||| Tercari² |||

Monday, May 31, 2010

My Sweetheart Smells Like FRESH!

Salam teman,

Dah lama rasanya Pojie tak join Instant Cash Blogging nih. Harap ada la rezeki kali ini. So kali ini Pojie nak berkongsi dengan kawan² semua tentang produk kegemaran Pojie, hari² Pojie gunakan dan ia sungguh luar biasa. Kalau kawan² nak tau, Pojie nih seorang yang aktif dan sentiasa berhadapan dengan klien dan pelanggan. Memandangkan Pojie kerap keluar bertemu orang ramai, maka Pojie agak gusar andai Pojie berpeluh dan menimbulkan bau yang tidak senang. Kini Pojie sudah jumpa penyelesaiannya. Adidas Action 3 jawapannya. Dan bau yang paling Pojie suka adalah...



FRESH!

Sebab apa? Sebab Pojie perlu kekal kering dan segar sepanjang masa. Jadi dengan haruman Fresh dari Adidas Action 3 nih membuatkan Pojie bertambah yakin ketika bertemu dengan orang ramai. Malah, ia juga ada anti-whitening yang akan mengelakkan dari bawah lengan dan baju Pojie bertanda. Hebat sekali. Tak percaya? Cuba baca indication di bawah ini dari website rasminya.



Hebat bukann! Bukan itu sahaja, malahan produk berkualiti ini didatangkan untuk lelaki dan wanita. Yela, bau badan perempuan dan lelaki kan berbeza kerana bau peluh turut dipengaruhi dengan hormon dalam badan seseorang, betul tak? Haruman lelaki ada 5 jenis dan wanita pula 6 jenis. Pilih jer mana satu pilihan kalbu, Pojie dah try semua, semuanya best!



Belum cuba lagi? Hah, silalah dapatkan segera di pasaraya yang berdekatan. Sambil² tuh boleh la layan Project Alpha Season 2 dari episode 40 hingga 42. Layan!!!







Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Love,

Ku CURIGA..., Hatiku LUKA...



"Berperang dengan curiga di firasatku...
Cuba untuk ku jernihkan kembali perasaan ini...
Namun kerap kali hatiku terluka...
Umpama kau buktikan segala-galanya..."

Love,

Sunday, May 30, 2010

Alangkah indahnya andai MUZIKAL DALAM KEHIDUPAN ini benar² wujud...



Seringkali Pojie memikirkan, alangkah indahnya jika dunia ini dihiasi dengan dendangan lagu² yang menyentuh perasaan, nyanyian memukau jiwa, mengekspressikan diri melalui nyanyian dan tarian. Seperti di High School Musical, ataupun seperti series pujaan ramai, Glee dan juga puluhan filem dan teater muzikal.





Betapa indahnya dunia. Hidup penuh dengan keceriaan dan lagu². Dan pastinya insan seperti Pojie dan teman² lain yang berjiwa seni, menjadikan nyanyian dan tarian sebagai makanan jiwa (selepas ibadah) akan lebih bersemangat setiap hari. Tetapi impian itu bisa menjadi kenyataan sekarang apabila sekumpulan insan berjiwa halus ini telah merealisasikan impian ini ke alam nyata. Saksikan...






Menarik bukan? Walaupun ia dilihat sebagai pelik, tetapi unik dan tersendiri. I like it! Pada Pojie, video ke2 dan ke3 wajar dijadikan sebagai idea untuk mempromosikan sesebuah kedai, restoran dan mana² tempatlah yang dirasakan sesuai untuk menarik lebih ramai pengunjung dan memberikan keuntungan. Setuju? Dan andai ada yang mengambil idea ini, jangan lupa bagi Pojie komisen atas idea bernas ini. Berapa? Ohhh, komisen dia murah jer, ajak Pojie dan dan menari sama. Make sure ada komposer, penulis lirik dan penerbit filem masa tuh tau. Hahahah, gila glamour.

Jadi, apa pendapat anda???

Love,

Saturday, May 29, 2010

Big Fish Moment with Pizza Hut

Al-kisah, tersebutlah seorang insan yang bernama Pooh (nama separuh sebenar), yang telah ditugaskan untuk berkerja di hari Sabtu, menggantikan teman sepejabatnya yang mengambil cuti kecemasan akibat tertelan kapur barus. Sepanjang hari dia duduk termenung kebosanan sehinggalah waktu makan tengahari pun tiba...



Dia berfikir tentang menu makanan tengaharinya. Memandangkan dia tidak dapat meninggalkan ofis kerana dikhuatiri di masuki Ali Baba dan penyamun²nya, maka dia termenung sendirian sambil berfikir apakah yang ingin dimakannya pada tengahari itu memandangkan dia seorang penggemar ikan...



