||| Tercari² |||

Saturday, July 16, 2011

Inikah MALAYSIA, negaraku yang tercinta???

Salam kawan²,

Hari ini genaplah seminggu perhimpunan Bersih yang telah memberikan impak kepada Malaysia di mata dunia. Tak kisahlah apa jua tuntuan Bersih itu bagaimana sekali pun tapi pembawakannya adalah ke arah menjahanamkan negara sangatlah dikesalkan. Mungkin Pojie di antara jutaan suara halus rakyat Malaysia yang kesal perkara ini berlaku. Luahan hati kami tidak sedikit pun diendahkan oleh pihak kerajaan dan pembangkang, masing² umpama ingin menegakkan benang yang basah. Kuasa membutakan mata dan mentulikan telinga mereka. Masing² bersalah kerana menyusahkan semua pihak. Dan yang menyedihkan ia memberikan pandangan negatif masyarakat luar terhadap Malaysia.


Melihatkan video di atas (dan video² lain) membuatkan Pojie tergamam dan mengalirkan airmata kesedihan kerana memikirkan keadaan Malaysia yang kacau bilau, tidak seaman dulu. Rakyat bertindak liar atas nama menegakkan hak, manakala anggota keselamatan pula ibarat "harapkan pagar, pagar makan padi". Di manakah keselamatan Malaysia sekarang? Malaysia sudah semakin tidak aman. Tidak seaman ketika Tun Mahahir mentadbir negara dulu. Pojie sangat sedih. Kalian juga pastinya merasakan yang sama. Sekarang masing² perlu menjaga diri sendiri dan keluarga dengan sebaik²nya, kerana Malaysia sudah semakin tidak aman. Pemerintahan yang kucar-kacir, amat menakutkan dikala ini. Kacau bilau dan jenayah di sana sini. Apa² pun mungkin sudah takdirnya begini umat di akhir zaman. Bertelagah sesama sendiri. Teruskan berdoa agar segalanya aman seperti sediakala.

Insyallah...

Hanya satu,

7 bicara yang baik hati...:

DanieL AdiE said... Reply To This Comment

Sedih....

Izz Latif said... Reply To This Comment

~erm~
rakyat mcm kita tersepit kat tengah2...

www.izzlatif.blogspot.com

azmanisma said... Reply To This Comment

Ada pihak menuntut hak dan ada pula yang nak menafikan hak..maka terjadilah huru-hara..

Pojiepooh Abdullah said... Reply To This Comment

@DanieL AdiE Yup sedih kann.. Kita gak jadik mangsanya..

Pojiepooh Abdullah said... Reply To This Comment

@Izz Latif Betul tuh kita sebagai rakyat juga tersepit, antara hak, undang2 dan kerakusan manusia..

Pojiepooh Abdullah said... Reply To This Comment

@azmanisma Apabila manusia rakuskan kedudukan, rakyat berpcah belah, negara hancur

Unknown said... Reply To This Comment

the 4th is the best.. hope najib can be like him.. i hope~