||| Tercari² |||

Monday, July 25, 2011

Musim Bina Masjid :)

Salam,

Alhamdulillah sekarang nih hampir setiap minggu ada jer majlis berbahagia dari teman² dan saudara mara Pojie yang terdekat. Artis² apatah lagi setiap minggu ada jer berita mendirikan masjid. Syukur sangat². Semoga kebahagiaan yang dibina kekal sehingga ke syurga. Baru², selang 2 minggu selepas majlis pertunangan Pojie, seorang teman baik Pojie bernama Hafes Ramli pula menyusul, bertunang bersama pilihan hati beliau; Emylia Zakaria di Senawang, Negeri Sembilan.


Tahniah diucapkan!

Perkenalan sejak di kolej dan berbunga cinta awal tahun ini, senyap² terus nak tunang. Wah, masing² dah ikut konsep Pojie yer, bercinta senyap², bertunang terus! Bagus². Tunang pun tak lama, insyallah by end of this year mereka akan bernikah. Amboi, tak sabor² nampak, tak reti tunggu turn ker? Hahah. Tak mengapalah dah rezeki dia sampai dulu. Pojie masih lagi mengumpul, terbuntang² mata demi mencari duit nak kahwin nih.  Huhu. Tumpang gembira bila seorang demi seorang teman rapat Pojie mula nak melangkah ke jinjang pelamin. Yelah, bila lagi kan masing² dah nak menginjak usia emas dah. Huhu.

Wawan Azwani pun baru jer mendirikan masjid pada 23 Julai lepas, clash pulak dengan interview MAS cabin crew so tak dapatlah pergi. Ampun sangat². Apa pun tahniah ya. Oh ye, tidak dilupakan juga tahniah diucapkan buat teman sekolej Pojie semasa di KUSTEM (sekarang UMT), pengacara Majalah 3; Nurul Syuhada Nurul Ain yang baru melangsungkan perkahwinan dengan jejaka idaman di KLCC minggu lepas. Jemputan untuk keluarga terdekat jer katanya, tak mengapalah janji berbahagia. Agak² kalau Pojie buat konsep majlis kecil² untuk keluarga terdekat dan hanya menyiarkan nota manis saja orang boleh terima tak tanpa sentap? Hahah. Silap² mak yang sentap. Yela dah sah² anak sulung, nak dibuatnya gilang gemilang, nak book Dewan Jubli Intan kat Muar tuh lagi, mampooo??! Haha! Apa² pun doakan jelah agar semuanya berjalan dengan lancar :)

Ameennnn...

Hanya satu,

4 bicara yang baik hati...:

ceksumolek's said... Reply To This Comment

tahniah juga diucapkan.. mudaha2an majlis pojie berjalan lancar.. amin ^_^

Encik Psychopath said... Reply To This Comment

selamat berbahagia semua.

Pojiepooh Abdullah said... Reply To This Comment

@Aisumi Chan Kawa'i insyallah...

Pojiepooh Abdullah said... Reply To This Comment

@Encik Psychopath ameenn..