Dia berfikir dan berfikir sehinggalah ideanya muncul!



Dengan sepantas kelajuan cahaya, dia telah mencapai gagang telefon ofis nya lalu menekan punat² di telefon itu. Dan...



"Uiks, kenapa tiada dialing tone ni?", dia bertanya kepada diri sendiri. Rupa²nya telefon di syarikatnya sudah dipotong sehari sebelumnya kerana boss dia terlupa nak bayar bil telefon akibat terlalu teruja mahu menyambut Hari Wesak. Lalu dia mendapat, membuka pelayar internet dan ditaipnya URL,




Maka dia pun duduk menunggu dengan sabar... 10 minit, 20 minit, 30 minit dan...



Hidangan tengaharinya sudah pun tibaaa. Dari Pizza Hut tuh. Wahhh, agak² apa yang di orderkan menerusi online tadi ek?



Ohhhhh, Fish King Pizza rupa²nya. Wahhh, dia sangat bijak dan bercitarasa tinggi. Memilih menu combo Fish King berserta 2 minuman Pepsi dan juga 4 ketul kepak ayam madu BBQ dengan cuma berharga RM 36.13 (termasuk cukai dan cas penghantaran), memang berbaloi!



Tanpa segan silu, dia mengambil pizza itu setelah membayarnya dengan jumpa yang tepat lalu menghalau penghantar pizza yang bernama Fayzal itu dan menutup pintunya ofisnya rapat². Dikhuatiri dicuri oleh penyamun² dan lanun² yang mengidamkan hidangan istimewa nih. Dia sungguh berbangga kerana cintanya pada hidangan berasaskan ikan ini telah pun berjaya dimiliki.



Dengan melihat tekstur pizza yang lembut dan menyelerakan...



Berserta aroma ikan serta lemon, sangat membangkitkan nafsu makannya.



Dan oleh kerana nafsunya tidak tertahan², maka tanpa melengah²kan masa lagi, dia pun ngapp potongan pertama...



Dia merasai kesedapan yang tidak terhingga. Mulutnya yang tidak sudah² berkata sedap, tetap mengunyah setiap cebisan pizza smbil menghayati kenikmatannya...



Keghairahannya jelas kelihatan di sana sini. Betapa sedapnya Fish King Pizza sehingga tiada perkataan lain yang dapat digambarkan olehnya selain dari perkataan SEDAP.



Menghayati setiap potongan dan cebisan pizza dengan penuh perasaan ghairah dan menggoda...



Lalu keenam² potongan pizza bersaiz regular pun habis dan dia menjilat² jarinya menunjukkan betapa sedapnya pizza itu dan pastinya akan merasainya lagi selepas ini...



Akhirnya beliau ketawa girang setelah perut kenyang. Terlalu gembira dan berpuas hati dengan hidangan tengahari nya yang hebat sekali...



Tamat...
Terima kasih Pizza Hut!!!


Love,

TAKDE KERJA atau TERLEBIH KREATIF?

Salam kawan²..

Macam biasalah bila masa tiada idea untuk mengupdate entri di PoJiePooH ini, Pojie lebih suka berjalan² di blog teman² blogger untuk mencari idea. Tips untuk orang pemalas sangat macam Pojie nih, kalau malas nak buat blogwalking, ataupun idea tiada untuk dibuat entri dan update blog, Pojie akan menjengah ke YouTube.

Inilah sumber inspirasi sekunder Pojie yang paling pasif. Kadang² Pojie just cari jer apa² yang Pojie mahu di situ, dan kat sidebar dia normally akan ada suggestion video kan? So klik sajalah. Dan apabila ada video yang berkenan, boleh la dikongsi dengan kawan² di blog dan FB. Ok tak si JariMerah? Bukankah itu cara yang senang dan simple? Lepas tuh bukan main tempek jer embeded code dia, tetapi bagilah ulasan dan idea sikit ke atas video itu. Tak susah kan??

Jadi kali ini Pojie mahu berkongsi dengan kawan² semua, berkenaan dengan beberapa video manusia² yang boleh dianggap sempoi, kreatif dan juga takde kerja. Sebab apa? Mari kita lihat video² di bawah nih...



