PERHATIAN:
Entri panjang berunsur peribadi dan sedikit jiwang, sila jangan #muntahdarah
Salam,
Alhamdulillah, setelah sekian lama kami menyimpan rahsia hubungan kami berdua kini tarikh 3 Julai 2011, terlakar sebuah lagi memori indah dalam hidup kami berdua, juga keluarga dengan majlis pertunangan kami. Semenjak dari awal perkenalan di awal tahun ini, kemudiannya merisik ketika sambutan ulangtahun kedua ibu bapaku (juga hari lahirku) sehinggalah kini, kami memberitahu kepada semua bahawa kami pasangan bercinta dan telah pun selamat bertunang. Dulu kami bukanlah pasangan kekasih yang bercinta, tetapi lebih suka dipanggil teman tapi mesra. So tiadalah istilah makwe, pakwe boyfren girlfren segala yer. Sebab tuh aku berani mengaku aku single. Dia pun mengaku tiada pakwe. Betul la kan memang tak tipu pun.
Selama kami berTTM (teman tapi mesra), tidak banyak yang kami kongsikan dengan teman² kami apatah dengan pembaca semua, memandangkan si dia dan juga saya pernah kecewa dan kali ini tidak mahu terlalu heboh, takut tak jadi. Andai ada pun hanyalah cerita² nakal dari kanda Natasha ku, yang tidak dimengertikan oleh semua. Beliaulah yang merakamkan setiap detik percintaan kami. Dah dekat² barulah kami invite teman² yang rapat dengan kami. Yang rapat jer tau. Yang kurang rapat tuh ampun yer. Majlis pun buat kecil-kecilan jer. Pojie nak jemput ramai² bukan rumah Pojie tapi rumah orang. Tapi insyallah majlis langsung nanti akan di jemput sekaliannya :) Tapi kami tetap bermesra² di twitter kalau korang nak tahu. Ada yang perasan² jugak tapi tak amik port sangat. Mungkin fikir kebetulan, atau mungkin bergurau memandangkan kami berdua unmention each other. Tapi hashtag dalam tweet² Pojie ada #errapazira #puterigunungflora #bakalbini #DearFutureWife itulah merujuk kepada Zaihazra Sulaiman yang kini menjadi #tunangkite. Sweet kan..
Mungkin ada yang mengatakan kami nih feeling² #retis tapi itulah kami. Lebih² lagi dikatakan menjadi trend bercinta sesama blogger. Blogger ibarat artis juga. Semua kisah akan menjadi tatapan para pembaca. Bezanya artis, wartawan jaja cerita, tetapi blogger, sendiri jaja cerita. Pojie taknak lah terlalu ingin menjaja cerita. Bercinta bagai nak rak tapi hujung² cerai berai. Pojie belajar dari kesilapan lalu, juga kesilapan teman² juga. Hal personal tak semua indah untuk dikongsi. Ada yang memuji, ada pula yang mencaci. Jadi pembaca² semua jangan risau, lepas Pojie dah menjadi tunangan orang nih, sampailah dah kawen beranak pinak insyallah, takdelah Pojie nak showing off kisah percintaan Pojie semua. si dia pun juga mengerti. Ada yang boleh dikongsi, ada yang tak perlu sama sekali.
Apa² pun alhamdulillah penyatuan #satucintaduajiwa berakhir sudah dengan jayanya, kini dimulakan dengan episod yang baru pula. Mungkin ada yang terfikir Pojie berlakon di sebuah filem Satu Cinta Dua Jiwa, itu memang lakonan semata² tetapi benar di dunia nyata. Apatah lagi dengan kemunculan Pojie dan si dia di GLAM memang membuatkan semua teman² makan hati, ada juga tergelak di dalam hati memikirkan betapa tingginya imaginasi seorang Pojie. Sehingga tibalah harinya Just Enganged menjawab segala persoalan yang terbuku di minda. Kami telah pun benar² selamat bertunang.
Now I'm declaring myself Mohd Fauzi Abdullah
proudly engaged with Zaihazra Sulaiman.
