||| Tercari² |||

Monday, July 11, 2011

I'm gonna miss you my baby Prada & LV

Salam,

Erm, dalam kegembiraan, ada juga kedukaan pasti datang menyelit. Selepas beberapa rencana menjatuhkan kebahagiaan yang mula terbina tidak berjaya, kini betul² seminggu selepas majlis pertunangan yang lalu, pagi Ahad baru² ni Pojie dikejutkan dengan kehilangan anak² Pojie; Prada dan LV adalah anak² Pojie, yang menjadikan Pojie seorang duda anak dua.

Banyangkan buka² pitu bilik Pojie tengok sangkar mereka terbuka luas. Yer, terbuka luas yer. Dan tatkala itulah Pojie baru teringat pada malam sebelum itu Pojie bermain² dengan mereka sampai kepenatan sebelum masuk tidur, masukkan mereka dalam sangkar seperti biasa dan damn! POJIE TERLUPA NAK LOCK! Sangat tak boleh dimaafkan ok. Sepatutnya Pojie boleh mengelakkan berlaku kalau Pojie aware bila lock sangkar mereka. Paling mengharukan pagi² Ahad tuh sebenarnya Pojie terdengar bunyi anak² di muka pintu bilik. Ingatkan Pojie mimpi, tak sangka, tatkala itulah mereka dah mula melarikan diri. Kebetulan tingkap terbuka luas, sah² dia melompat keluar dari tingkat 5 rumah Pojie. Panggil² pun dah tiada sahutan, celah² pun tiada...

Arghh!!!!

Stress! Stress! Stress sangat²! Bayangkan kat rumah Pojie tinggal berseorangan. Ada anak² tulah peneman sepi Pojie buat ajak bermain dan berbual. Sedih gila. Nak beli baru? Ntah bila tahun la pulak. Memandangkan duit sekarang semua nak simpan untuk persiapan perkahwinan nanti. Tak boleh membazir sebarangan T___T. Pojie fikir ini mesti kerja LV nih. Sebab dia jenis offensive sikit berbanding Prada. Mesti dia hasut Prada join dia melarikan diri. Omaigod!!!


Tapi alhamdulillah, Allah mendengar rayuan aku tidak rela kehilangan anak². Mungkin juga anak² aku cuba bermain sorok² ibu, atau cuba untuk menguji papa dia. Akhirnya selepas Pojie balik dari menyaksikan Mak Dara Nyonya semalam, buka² pintu anak² sudah menanti atas sofa. Terus campak barang² dan peluk anak², terus masukkan dalam cage dan lock. Muahahah! Rasakan. Main² kat luar tak nak mintak izin kan.. Tapi demi sayang kat anak², mungkin dia terasa kurang kasih sayang lebih² lagi papa bakal mendapatkan mak tiri untuk diorang, so malam semalam bawa anak² tidur bersama². Biarpun lena seketika cuma, tapi aku bahagia...

Love you Prada!
Love you LV!



Hanya satu,

9 bicara yang baik hati...:

Era said... Reply To This Comment

Haha..pengajaran tuh. Esok lusa kalau kurang kasih sayang boleh lari rumah juga. :P

B L O G D E T said... Reply To This Comment

fuhh...sib baik pojie! teringin lah nak bela gak...huhu

mcm ni lah said... Reply To This Comment

comel nyerrrrr

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said... Reply To This Comment

huh...terharu bace...itu membuktikan mereka pun sayangkan papa mereka walaupun bakal berkongsi kaseh dengan bakal mama tiri mereka...huhu

Adi Luqman said... Reply To This Comment

citer ni best. dan comel! haha

DanieL AdiE said... Reply To This Comment

Comelnye Prada n LV..

Mra Mastura said... Reply To This Comment

nasib baik!! kalau x kt cni pun sedih gak XD

kak ina kl said... Reply To This Comment

nasib baiklah dia orang balik semula kalau idak tentu kamu rasa bersalah kan.

tahniah pojie..tentu ibubapa dan adik beradik kamu gembira kan

Natasha said... Reply To This Comment

hwaaaaaaaaaaaaa.....mementang dah nak berbini anak terabai!!!! CETTT!!!!!!!... keapalah papa nie:P ( cekak pinggang)