||| Tercari² |||

Wednesday, December 30, 2009

Kalendar oh Kalendar!



Erm, tahun 2009 berbaki sehari saja lagi. Kalian dah ada kalendar tahun 2010 tak? Belum ada? Ohh, tak payah susah² membeli barang² kat Mydin ker Giant ker semata² nak dapat kalendar percuma. Anda boleh buat sendiri lagi tau! Personalized siap tempek muka sendiri lagi. Glamour gittew!

Caranya bagaimana? Meh sini Pojie ajar, andai anda manusia yang mempunyai penyakit 'narcism' seperti empunya blog ini, maka Pojie cadangkan anda boleh membuat kalendar sendiri dengan meletakkan muka sendiri di atas kalendar itu dengan melayari laman web ini [KLIK]. Kalau tak nak letak gambar sendiri pun tak mengapa. Kalian boleh letak gambar kucing ker, pemandangan ker, yang tersayang pun boleh. Lagi afdhal gambar mak ayah dan family (anak mak sangat kan!). Anda boleh lihat salah satu contoh yang telah Pojie buat sebentar tadi [KLIK]. Nak save, print dan tampal kat dinding anda pun boleh juga, tanda anda pembaca setia PoJiePooH. Wahhhh!!

Selamat Mencuba!

P/S: Erm, cakap pasal kalendar, mesti akan ada hari² kelepasan (cuti) betul tak? Meh muat turun Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri 2010.

Love,

Tuesday, December 29, 2009

Demam NOVEL Kembali!!!

Erm, mungkin kebanyakan daripada kalian sudah tau yang Pojie nih boleh dikategorikan sebagai "hantu" novel sejak di sekolah rendah lagi. Pojie paling suker novel genre pengembaraan, seram dan suspen. Yang cintan cintun, jiwang karat, ampun! Pojie leh kene migraine kalau baca. Opps! Bukan bermaksud Pojie xromantik, no, no no! Cuma Pojie rasa rimas cam tiberikan ubat tidur apabila diberikan novel² kisah romantik nih. Tak tahulah mengapa.

Since beberapa minggu yang lepas, ada perkhabaran yang mengatakan bahawa ada 2 novel sedang laris di pasaran, Pojie pun apa lagi, dapat gaji minggu lalu, terus Pojie ke kedai buku mencari 2 novel ini. 1 dari novelis thriller, penulis kegemaran Pojie iaitu Ramlee Awang Mursyid dengan buahtangan beliau yang terbaru iaitu 9 Nyawa, dan 1 lagi dari seorang blogger yang Pojie pernah kenal rapat suatu ketika dulu dengan novel sulungnya bertajuk Blog Priasetia.



So far, Pojie tengah gigih menggila menghabiskan novel 9 Nyawa. Memang best dan mendebarkan. Blog Priasetia menyusul kemudia. Hehehe.. Buat kalian semua yang "hantu" juga seperti POjie, jangan lupa dapatkan nashkah² ini di kedai² buku yang berhampiran yer.

Adios!!!

Love,

Monday, December 28, 2009

Kasih Terikat, Cinta Tersurat...



Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
andai diri tak sehebat SULAIMAN.
Mengapa mengharapkan teman setampan YUSOF,

jika kasih tak setulus ZULAIKHA.
Tak perlu mancari teman seteguh IBRAHIM,

andai diri tak sekuat HAJAR.
Mengapa didamba teman sesempurna MUHAMMAD,

andai tidak setabah KHADIJAH.

Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai satu keunikan.
Carilah kebaikan pada dirinya,
dan bersyukurlah jika dipertemukan dengannya,
dan berdoalah semoga dia milik kita selamanya..

Love,

Sunday, December 27, 2009

Konsert Bagaikan Sakti

Salam buat teman²..

Sebagai pembuka tirai dekad baru, tahun 2010 yang berbaki 5 hari saja lagi dari sekarang, 2 ikon Malaysia iaitu M. Nasir dan Dato' Siti Nurhaliza akan bergabung membina sejarah keranan dua gergasi seni buat pertama kali iaitu Konsert Bagaikan Sakti di Esplanade, Singapura pada 1 Januari 2010 nanti.



Apa yang menariknya di sini, peminat-peminat penyanyi tersohor, M Nasir dan Dato’ Siti Nurhaliza di Malaysia turut berpeluang untuk menonton Konsert Bagaikan Sakti M. Nasir & Dato’ Siti Nurhaliza secara langsung pada pada hari yang sama jam 8 malam. Pelanggan Astro boleh melanggan Astro Box Office Events (saluran 955) untuk menyaksikan konsert ini hanya dengan harga RM10.00. Manakala siaran ulangan konsert berkenaan pula akan bermula pada 2 hingga 10 Januari 2009 di saluran yang sama. Hebat bukan!

Konsert Bagaikan Sakti M. Nasir & Dato’ Siti Nurhaliza bakal menyaksikan gabungan hebat M.Nasir dan Dato’ Siti Nurhaliza mengalunkan lagu-lagu hebat mereka serta lagu-lagu klasik yang pernah didendangkan oleh seniman terkemuka sepanjang zaman seperti P. Ramlee, Saloma dan Sudirman sepanjang persembahan dua jam tanpa henti.