Jika dulu Pojie pernah berkongsi dengan teman² semua tentang mob/ flash dance whatever tuh. Di mana ia dilakukan oleh sekumpulan orang yang telah diberitahu masa tempat dan diberikan kareografi untuk mereka praktis dalam beberapa jam/ minit dan mereka akan berkeliaran di sesebuah kawasan dan dance beramai² dan selepas itu beredar seperti nothing happen. Ia pernah berlaku ketika tribute buat MJ dan juga Maxis iPhone promo di Malaysia juga yer. Tapi jika dilihat pada video di atas, mereka hanya mengkakukan diri dalam beberapa minit dan ini telah menimbulkan tanda tanya di kalangan orang ramai. Cool kan!



Video ini lebih kurang seperti video pertama itu cuma yang ini telah mencipta rekod tersendiri dengan the biggest freeze flash mob. Ohooo, kalau Pojie ada kat sana Pojie pun mesti macam pelik. Kalau Pojie di kalangan peserta, mesti Pojie hapy tengok wajah² orang ramai yang pelik. Hahahah! Kalau buat kat KLCC ker, KLSentral ker hatta Pasar Seni atau Petaling Street sure gempak kannn!



Ok, video yang ini pula antara paling cool Pojie rasa. Di mana mereka mengumpulkan sejumlah pasangan kembar seiras untuk berpakaian sama dan menaiki tren secara bertentangan. Membuat perbuatan dan pergerakan yang sama dengan pasangan masing² dan ini akan menimbulkan ilusi human mirror. Wahhh, Abg eQ boleh join la macam nih. Best kan ada kembar, macam² boleh buat! Huhuhu..



Video ke4 nih pula boleh dikategorikan sebagai takde keje cari keje. Takde pasal cari pasal kan. Kalau buat kat LRT di Malaysia nih, heaven la sekor² kene rab² tak kisah la lelaki ker perempuan. Yela, dah sah² la dalam tren kita nih padat dia dengan penumpang ya ampun, lebih² lagi dalam KTM kan. Sehingga diwujudkan koc wanita. Ntah apa² ntah!



Video yang ini juga boleh dikatakan sebagai video orang dah takde keje. Ada baju motip mau tanggalkan baju. Tapi kalau ada nih kat Malaysia, body plak stok² model, mau wanita² di luar sana boleh klimaks nih. Hahahah! Kak Heze sama Qiella sukalah kann? Hehehe..

So macam mana sekarang? Terhibur? Ada yang best ada juga yang mengarut. Tapi mereka memang kreatif walaupun melalut. Siap ada team lagi ok depa nih. Boleh check blog dan YouTube mereka untuk misi seterusnya.

Ada yang mahu buat di Malaysia? Invite Pojie ok!

Love,

Friday, May 28, 2010

I wanna watch Toy Story 3

Salam kawan²..

Hari ini cuti Wesak Day ker? Ada pembaca Pojie yang sambut ker? Kalau ada Happy Wesak Day Pojie ucapkan. Jangan lupa pergi kuil tunaikan tanggungjawab yer. Bagi yang tak sambut pula macam Pojie nih, hari ini plan mau terjah Beryl's punya kilang untuk makan coklat free. Yeahhh! Pastu planning nak tengok movie. Sekarang ni tengah mengidam sangat², over-excited mau nonton filem Toy Story 3 nih, lebih² lagi dengan team Nuffnang yang cool!



Gosssshhhh!!! My favourite cartoon since I was in primary school is now back in action. Missing Woody and Buzz Lightyear so much! Tak sabar rasanya mau menyaksikan sequence filem ini dalam 3D. Ohhhh emmmm geeee! I love watching Disney Pixar cartoon movie especially in 3D. Absolutely amazing! And guess what? They will meet a lot of new friends in this movie. Dan jika jika Bean teringin melihat Sparks dan RedFingger pula Mr Pricklepants, Pojie pula teringin melihat toy yang baru ini untuk beraksi,



KEN!!!

Seriously masa kecil² Pojie ada pernah ada patung Barbie dan Ken adalah pasangannya. Kini Pojie dapat melihat anak patung Pojie "hidup" dalam filem Toy Story kali ini. Dia seorang yang charming, bergaya, hot, fashionable dan memiliki sifat adventure dalam diri segala²nya seperti Pojie. Ehem! Di dalam filem ini, dia akan bertemu dengan Barbie dan akan menjadi tourist guide kepada toys baru ini. Mau lihat sedikit aksi Ken, saksikan ini...



Macho macam Pojie kan! Hehehe..

Love,

Facebook & Dosa²...

Salam kawan²..

Siapa kat sini tak kenal FB? Malah tiada FB? Sila senyum, kerana anda mungkin sudah terhindar sedikit dari melakukan dosa tanpa disedari melalui lama web sosial ini... Terdapat beberapa aktiviti di FB yang boleh menyebabkan jatuhnya hukum berdosa pada perbuatan itu.