Pelbagai persiapan telah kami rancang, segala²nya tersusun rapi termasuklah rahsia ini, walaupun ada spoiler sikit, tapi masih terkawal rapi. Seawal detik perkenalan kini sudah menghampiri pasti. Terima kasih berbanyak² kepada yang mendoakan kebahagiaan kami, terutamanya keluar, sedara mara dan teman² sekalian. Bayangkan rombongan pihak Pojie sampai dengan 10 kereta, belum lagi dengan kawan² yang terlebih dulu sampai. Walaupun ada masalah dan sedikit pertengkaran, alhamdulillah sampai juga. Ampun kepada Abah dan teman² sekalian andai ada yang tertinggi suara. Pojie tak boleh nervous, cepat stress dan mulalah melenting. Ampun sangat, memang diluar kawal.
Terima kasih sangat² kepada para sponsor dan hantaran. Ada yang terpaksa kami bawa sponsor² ke majlis nikah nanti. Tetapi andai masih yang berkesudian nak sponsor, kami masih membuka peluang kepada anda. Dan insyallah, tiada halangan kami akan memberikan credit kepada setiap sponsor yang kami terima. Ofkos sekali lagi sponsor dari mem besor akak Natasha kami yang bukan saja menjadi saksi cinta kami dari awal lagi sehingga kini, terima kasih yang tidak terhingga...
Semoga detik itu menjadi kenangan yang indah bukan sahaja untuk kami berdua, malahan juga keluarga kami. Terima kasih yang tidak terhingga kepada teman² yang telah menghadiri majlis kami. Terima kasih banyak². Semoga jodoh blogspot ini berpanjangan. Siapa kata jodoh blogspot tidak berpanjangan? Terima kasih The Gorgeous yang sudi meng-GOJES-kan majlis kami. Sayang takde masa kami buat outdoor photoshoot. Terima kasih juga buat Kak GONJENG Hezesuze yang datang bersama El-Zafril, yang dah lama tak bersua muka, sudi memeriahkan suasana. Kini kau kenal bakal adik iparmu jua. Ramai juga bff yang mengucapkan congrats, terima kasih, terima kasih kepada semua. Maaf andai ada yang terkasar bahasa, terlepas pandang untuk Pojie ucapkan terima kasih. Aiii, lega sikit hati ni semua berjalan lancar, so boleh fikir next step pulak dan cari duit untuk kawen. Apa² pun...
Horey!!!
Eh silap, alhamdulillah...
Sekarang ni aku tengok dah macam trend ke ape duk cari cinta dalam internet sebab masing-masing nak tackle blogger perempuan yang hot-hot, cantik-cantik untuk yang lelaki la then dapat tayang dekat kengkawan. Bangga. Yang perempuan pulak menggedik dengan blogger lelaki yang ada pakej. Ye lah nanti boleh berbangga dengan kawan-kawan. - Huda Luna
P/S: Ada yang bertanya bila nak langsung majlis pernikahan? Hint dia dalam vlog salah satu daripada link² di atas. Surprise seterusnya bakal menanti :)
Hanya satu,
Hanya satu,
47 bicara yang baik hati...:
sweet, congratz!
kini MamaRazi Natasha x boleh cr makan dah...sbb kisah cinta nie bukan lagi rahsia...opsssss ada lagi boleh cr makan..tarikh kawein...mamarazi tau dah bulan berapa..silap aribulan jatuh pd bday mamarazi natasha:P..wakakakkakaka
next entry plsssssssss! :p
Finally...:)
F
U
U
U
Y
O
O
O
TAHNIAH POJIE!!
SEMOGA MENJAGA TLAI PERTUNANGAN INI SAMPAI KE JINJANG PELAMIN HINGGA KE AKHIR HAYAT OK
kalau tunang x jemput x kisah lagi
tpi nnt kahwin x jemput dengan kad memang i kesah! bawka mak esah kang.. hahaha
plz: xmau tag2 kat fb je erk kad jemputan tu.. nak kad dtg umah.. ;)
bisik buzz: darah org tunang ni manis so jaga2 k
=_=
wah! tahniah2 =)
cinta bloggers! cool
I likeeeee!! Heeee. Tahniah Pojie. Juga untuk pasangannya Cik Zaihazra. Moga berbahagia selalu hendaknya. :)
congratulations. ngee...