Meletop!!

Sumber: Budiey.com

Love,

Saturday, December 26, 2009

Gema Zafana @ Istana Budaya


Pada hari ini 26 Disember sehingga 29 Disember 2009 akan berlangsungnya sebuah persembahan tarian hebat terutamanya zapin yang akan melibatkan lebih 50 orang penari dalam persembahan anjuran Yayasan Warisan Johor. Gerak tari indah ini akan diuruskan oleh Onn Jaafar. Gerakan kreatif ini akan mengikut rentak zapin yang mewakili pelbagai negeri di Malaysia seperti Zapin Arab, Zapin Lenga, Zapin Pekan, Zapin Sarawak dan sebagainya dengan iringan kumpulan muzik secara langsung.

Yang pastinya, Pojie sebagai salah seorang anak Johor yang bangga dengan tarian zapin pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk menyertai pertunjukan yang hebat ini! Pojie dah janji sama Fauzzan Helmy (a.k.a. Mie) untuk menyaksikan persembahan ini memandangkan kami berdua adalah anak Johor dan juga penari yang bangga menjalani rentak tari zapin. Oh, tidak lupa Abg Adie dan Zull akan ikut serta menyertai Pojie melihat persembahan ini. Mengikut informasi dari Mie, tiket 27 dan 28 haribulan telah habis dijual, maka tinggal 26 dan 29 saje lah. Pojie perlu bertindak segera membeli tiket² yang masih ada sebelum kehabisan. Masih belum sempat membeli. Untuk kawan² yang mahu membeli, boleh la melakukan demikian dia Ticket2U.

Sumber: Istana Budaya

Love,

Friday, December 25, 2009

5 Syarat Untuk Buat Maksiat.

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham( Aba Ishak). Dia berkata: "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Aba Ishak berkata: "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Apakah syarat-syarat itu,wahai Aba Ishak?". Ibrahim bin Adham berkata:



SYARAT PERTAMA:
"Jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-Nya.."

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata: "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?" "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya,masih mahukah memakan rezeki-Nya,sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?" "Apakah syarat keduanya?"soal lelaki tersebut. Lantas Aba Ishak menjawab:

SYARAT KEDUA:
"Kalau kamu bermaksiat,jangan tinggal di bumi-Nya."

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut separuh mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya: "Wahai hamba Allah,fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya,sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya.?" "Ya!Anda benar" kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab:

SYARAT KETIGA:
"Kalau kamu masih mahu bermaksiat,carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya.
"
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata: "Wahai Ibrahim,ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya ,kalau memang yakin demikian,apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan:

SYARAT KEEMPAT:
Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, "Ketepikan kematianku dulu.Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh".
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan tersedar dan berkata: "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" "Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu,l alu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?" "Baiklah,apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab:


SYARAT KELIMA:
"Kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di Hari Kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuatkan lelaki itu insaf. Dia berkata: "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim.Air matanya bercucuran .. "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah"katanya sambil teresak-esak.

Sumber: Si Tenggiling

Love,

Merry Christmas Malaysian!!!



We wish you a Merry Christmas!
We wish you a Merry Christmas!
We wish you a Merry Christmas!
And Happy New Year!!!

To all PoJiePooH readers and all Malaysian I wish you...
Merry Christmas!!!

P/S: Ada yang cakap berdosa dan boleh menyebabkan murtad bila beri ucapan perayaan kepada non-Muslim? So far, dah tanya kepada yang alim, tak salah sekadar memberi ucapan buat teman² kita sempena perayaan mereka asalkan tidak menyertai mereka melakukan pemujaan dan ke rumah agama mereka.

Love,

Thursday, December 24, 2009

M A G I K A

Salam buat teman² sekalian..

Beberapa bulan yg lalu Pojie ada singgah jap kat blog Pengacara No. 1 Malaysia iaitu Aznil Hj. Nawawi atau Paknil. Beliau ada membuat sedikit review tentang filem terbaru yang dibintangi beliau terbitan adik beradik otak batu geliga; KRU iaitu...



Yes, Magika. Ini bukan filem Hindustan yang pelakon dia Malika, Magika whatever tuh yer tetapi ini adalah filem muzikal Malaysia, buah tangan terbaru dari KRU Production. Pada mulanya Pojie cuba mencari info pasal filem ini tapi tidak ketemu. Tetapi baru² ini ada terdengar lagu nyanyian duet Mawi dan Diana Danielle iaitu Penyembuh Rindu sedap pulak. Terus mencari di YouTube lalu mendapati bahawa lagu ini adalah OST filem Magika. Wahh, siap ada videoclip dah tau, meletop gak!!!



