||| Tercari² |||

Saturday, July 23, 2011

Klimaks Dreamgirls, "And I Am Telling You I'm Not Going" & Effie White

Salam kawan²,

Selamat berhujung minggu. Oh, bagi yang tiada perancangan untuk hari minggu nih, Pojie sarankan kepada anda cepat² pergi ke Istana Budaya untuk menyaksikan pementasan Dreamgirls. Malam esok adalah persembahan yang terakhir. Dan normally persembahan yang terakhir lagi best sebab mereka all out, kira last kopek la tuh. Kasi pukul habis. Dan sehingga kini Pojie masih lagi terngiang² persembahan kemuncak di mana Dina yang memegang watak Effie White telah dipulaukan oleh semua teman² dengan penuh ego dan attitude dengan lagu "It's all over". Kemudian Dina mempersembahkan lagu "And I Am Telling You I'm Not Going" dengan baik sekali, memberikan emosi dengan kelantangan vokalnya, malah tidak keterlaluan dikatakan sehebat pemain watak asal iaitu Jennifer Holiday dan Jennifer Hudson. Itulah babak terbaik dalam pementasan tersebut.


Oklah since tiada rakaman babak kemuncak itu untuk Dreamgirls di Istana Budaya, jadi Pojie share kepada kawan² rakaman asal pementasan Dreamgirls pada tahun 1981 yang watak Effie White dijayakan oleh Jennifer Holiday dengan baik sekali. Penuh bertenaga dan emosi, sehingga melahirkan mimik wajah yang kelakar bagi Pojie, demi melahirkan penghayatan yang mantap. Haha, layankan...


Hebat bukan! Kemudian pada tahun 2006 pula, Dreamgirls diangkat ke layar perak dengan Jennifer Hudson sebagai pendukung watak Effie White. Persembahan bertenanga dan mantap dengan gaya tersendiri turut ditampilkan...



Hebat bukan??! Seperti itu jugalah Dina menjayakan watak Effie White. Meremang dengar Dina nyanyi dalam Dreamgirls sehingga dikatakan dialah pemegang utama watak Effie White menggantikan Elvira Arul, dan bukan lagi sebagai pelakon gantian. Hebat bukan! Nanti kalau ada rakaman, atau ada di Youtube, kelak Pojie share dengan kalian. Tapi apa² pun meh layankan paduan suara Jennifer Holiday dan Jennifer Hudson. Walaupun memasing over sampai nak tercabut anak tekak, usus besar, ginjal segala bila melihatkan mereka menyanyi, tapi sewajarnya mereka mendapat standing ovation. Oh, jangan lupa kita sudah ada penyanyi setaraf mereka sekarang. 



Update 11 Ogos 2011: 

Tatkala entri ini ditulis Pojie tak perasan pun ada preview yang sudah diupload di Youtube. Dan seperti yang dijanjikan ini sajalah preview nyanyian dari Dina dalam Dreamgirls yang sehingga kini membuatkan Pojie goosebumps mendengarnya. Beliau sangat hebat. Layanlah, walaupun cenonet cuma...


Dina, you go girl!!!

Hanya satu,

6 bicara yang baik hati...:

Umar said... Reply To This Comment

macam best! rugi tak dapat nak tgk.. huhu

cengkodok said... Reply To This Comment

yg penting die x dapat lwn I yg sebenar...Jenifer Holiday! Voley?

cik Nemo said... Reply To This Comment

Mmg tercirit nak nyanyi mcm penyanyi asal. Hahaha. Apepun Dina best!

Pojiepooh Abdullah said... Reply To This Comment

@Umar alaghai rugi takpe hope ada lagi next time

Pojiepooh Abdullah said... Reply To This Comment

@cengkodok propah la ko

Pojiepooh Abdullah said... Reply To This Comment

@cik Nemo meletop!