1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Kadangkala kita menyalurkan rasa kecewa, marah, sedih dan sebagainya sebagai terhadap pasangan masing² di ruangan status. Kemudian ia menjadi medan komentar dan terbuka menyebabkan seluruh teman² mengetahui akan masalah itu dan ini akan menimbulkan keaiban kepada pasangan mereka.

2) Terlebih gambar.
Kebanyakan orang yang mendaftar dengan FB akan meletakkan gambar² mereka serta teman², juga aktiviti mereka. Malah ada juga yang bersifat narcism akan meletakkan gambar² mereka di dalam FB. Tidak terkecuali lelaki mahupun perempuan. Dan apabila dimuat naik gambar² itu pastinya terbit sedikit rasa ingin dipuji maka secara tidak sengaja mereka mungkin akan menonjolkan "kecantikan" yang berlebih-lebihan. Ada peempuan yang tanpa segan silu meletakkan gambar² mereka yang seksi atau membuka aurat, lelaki juga dengan menayangkan badan sasa mereka, ini akan menyebabkan gambar² mereka dieksploitasi, mencetuskan fitnah juga merangsang nafsu. Make sense?

3) Penyamaran.
Terdapat kes di mana ada lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita yang diingini. Malahan juga, dengan penyamaran pastinya anda akan menggunakan gambar orang lain dan ini bisa menimbulkan kekacauan.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Oleh sebab terlalu banyak gambar² peribadi yang menarik dan hot, maka tidak mustahil untuk orang yang melihatnya untuk menyimpan dan menjadi tatapan dikemudian hari dan pastinya bukan untuk tujuan yang baik. Lebih baik disimpan gambar-gambar cute anda, cukuplah ia buat tatapan suami/ isteri sendiri. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda tanpa perlu tamakkan pujian manusia luar, kelak menimbulkan riak di hati...

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini telah disalah guna dan tanpa kita sedari telah mengundang dosa. Ini boleh menjadi dosa, kerana mungkin sebahagian individu dalam gambar itu mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram. Gambar mengaibkan orang lain atau gambar yang tanpa izin tuannya.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan.
Kadangkala kita akan terjumpa teman² lama (mahupun baru) di dalam FB. Maka akan bermulalah sesi mengingati dan mengimbau zaman² lampau. Maka tanpa kita sedari kita akan mengutuk diri kita sendiri, dan menyebarkan keaiban yang dulu. Selain itu mungkin kita juga akan riak dengan diri sendiri, nah apa lagi yang kita dapat dari ini? Pastinya dosa bukan...

Kesimpulannya, apa pun yang kita lakukan tidak kisahlah di FB hatta di blog dan mana² pun ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook. Usahlah sehingga ketagihan dan mengundang dosa.

Love,

Thursday, May 27, 2010

Buat penggemar COKLAT dan SUSU!

Perhatian!!!

Kepada para penggemar coklat atau susu, atau kedua²nya sekali, ataupun coklat susu (seperti Pojie), maka kini dengan bangganya Pojie yang diwakilkan oleh diri sendiri ingin menjemput kalian semua makan coklat dan minum susu secara percuma pada minggu ini!!!



My favourite!



For chocoloate lover, meh la kita serbu ini tempat. Erm, tak nampak ker? Kecik sangat alamat Beryl's nih? Meh jengah kat umah Mr&Ziey nih. Ini semua MamaTisya la punya pasal, kasi Pojie stim tengok chocolate nih. Tapi nasib baik bukan After 8 Chocolate, so kira tak mampu buat Pojie terinzal ketika makan Beryl's nih la. Hehehe... Ada 3 hari uols, meh la mai on 28 Mei nih kalau korang tak sambut Wesak Day. Sebab Pojie cuti masa hari tu, so memang planning nak mai la. Mau serbu 1 kampung. Huhuhu...



Dan bagi sesiapa rasa nak buat sejarah sendiri, mau masuk muka dalam paper dan TV, leh la sertai World Milk Day 2010 di Pavilion KL pada hari Ahad ini. Kerana selain mereka akan mengedarkan minuman susu Dutch Lady secara percuma, mereka juga akan cuba untuk membuat rekod di dalam Malaysian Book of Rekod dengan The Largest Milk Drinking. Wahhh, lepas kejayaan Gatsby, Pojie akan join pula untuk Ducth Lady. JOm DD. Yang pasti Pojie mau pulun susu coklat Ducth Lady tu. Memang favourite Pojie since sekolah tadika dulu tau. Mau lebih info? Sila klik sini...