Siapa kata Malaysia tak boleh buat videoclip meletop? Boleh jer, janji kreatif dan ada duit lebih sikit. Tak payah nak kayakan produksi Indonesia. Setelah itu, gigih la Pojie google² pasal filem ini. So far tak banyak informasi yang diperolehi melainkan melalui Prahara Seni. Apa yang menarik filem ini selain ia merupakan filem pengembaraan muzikal pertama Malaysia, pelakon² yang membintangi filem ini terdiri daripada bintang² terkenal tanah air yang akan turut menyumbangkan suara dalam 10 lagu runut bunyi filem ini, karya Edry KRU sendiri. Pojie paling tak sabar nak melihat kemunculan semula Ziana Zain sebagai nenek kebayan yang meletop dan Ning Baizura sebagai Puteri Gunung Ledang.



Lawak ok kalau anda saksikan trailer filem ini. Filem ini juga mengetengahkan cerita² rakyat dan dongeng masyarakat Melayu. Hahaha.. Gila gempak. Tak sabar nak menyaksikan filem ini yang bakal ditayangkan awal tahun depan!



FILEM WAJIB TONTON 2010!

Love,

Wednesday, December 23, 2009

Debaran Anugerah Juara Lagu 2009



10 Januari 2010 bakal tiba tidak berapa lama lagi. 10 hari selepas dekad baru 2010 membuka tirai maka akan berlangsunglah anugerah berprestij di Malaysia. Artis² sedang bersiap sedia dengan konsep persembahan masing². Artis pilihan Pojie? Kalau anda Once Nation Emcee atau Jaclyn Victor, pastilah mereka. Tetapi terkandas awal² lagi. Jadi my favourite pastilah Stacy. Tapi sudah pasti genre yang akan menang adalah INDIE.. Erm, bercakap pasal Stacy, adakah Pojie akan membantu beliau di belakang pentas lagi seperti majlis² yang lalu bersama Romzi Nuchi? Jeng, jeng, jengg... Nantikan kemunculannya...

Erm, buat kawan² yang akan dapat tiket tuh, tolong reserve beberapa tiket untuk POjie dan kawan² yer. Andai Pojie duduk di belakang pentas, Pojie akan pastikan kawan² lain turut serta merasai kehangatan AJL kali ini di seat penonton. Ngeh³.. "Pojie, macam mana dengan percutian ke Pangkor Laut??". Oopps, proceed cuma akan balik awal sikit la kot dari perancangan..

Mode: Gumbira... Kaseh nak balik tak lama lagi.. Rindu Kaseh.

Love,

Tuesday, December 22, 2009

L E L A K I



Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia dihormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati di dalam rumah…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada di sebalik itu…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dinikahinya…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca…

Sabar itu iman…
Duit bukan kawan…
Dunia hanya pinjaman…
Mati tak berteman…

“Manusia Hawa diciptakan dari rusuk Adam. Bukan dari kepalanya untuk dijunjung, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalasnya, tetapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengan untuk dilindungi dan juga dekat dengan hatinya untuk Dicintai dan dikasihi serta disayangi.”

Lelaki sejatikah anda?

Credited: Masni Awang

Love,

Monday, December 21, 2009

Keputusan Contest Maknam Belakang Tabir!!!

Setelah tergendala selama seminggu pengumuman contest ini, maka terimalah pemenang Contest Maknam Belakang Tabir, ramai pasti dah tau pemenangnyer berdasarkan undian yg lepas kan? Tak payah tekan butang R pun dah dapat tengok.. Beliau adalah XEN (bukan nama sebenar)!!!



Tahniahn juga buat Top5 yang lain iaitu Aizoul, Syaf, Qiefly dan Mr HS. Mau lihat wajah pemanang?? Inilah wajah beliau...



Maaf yer, hadiah kali ini bukan tajaan Biotherm dan itu bukan hadiah dari contest ini.. Heheeh.. So kepada Xen dan Top5 sekalian, sila emel Pojie alamat dan no tepon kamu. Nanti mau pos kan hadiah. Tapi kalau mau buat majlis penerimaan hadiah boleh sajorr... So, macam mana si Xen nih boleh menewaskan 4 peserta lain yang tidak kurang hebatnya?? Mari saksikan dialog "menghanjeng" dari beliau...


Klik untuk pembesaran

Bagaimana?? Anda sakit perut sebab bergelak??? Pojie pun mau ikut serta!
HAHAHAHA!!!!


P/S: Nak buat contest apa lagi pas nih ek??

Love,

An Apology

Assalamualaikum pembuka kata...

Di hari Isnin ini sebagai pembuka tirai minggu ini yang hanya berbaki 9 hari sahaja dari sekarang sebelum melangkah ke tahun 2010, ingin pertama sekali Pojie mengucapkan ribuan ampun dan maaf kepada teman² dan pembaca² PoJiePooH sekalian.. Please accept my apology...



So di hujung minggu yang agak bosan (20 Disember), Pojie cuba mengagahkan diri untuk memerah otak, mencari idea untuk menyediakan draf² entri yang akan di-post secara automatik setiap hari melalui kaedah autopost selama seminggu yang akan datang termasuk la entri ini. Hohoho. KANTOI! Jadi, selepas ini walaupun Pojie sibuk macam mana pun, PoJiePooH tetap bernyawa dalam menyampaikan pelbagai berita dan informasi buat tatapan semua. Wahh gittew!!!