*peluk kuat-kuat*
biar betul?
cinta blogspot ke ni?
cayalah
semoga berbahagia hingga ke akhir hayat
cepat2 naik pelamin bro
serius!!! suka gila ayat2 manis dlm entry ni....! nak lagi entry mcm ni....plshhhhhhhhhh! huhuhu
p/s: tahniah tau. semoga berkekalan hgga akhir hayat. aminn =)
wow~ tahniah~ akhirnya.....congrats
suweeeeeeettt sangat pojiee! ^___^ tahniah lagi sumi ucapkan..
p/s: hehee.. sumi ni asyik berangan.. bila nk langsung tu xtau lagi :P hahaa..
p/s/s: doakan sumi next turn pulak eh.. lallaaa~
tahniah diucapkan.
moga berkekalan ke akhir hayat.
:)
:)) pojie congratz ye
eazy pun dapat tau dari karl
mase gathering nnti kite cite-cite k?sbb katenye karl nak wat small gathering masa ramadhan nnti
kawen mesti ajak tauu!
huda doakan yg terbaikkkk utk korg
sampai bila2
insyaAllah! ^____^
yeap!
betul ape semua yg pojie cerita dlm entry ni =)
~wooowwwww~
seyesly Izz ingat main2 je pasal engagement tuh....
Congrats bro!!!
(^-^)
www.izzlatif.blogspot.com
wah.. mcm best jer kan.. nk cari satu jugalah.. :P
*xder ke member2 yang solo.. hihi.. :P
bagus la pojie bila dah bertunang baru cakap..
*bukan bodek ,ikhlas2..haahaha
bercinta sesama blogger??ehem3...
time bcinta tak perlu tunjuk sangat kot,yela tkot ramai yg benci dari suke dan risau akan datang taktahu caner.time bertunang/kawen lain cite plak..hihi...
semoga berbahagia pojiepooh!!!
abg pojie, tahniah ye....smoga hubungan kalian berdua berkekalan hingga akhir hayat dan dirahmati olehNya
it's so relief to see something as sweet as this.
p/s it's good to know that something still go along the way
Aku rasa ko bukan feeling retis, tapi rupa ko memang ada rupa macam artis AF hahaha
anyway tahniah sbab dah selamat bertunang.. tumpang gembira gak.. hihihi :)
wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Tahniah..
oleh makan nasi minyak pojiepooh.. huhu
lamanya tak bukak blog!
tetiba je pojie da bertunang!
wahhhh!!!
tahniah ye!
semoga bahagia hingga ke jinjang pelamin! aminn
renjis renjis...~
ekeke. semoga bahagia korang berdua
kawin pakai baju bajet stylo..takde adab, pakai la baju melayu ke, wat malu kat kluarga belah sane je..wtf
@Mra Mastura Thanks :)
@Natasha Ahah mamarazzi jangan nak buat gosip lagi naa ;p
@intanurulfateha Jeles lettew hahahah
@cik Nemo Novel tak? Hahahah
@mr.syazwan Hahaha dun worry will do my dear :)
@SyahmiFikri Insyallah semoga cool selamanya :)
Thanks @farhanaDr :)
@shandye. Thanks.. #bighug
@penaberkala INsyallah doakan saja yer :)
Eh @eykameow nak lagi entry macam nih? Tunggu pas kawen pulak, taley bebanyak nanti orang muntah. Hahaha. Thanks for comeing dear. Thanks for your pryaer :)
Thanks @::AdyVa::
Thanks dear. INsyallah POjie doakan @Aisumi Chan Kawa'i punya turn pulak lepas nih yer :)
@..hizamirahim.. Terima kasih banyak2 :)
@eazy n atief yeke? insyallah nanti bulan puasa kita gathering berbuka puasa sama2, POjie bawa kenalkan si dia pada kamu ok :)
@Huda Luna of coz, no worries :)
Ada memain pulak, bebetul lah @Izz Latif. Thanks anyway :)
@izfanora member solo ramai kenapa ada yang nak kenal ker? hahah
@Yuyu Musa betul tuh tak semua boleh dikongsikan.. kalau betul2 cinta terus masuk meminang terus ajak kawen, hehe
@ilyanie thanks dear :)
@Fitrihadi artis AF manakah?? jangan cakap BOB AF! hahaha. thanks btw :)
@FAUZI NOR sudah semestinya boleh.. nantikan saja jemputan ku ok :)
tahniah dearr - rizz
Post a Comment