya, Pojie sebagai salah seorang anak Johor yang bangga dengan tarian zapin pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk menyertai pertunjukan yang hebat ini! Pojie dah janji sama Fauzzan Helmy (a.k.a. Mie) untuk menyaksikan persembahan ini memandangkan kami berdua adalah anak Johor dan juga penari yang bangga menjalani rentak tari zapin. Oh, tidak lupa Abg Adie dan Zull akan ikut serta menyertai Pojie melihat persembahan ini. Mengikut informasi dari Mie, tiket 27 dan 28 haribulan telah habis dijual, maka tinggal 26 dan 29 saje lah. Pojie perlu bertindak segera membeli tiket² yang masih ada sebelum kehabisan. Masih belum sempat membeli. Untuk kawan² yang mahu membeli, boleh la melakukan demikian dia Ticket2U.

Sumber: Istana Budaya

Love,

2 bicara yang baik hati...:

farish izaryl @izreez said... Reply To This Comment

shioknyaa nk join

Mrs Nurul said... Reply To This Comment

aku ingat ko punye show tadi hahaha