Buat teman² dan pembaca² sekalian, maaf sekali lagi membuatkan anda tertunggu² entri terbaru dari Pojie. Apa² pun Pojie turut mengucapkan jutaan terima kasih buat setiap insan yang berkunjung ke PoJiePooH ini tanpa jemu sambil klik² nuff yang tersedia ada. Terima kasih banyak², hanya Allah saja yang dapat membalas budi baik kalian. Maaf Pojie tak berkesempatan nak klik nuff kalian, ada yang Pojie sempat baca entri, tak sempat nak komen or drop mesej, ampun jugak, tapi kalau ada nuff yang bangun, Pojie pasti akan klik walaupun tak meninggalkan jejak. Mesti trafik PoJiePooH nih menurun sikit, tetapi tidak earning dan pembaca²..

Ohhh, tidak lupa buat follower² Pojie, walaupun PoJiePooH sepi selama seminggu, ada juga yang sudi mengikuti perkembangannya lalu menjadi follower. Nanti Pojie singgah blog kamu semua yer. Dah 208 follower tanpa ku sedar. Ohhh god! Masih belum ada idea nak bagi penghargaan buat anda semua. Takpe², once Pojie dah free dan boleh berfikir secara waras, akan Pojie laksanakan hajat murni itu. Just a small appreciation from me to you guys for supporting me, Pojie and my blog PoJiePooH.

THANK YOU

P/S: Menjelang tahun baru, PoJiePooH ingin juga berwajah baru. Ada yang sudi menawarkan diri??? Maybe ada sedikit upah dari tuan tanah kedaung, insyAllah..

Love,

Friday, December 18, 2009

Salam Maal Hijrah 1431H

'Kita adalah kejadian yg sempurna
tetapi apa yg kita lakukan selalunya tidak sempurna.'




Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
Dan pandangan hatilah yg hakiki,
kalau hati itu bersih..

Lahir satu tarikh tidak dapat dipinta,
Mati satu tarikh tidak dapat ditunda...

Bila mata bertemu mata akan mula rasa kasih.
Bila hati bertemu hati akan mula rasa sayang.
Tapi....bila dahi bertemu sejadah akan terasa kebesaran Allah S.W.T

Menuntut ilmu adalah taqwa,
Menyampaikan ilmu adalah ibadah,
Mengulang2 ilmu adalah zikir,
Mencari ilmu adalah jihad,
(Al-Ghazali)

"Setiap kesulitan itu akan bertambah apabila dihitung-hitung tetapi akan hilang apabila kita tidak menghiraukannya lagi..."

Kalau kita berada di alam tabii yg indah, kita tidak terasa keindahannya, bukan ertinya alam ini tidak indah, tapi jiwa kitalah yg tidak indah..

Sesungguhnya mati jasad kerana roh,
Mati roh kerana tiada ilmu,
Mati ilmu kerana tiada amal
Dan mati amal kerana tiada istiqomah.

Kesedihan itu lumrah. Mengingatinya kembali mungkin tidak akan mampu menyembunyikan luka hidup tetap menilainya semula dengan mata hati berbeza mungkin mampu membuat diri meneruskan hidup dengan tabah.

Ilmu adalah teras kepada ajaran ISLAM, tanpa ilmu manusia akan terseleweng mengikut kehendak akal dan hawa nafsu sehingga akhirnya agama dijadikan mainan.

Agama menjadi sendi.
Pengaruh menjadi penjaganya.
Kalau tidak bersendi runtuhlah hidup
Dan kalau tidak berpenjaganya, binasalah hayat.
Kerana org yang terhormat itu,..
Kehormatannya itulah yang melarangnya berbuat jahat.

Inginkan mutiara selamilah lautan,
Inginkan bahagia tempuhilah penderitaan,
Inginkan kejayaan relailah pengorbanan.
.
Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu sebenarnya terkandung seribu kemanisan... .....

"People will forget what you said, people will forget you did, but people will never forget how you made them feel..."

Live needs sacrifice,
Sacrifice needs fight,
Fight needs courage,
Courage needs confidence,
Confidence determine success,
Success lead us to happiness...

Hidup memerlukan pengorbanan,
Pengorbanan memerlukan perjuangan,
Perjuangan memerlukan kekuatan,
Kekuatan memerlukan keyakinan,
Keyakinan menentukan kejayaan,
Kejayaan membawa kebahagiaan. ..


Hidup tanpa cita-cita adalah mati
Cita-cita tanpa usaha adalah mimpi

Ilmu penyuluh hati yg bersih,
Pengorbanan memerlukan usaha yg gigih,
Natijahnya kejayaan bakal diraih,
Kuntuman senyuman akan tersurih,
Berkat doa kepada yang Maha Pengasih...