Tunggu apa lagi, SERANG!!!

Love,

Wednesday, May 26, 2010

Wajahku 20 tahun dari sekarang...

Pernahkah anda terfikir bagaimanakah rupa anda apabila menginjak usia emas? Pojie pun selalu tertanya². Adakah masih segojes sekarang ini **muntah darah, atau masihkah terpancar senyuman keikhlasan biarpun kedutan mula kelihatan di sana sini? Ohhh, Kak Atty telah memberiku sedikit gambaran wajahnya dalam masa 20 tahun dari sekarang dan Pojie pun telah mencuba² di sini untuk turut mengetahuinya dan menjelang usia 50an Pojie akan kelihatan seperti ini...



HELL NO!!!

I'm not gonna be like that. I don't want to be like that! Kedut sana sini, lemak² di muka berserta kataraks di mata. NO WAY! So, terpaksa mempersiapkan diri untuk melangkah ke usia emas dengan mengumpul stok botox dan kolagen dengan banyak. Pojie kene buat appointment sama Dr Ranjit dan Ifa Raziah sesegera yang mungkin. Huduh heh macam nih, boleh buat stok takutkan budak kecik macam nih!

Ohhh tidak!

Love,

Aktiviti di kala kebosanan...

Salam kawan².. Pojie masih lagi dalam proses mengumpulkan bahan untuk 2 entri aktiviti yang the best dalam hidup Pojie sepanjang tahun 2010 nih. Anda mesti tertunggu² kan. Biarkan perasaan itu membuak² sehingga Pojie akan story mory kepada anda dalam beberapa hari saja lagi. Masih dalam draft. Hehehe. Cuma sekarang nih Pojie nak share hobi Pojie sekarang jika buat² dah tiada kerja, atau kebosanan atau tiada idea untuk update blog, Pojie akan DELETE "kawan²" di FB. Hahaha, sememangnya Pojiepooh Abdullah seorang yang zalim. Opppss, zalim kepada orang yang menzalimi diri ini. Wahhhh, ayat tak leh blah! Erm, acapkali Pojie online FB, Pojie akan jengah ke profile kawan² yang rajin komen² Pojie, mesej² yang pendek kata kenal dan tak lupa sama Pojie la.. Selalunya apabila Pojie jalan² kat profile kawan² itu, Pojie akan jengah ke mutual friends mereka... Macam nih...



Ohooooi, kawan saper la nih ek? Ada beribu² kawan (kawan ker) dalam list dia. Ini sampel saja.. Bila tengok dalam mutual friend dan tercetus soalan; "Siapa nih? Ada dalam list aku gak ker?", maka sepantas kilat Pojie akan klik pic dan terus ke profile dia. Lepas tuh Pojie skrol bawah dan mencari word; "Remove from Friends"...



Uhuiii, maka akan muncul lah confirmation macam ini.. I like²!



Dan pastinya tanpa segan silu dan teragak², Pojie akan terus klik Remove from Friends tuh. Dan apabila notification ini keluar, yippieee!!! Misi sudah berjaya!



Jadi tak perlulah menyemak lagi dalam list Pojie... Dah macam main game pulak tiap² petang. Hahaha. Tapi CikHel dan kawan Pojie yang lain² usah risau ok. Anda masih Pojie sayang dan berhak duduk dalam list juga hati ini. Takde nak delete² block² nih. Huhuhu... Cuma sekarang dok pening, apa nak buat dengan lagi angka 271 nih. Should I remove or accept?



Ada yang sarankan Pojie buat fan page... Kepala hotak hang! Pojie lom sampai tahap artis lagi ok. Blogger pun Pojie masih hingusan walaupun dah nak masuk 2 tahun jadi blogger, tetapi masih hetu² juga level Pojie. Moteppp nk buat fan page? Buat kene gelak jer dengan blogger² ternama. Lagipun kalau depa semua kenal takpelah juga, ini jumpa depan mata, laga bahu dalam LRT never nak tegur, peminatkah itu? Bukannnn.. Itu LAHANAT namanya. Hahahah!

Ada yang marah Pojie meletakkan pic profile yang baru di FB sebab tak cute, tak cool katanya. Padahal dia tak tahu, agenda Pojie adalah untuk memperlihatkan tubuhku yang semakin ramping (sila jeles dan muntah darah dengan segera) dan mengelakkan daripada orang² yang tidak dikenali add sebab nampak Pojie cute (walaooopooonnn ado!) bukan sebab ingin mengenali diri ini seadanya... Ouuuchhh! Apa² pun...



ada sesiapa makan hati??!

Love,