Diam merupakan sebuah keputusan hukum
Sebaik baik perkataan adalah yang sedikit
Namun dapat menjadi petunjuk
Keselamatan seseorang terletak pada penjagaan lisannya
Siapa yang manis lisannya pasti akan ramai kawannya

Yang lahir dari hati adalah keikhlasan
Yang datang dari akal adalah kewarasan
Bersatulah hati dan akal
Melawan nafsu yang bakal memusnahkan

Harta yang paling indah adalah sabar
Teman yang paling akrab adalah amal
Pengawal yang paling waspada adalah diam
Bahasa yang paling manis adalah senyum
Dan ibadah yang paling indah adalah kyusuk

Malu daripada lelaki adalah baik
Tetapi daripada perempuan lebih baik
Adil bagi setiap orang adalah baik
Tetapi daripada pemerintah lebih baik
Taubat daripada orang tua adalah baik
Tetapi daripada pemuda lebih baik
Dermawan daripada orang kaya adalah baik
Tetapi daripada orang miskin lagi baik

" Tunjangkan resahmu di dada solat, himpunkan peritmu di genggaman doa, tutupi kekecewaan dgn taqwa, dan nilailah kesucian dirimu melalui keikhlasan hati".

Hidupkan Rasa Bertuhan...
Suburkan Rasa Kehambaan...
Salam Maal Hijrah 1413H..
Dari PoJiePooH

Love,

Thursday, December 17, 2009

Doa Akhir Tahun & Awal Tahun


Sempena menyambut tahun baru dalam kalendar hijrah untuk muslimin dan muslimat seluruh pelusuk dunia, di sarankan agar kita sama² dapat membaca doa akhir dan awal tahun untuk kesejahteraan kita. Walaupun tiada hadis yang menyeru untuk berbuat sedemikian dan dikatakan sebagai bidaah, tetapi dengan doa ini diharapkan agar kita aman bahagia dia bawah lindungan Illahi untuk tahun yang seterusnya... InsyaAllah..


Klik untuk pembesaran

Love,

Tuesday, December 15, 2009

Sabor ye sabor...



Yer saya tau, saya tau, teman² semua merindui Pojie kan??! **muntah hijau. Nak tau siapa pemenang contest tuh kan? Nak entri² dan cerita² dari Pojie kan??! Maaf yer Pojie tersangatlah sibuk kebelakangan ini. Sampaikan draft entri untuk autopost pun dah abes. Tak sempat untuk siapkan posting untuk minggu ini. Tak mengapa, Pojie akan balas dendam nanti.. Jadi pesanan Pojie buat anda semua..

Sabor yer sabor..
Buat visitor dan commentor, Pojie akan response kepada anda.
Usah risau, teruskan lawatan anda.
Jangan lupa klik Nuff ok :)

Love,

Friday, December 11, 2009

Kisah Solat Para Sahabat Nabi




Solat sahabat-sahabat Nabi saw begitu khusyuk dan nikmat sehinggakan selemah-lemah sahabat pun diriwayatkan sekurang-kurangnya mereka solat 200 rakaat setiap hari.

Kisah 1:

Pada suatu ketika, peha Sayyidina Ali r.a. Telah terkena panah. Apabila cuba dicabut, beliau merasa begitu sakit. Seseorang telah mencadangkan supaya panah itu dicabut ketika beliau sedang solat. Apabila selesai solat, beliau bertanya sudahkah mereka mencabut panah tersebut. Mereka menjawab ya. Apabila ditanya, apakah beliau tidak merasa sakit? Beliau menjawab, beliau sedikit pun tidak merasa sakit.

Kisah 2:

Pada suatu ketika di medan jihad, Nabi telah bertanya kepada para sahabatnya, siapakah yang bersedia untuk menjaga khemah beliau pada waktu malam. Dua orang sahabat telah bersetuju. Seorang bernama Ammar bin Yasir r.a dan seorang lagi bernama Abbad bin Basyir r.a. Pada malam itu mereka telah berkawal. Abbad telah mencadangkan kepada Ammar supaya mereka berkawal secara bergilir. Beliau akan menjaga pada sebahagian malam dan Ammar akan berkawal pada sebahagian malam lagi. Ammar telah bersetuju.

Maka Abbad telah berkawal. Sementara berkawal beliau telah mendirikan solat. Dalam solatnya itu, beliau telah membaca surah Al Kahfi. Seorang peninjau musuh telah melihat beliau sedang solat lalu melepaskan panah kepadanya. Satu anak panah telah kena pada badannya. Apabila melihat beliau masih tetap solat, maka musuh telah melepaskan panah yang kedua. Bagaimanapun, Abbad tetap juga solat. Musuh tersebut melepaskan panah yang ketiga, lalu Abbad memberhentikan solatnya. Apabila melihatkan keadaan itu dan terlihat Ammar yang berada di situ, maka pihak musuh menyangkakan masih ramai lagi tentera Islam yang berkawal di situ. Lalu musuh tersebut telah melarikan diri.

Dengan badan yang berlumuran darah, Abbad telah mengejutkan Ammar yang sedang tidur. Melihatkan badan sahabatnya yang berlumuran darah itu, Ammar begitu terkejut. Ammar bertanya mengapa beliau lambat membangunkannya. Dia menjawab, ketika itu beliau merasa sungguh nikmat dan malu dengan Allah untuk menghentikan solatnya. Tetapi apabila panah yang ketiga mengenai dirinya, beliau bimbang akan keselamatan Nabi saw, maka kerana itulah dia memberhentikan solatnya. Kalau tidak sudah pasti dia tidak akan menghentikan solatnya dan rela mati dalam keadaan demikian.

Lihatlah mutu solat para sahabat. Bagaimana pula dengan solat kita hari ini? Seekor nyamuk pun boleh merosakkan solat kita. Firman Allah yang bermaksud: "Dan neraka Waillah bagi orang yang lalai dalam solatnya." (Surah Al-Ma'un) Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk mengamalkan apa yang kita tahu dan dapat menyampaikannya di antara satu sama lain.

Sumber: Triple M

Love,

Thursday, December 10, 2009

TOP 5: Contest Maknam Belakang Tabir

Selamat pagi semua...

Terima kasih atas penyertaan anda semua. Yang memberi support dan sponsor, terima kasih bebanyak Pojie ucapkan. Inilah komen dari tuan tanah kedaung merangkap penaja rasmi contest ini dan juga juri utama. Hohoho..

"Sebanyak 28 penyertaan diterima dari 14 blogger dan pembaca. Eh, how come??! Ini sebab penyertaan tidak terhad, maka dengan itu ada yang peserta yang telah menyertai lebih dari sekali sekaligus peluang untuk menjadi Top 5 (dan juara) adalah tinggi.

Kebanyakan daripada peserta tidak membaca syarat² menyertai contest ini dengan betul². Kebanyakannya mengeluarkan dialog yang melebihi 20 patah perkataan. Malah dialog yang diutarakan kebanyakkannya berunsur sagatan (caras/ perli) sedangkan Pojie memerlukan dialog diungkapkan mempunyai unsur² MAKNAM BELAKANG TABIR (mengumpat). Tapi tak mengapalah, Pojie yang buat contest dan peraturan, maka Pojie juga berhak untuk meminda peraturan ini. Huhuhu.. Terima kasih.."

Dan, seperti yang telah dijanjikan kini genaplah 3 hari setelah tamat tarikh Contest Maknam Belakang tabir. Maka terima, jeng.. jeng... jeng... **sambil bunyi drumroll.. PoJiePooh dengan bangganya mempersembahkan kepada anda...



1) Aizoul Hashimie...

C: Uols rasa betul ke bibir Kak Nita tu ori? Terjuih je mak tgk..tak meletop langsung...

A: Entahlah la nok..mak tgk macam di sengat tebuan tanah..please la..clust lagi bibir uols..

B: Tak koser mak nak layan korang nie...baik aku scanning abang cleaner bangla tu..cando sgt..arghhh

by: zoul
cka_dt@yahoo.com

---

2) Syaf...

C : Wey nape rambot kaw macam penyapu makcik cleaner 2. Macam rambot indon pown ader..keji nyer

A : hehe (nada geram) x sedar rambot kaw macam pompan meroyan mati laki...

B : HUrm puaslah aku menayang rantai zhulian yg aku beli ni ha...buley masing2 buat x nampak...geram haku

by : syaf
syafieck_88@yahoo.com

---

3) QieFLy si Dolce...

C : Pssttt!!! nok ujung bulan uollss teman mak g cucuk bibir lagi taw...mak nak mcm angelina juling tu..

B : Ok2 set lepas tu kita g ronda2 kat Bukit bintang bagi tngok satu malaya bibir ko yg seksi tueee....

A : Hurmmm...kesian aku tngok bibir ko nok mcm langsuir tak cukup makan...*smbil wat muka kekwat...

---

4) XEN...

C : Amboi Pooh, chanteq sekarang! Operate ke suntik. Ke u pakai susuk. Ke ade "suntikan" lain? Hamboi bibior kamu..rupe Anjinglina Jolie kaedahnye..U olsss patutla kekwat skang. Ape rahsia kechanteqkan u ols ni?

A : Betul ke chanteq u ols? Xde la.. biasa jek. I amalkan mandi bawah jejantas Sogo jek..pukul 12mlm syaratnye..kemban paras kopek tp boley lepas paras lutut..sanggup?

B : (dlm hati) verangan taw. Hadek² begitu la. Ko tak perasan ke aku yg paling chanteq kat cni? Ade hati nk lawan merk!

XEN

---

5) Mr.Homosapiensz...

C : Nokkss!! Mak jupe nyah tu kat LQ malam jumaat tu..Dia punyer 'vontott' XXXL 'bubbletalk' mcm bola boling ni uolssszz!!! Ntah2 pakai 'silicon' besor beg atas meja ni....hahha..very the platic....

A : Aku punyer xyah nk plastik silicon2 ni...natural beauty giteww youu!! hihi...

B : Uisshhh!! klu body slim mcm aku ni pakai silicon camtu sure very da booom keba boommm!!!

Mr.Homosapiensz
homosapiensz@yahoo.com

---

Baiklah rakyat Malaysia dan pembaca PoJiePooH. Pilihan terletak di tangan anda. Jari menjadi juri sehingga hari Ahad ini dan pemenang akan diumumkan pada hari Isnin. Anda boleh memadankan dialog² di atas dengan gambar di bawah ini. Anda hanya dibenarkan untuk mengundi sekali sahaja di ruangan undi.



Wednesday, December 9, 2009

Makna Cinta Nama Ku...

Hoh, sajer gedik² takde keje. Main la kuiz² membuang masa kat mukabuku a.k.a. FaceBook (wondering kenapa la dia panggil FaceBook ek?). Tapi Pojie paling suka buat kuiz yang lebih menjurus kepada kuiz personaliti. Sebab apa? Sebab 80% daripada kuiz² itu adalah genuine dari penyelidikan (walaupun tidak dapat dinyatakan sumber) beberapa pakar yang Pojie pernah buat sebelum ini. Dan dari kuiz² yang Pojie buat selalunya sebanyak 90% adalah tepat dengan diri Pojie.

Dan baru² ini Pojie ada buat 1 kuiz berkenaan dengan CINTA. Cewah.. Jarang Pojie borak pasal cinta dalam PoJiePooH nih kan. Sebab apa? Sebab keKaseh hati Pojie tuh low profile orangnya. Hehehe. So mari kita lihat apa makna cinta dari nama Pojie; Mohd Fauzi. Ada yang dapat mengesahkannya? Tanyalah Kaseh. Hehehe..

Makna Cinta Nama Ku...

M : ..membuat pacaran lebih menarik
O : ..mempunyai personaliti yang bagus
H : ..setia kepada yang satu
D : ..kekasih yang terbaik pernah dimiliki oleh siapapun

F : ..sukakan pasangan yang agak liar dan gila-gila
A : ..seorang yang gila-gila
U : ..disenangi oleh semua orang
Z : ..memiliki fikiran yang luas
I : ..manis dan romatis

P/S: So Kaseh, sila jawab betul atau salah. For me, 100% tepat sekali *wink*.

Love,


Merasa la jugak :)

Salam buat semua :)

Semalam I call you, you tak answer. You kata you keluar pergi dinner... Hoiii!!! Melalut sudah! Hahaha... Bukan apa, sebab tengah gumbira sebab semalam cek² my Nuffnang punya akaun ada tertera table yang baru di atas table yang sedia ada seperti di bawah nih...


Sila klik untuk pembesaran

Wooo, kawan² nampak natang apa tuh? Itulah buffered earnings yang Pojie dapat dari Nuffnang. 1st time tuh! Maaf terpaksa cover berapa yang dapat, sikit jer, malulah nak tayang. Tapi merasa la jugak kan apa yang kawan² Pojie pernah merasa. Patutlah tengok tak tidur² nuff kat blog Pojie. Terima kasih daun keladi yer Uncle Nuffnang, kalau sudi berilah lagi. Make sure banyak² sikit tau. Hehehe.

So sekarang kira berjaya la jugak usaha gigih Pojie nih dalam memartabatkan nuff di blog sekaligus dapat duit² kopi. Hehehe.. Terima kasih again buat Melz, yang tak sudah² bagi tips dan info. Tak pernah sombong. Tanya jer apa dia sure dia akan jawab. Nih pulak entri terbaru dia ada membincangkan pasal; Kenapa Iklan Nuffnang Tidak Muncul? Terima kasih sekali lagi Melz. Buat teman² yang selalu jenguk blog Pojie tuh, andai ada nuff yang bangun jangan lupa klik yer. Cuma maaflah buat masa sekarang nih Pojie agak sibuk dan tak sempat kembali ziarah ke blog kamu semula. Setiap entri yang terpapar di blog PoJiePooH nih pun 90% adalah autopost yang telah Pojie susun untuk post di blog setiap hari untuk seminggu (amacam, gegeh x??!). Tapi insyAllah, ada masa Pojie akan jengah juga yer. Follower baru juga Pojie masih belum sempat beramah mesra, apa² pun terima kasih kerana menjadi pembaca dan follower setia Pojie.

TERIMA KASIH :)

Love,

Tuesday, December 8, 2009

Teater Bangsawan: SINBAD

Wahai sekelian sahabat dan taulan,

Usah la kalian bermuram durja, gundah gulana. Lupakan segala duka nestapa. Marilah bersama² kita menyaksikan Teater Bangsawan: SINBAD; Batu Permata Dewa. Keterangan lebih lanjut adalah seperti yang tertera di bawah ini;



Oklah, kembali kepada bahasa moden dan senang difahami.. Hehehe. So amacam tertarik menarik dengan poster di atas? Maaf tiada poster yang lebih besar dan jelas untuk kalian. Nih pun gigih la google. Sila la telefon nombor yang tertera tuh kalau kalian nak dapat poster yang original. Itu pun kalau insan² di atas dapat memberikan maklumat dan jawapan yang memuaskan. Kalau tidak dia main transfer² jer line korang nanti cam main netball. Biasa la kerajaan. No komen!!!

Tapi yang ini adalah teater penutup untuk tahun 2009. Tahun depan tak tahu lagi macam mana. Tapi yang menariknya pasal teater ni, ia akan dibarisi oleh beberapa nama yang terkenal juga seperti Aris Kadir (kareografer AF7), Farawahida dan Syafinaz Selamat! Wow, mesti mantap kan!!! Hope Syafinaz akan melontarkan suara emasnya. Bestnyer.. Sudah semestinya kene datang lebih awal kali ini bagi mengelakkan seat penuh lagi.

Jom kawan²!!!

P/S: Contest; Maknam Belakang Tabir sudah pun ditutup. Dalam proses pemilihan Top 5, pening paler gak nih. Harap dapat bersabar yer..

Love,

ALLAH Maha Mengetahui



Aku minta kepada Allah setangkai bunga segar,
... Allah beri kaktus berduri,
Aku minta rama-rama yang cantik,
... Allah beri ulat beluncas,
Aku sedih dan kecewa..
Kemudian kaktus itu berbunga indah sekali,
Dan ulat beluncas bertukar menjadi rama-rama yang cantik...

Itulah jalan Allah,
Indah pada masa yang ditetapkan-Nya,
Allah tidak memberi apa yang kita harapkan,
Tetapi Allah memberi apa yang kita perlukan...
Kadangkala kita rasa sedih, kecewa dan terluka,
Tetapi jauh di atas sana,
Allah sedang mengatur yang terbaik buat kita semua...
Alhamdulillah...

Love,

Monday, December 7, 2009

Contest: MAKNAM BELAKANG TABIR

Hai.. Hai.. Hai kawan² semua!!!

Berita baik! Berita baik! Julung² kalinya PoJiePooH mengadakan contest. So contest ini terbuka kepada semua pembaca² PoJiePooH tak kisah la follower ker, non-fillower ker, blogger ker, reader ker, silent reader ker as long as kawan² semua berminat nak menyertai, dipersilakan. Idea nih pun muncul secara kebetulan selepas terlihat candid pic nih dari blog Jai. Pojie ingat nak letak dialog yang akan mengeraskan perut sehingga tersembur sagun (andai sedang makan sagun), tetapi cam buntu la pulak. So sekarang, Pojie mememinta jasa baik kawan² untuk mengisikan ruangan dialog seperti gambar di bawah;

Untuk mengisikan ruangan dialog itu, ada beberapa syarat dan arahan yang perlu dipatuhi;
  1. Sususan A, B dan C tidak dikira asalkan mesej yang dikeluarkan sampai kepada pembaca.
  2. Setiap dialog perlulah tidak melebihi 20 patah perkataan.
  3. Dialog yang dituturkan MESTILAH berunsurkan lawak jenaka yang bisa membuatkan pembaca² gelak guling² (tak kisahlah andai dialog itu berunsur lucah asalkan lawak).
  4. Setiap dialog yang diungkapkan mestilah mempunyai unsur² MAKNAM BELAKANG TABIR (mengumpat).
  5. DILARANG sama sekali mengeluarkan dialog yang memalukan mana² pihak atau watak di dalam gambar ini.


Contoh sebagai panduan kawan²;

C: Pooh, ko agak² umur Kak Heze tuh betul ker 23? Aku tengok macam 17 jer..
A: Lor, ko tak tau ker yang dia tu pakai susuk jamu rapat, tuh yang nampak muda..
B: Amboi, depa nih puji ker kutuk Ahkak Gonj aku sorang tuh? Siap naa aku report!

Itu adalah contoh paling sengal dan dari Pojie. Sangat takde idea ok. Tapi nak jugak buat especially bila tengok gaya dan cebikan mulut P3tani itu adalah gaya orang sedang hangat membuat aktiviti maknam belakang tabir. Suker²!!

Ahah! Kalau ada contest mestilah ada hadiah dia kann!! Oklah, hadiah dia adalah...RAHSIA!!! Hahaha, maaf lah kawan² Pojie masih belum memikirkan apakah hadiah yang paling best untuk diberikan kepada pemenang. Yang pasti akan Pojie announce kan bersama² dengan calon pemenang! Contest ini akan berlangsung selama seminggu dari 1 - 7 Disember 2009. 3 dialog terbaik pilihan Pojie akan layak ke pusingan akhir dan juara akan ditentukan oleh pembaca² PoJiePooH itu sendiri. Oh, jangan lupa, anda perlulah menjawab di ruangan komen yer dan jangan lupa nyatakan NAMA dan EMEL anda untuk memudahkan Pojie menghubungi anda nanti..!

SELAMAT MENCUBA!!!

P/S: Ampun yer P3tani, Rizz dan Jai kalau contest nih bisa buat bontot korang sengal² ubi. Hahahah!!!

***CONTEST CLOSED***
Thank you for your support and participation.
Top 3 5 participants will be announce in 3 days.
Good luck!!!

Love,